Jumaat, 27 Januari 2012

Skim Gaji Baru Penjawat Awam Hanya Selepas Kajian Selesai,melepasla gaji Januari.

PUTRAJAYA: Penjawat awam yang memilih untuk menyertai sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan menerima gaji berdasarkan skim berkenaan hanya selepas kajian baru mengenainya selesai, kata Menteri Kewangan.




"Perbezaan gaji bagi sesiapa yang sudah memilih SBPA tidak akan dibayar pada penghubung bulan ini seperti yang diumumkan oleh Menteri Kewangan sebelum ini.
"Malah SBPA juga tidak akan dilaksanakan sepenuhnya Februari ini," kata Menteri Kewangan menerusi satu kenyataan di sini, Jumaat.
Menurut kenyataan itu juga, keputusan berkenaan turut dipersetujui Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).
Sebelum ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan jawatankuasa khas yang diberikan tempoh tiga bulan bagi membuat kajian dan penambahbaikan pelaksanaan SBPA dan mestilah memuaskan semua pihak sebelum dilaksanakan.sumber mstar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan