Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa,
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca. Usman Awang 1979
Isnin, 3 Oktober 2011
Guru wanita penagih dadah tegar
DUNGUN – Siapa sangka seorang cikgu wanita yang selama ini dilihat seperti tidak ada cacat cela, diberi amanah untuk mendidik anak bangsa, rupa-rupanya penagih dadah tegar.
Dia sendiri bukan anak remaja, malah sudah punya tiga cahaya mata.
Namun, di sebalik semua ciri-ciri yang ‘tidak disangka’ itulah, dia bijak menyembunyikan rahsia diri yang sebenar, penagih dadah yang tegar.
Segalanya terdedah dalam satu ujian saringan yang menyaksikan cikgu berusia 30-an itu ‘terkantoi’ apabila air kencingnya positif dadah jenis methapethamine.
Hasil ujian itu sememangnya mengejutkan semua warga sekolah tempat dia mengajar di sini kerana melihat penampilannya, tiada siapa pun yang sangka dia seorang penagih dadah, apa lagi penagih yang tegar.
Keputusan ujian itu bukan sahaja menyebabkan si cikgu terpaksa bermalam di lokap, malah turut membongkar satu lagi rahsia rumahtangganya iaitu suaminya, seorang kakitangan kerajaan juga disyaki penagih dadah.
Guru itu kini ditahan dan akan menghadapi pendakwaan mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952. - SH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan