Sabtu, 8 Oktober 2011

Kenyataan Bangang Seorang Artis tentang hukum hudud.

Hudud : Kenyataan Bangang Seorang Artis
Enot Dikecam Teruk

Pelakon komedi Enot, mengakui sangat tertekan apabila dikecam gara-gara TERSILAP mengeluarkan kenyataan tentang hukum HUDUD di akhbar Sinar Harian, Kemarin.

Selain dikecam menerusi twitter dan facebook, perniagaan keknya turut terjejas, apabila ada pelanggan yang menarik balik tempahan GARA-GARA kurang senang dengan komennya. Enot turut kesal apabila arwah ibu bapanya turut dicemuh.

Dalam pertemuan dengan Sinar Harian , Enot menyatakan kekesalannya dan memohon maaf di atas kesilapan itu.

Berikut adalah kenyataan Enot yang mengundang cemuhan orang ramai:

“Memang zaman dulu orang islam mengamalkan hukum hudud kepada mereka yang membuat kesalahan, contohnya bagi mereka yang berzina hukuman sula akan dikenakan,tapi rasanya ia tidak lagi sesuai,malah kita wajar memberi peluang kepada pesalah untuk berubah.Kalau hulum hudud dijalankan,pesalah terbabit terpaksa hidup dalam keadaan yang tidak sempurna seperti tiada tangan kaki dan sebagainya.Bagaimanapun,semua ini tidak menjamin mereka insaf sepenuhnya.”

* Nauzubillahiminzalik.....mana ada hukum sula dalam hudud... tak tau apa apa jangan lah komen Not!

p/s: lebih baik diam dari berkata-kata yang sia-sia.Nampak sangat dia ni tidak mempunyai ilmu tentang hukum hudud,kesian ko. Moga Allah membuka pintu hati ko untuk bertaubat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan