Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa, Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta, Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara, Jika hari ini seorang ulama yang mulia, Jika hari ini seorang peguam menang bicara, Jika hari ini seorang penulis terkemuka, Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa, Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca. Usman Awang 1979
Jumaat, 21 Oktober 2011
Spa Ikan Bahaya Penyebab HIV Dan Hepatitis B
Spa Ikan Bahaya Penyebab HIV Dan Hepatitis B
Spa ikan (Fish Spa) merbahaya dan boleh menyebabkan penyakit Aids/Hiv atau Hepatitis B. Kementerian Kesihatan memberi amaran risiko terapi ikan atau lebih dikenali sebagai spa ikan kerana boleh menyebarkan pelbagai penyakit berbahaya, termasuk Hepatitis C, HIV/AIDS dan tibi serta beberapa penyakit lain yang berjangkit menerusi bawaan air.
Jangkitan tersebut boleh tersebar akibat dari virus atau bakteria yang dipindahkan oleh ikan-ikan dari satu pengguna ke pengguna lain jika airnya tidak diganti.
Jika ada pengguna yang mempunyai jangkitan HIV atau hepatitis, dan mengalami perdarahan di dalam air, risiko untuk jangkitan HIV dan Hepatitis ke pengguna lain adalah tinggi.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan