Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa, Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta, Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara, Jika hari ini seorang ulama yang mulia, Jika hari ini seorang peguam menang bicara, Jika hari ini seorang penulis terkemuka, Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa, Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca. Usman Awang 1979
Selasa, 31 Januari 2012
MALAYSIA JADI PILIHAN PELACUR ASIA BARAT
KUALA LUMPUR 19 Jan. - Seramai 15 wanita warga asing dan seorang pondan tempatan yang dipercayai bekerja sebagai gadis pelayan pelanggan (GRO) dicekup dalam serbuan di sebuah premis hiburan di Bukit Bintang di sini tengah malam tadi.
Serbuan dilakukan oleh 15 anggota dan pegawai dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bermula pukul 12 tengah malam hasil risikan yang dijalankan selama sebulan.
Pegawai Turus D7, IPK Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Azman Mohd. Isa berkata, ketika serbuan, semua wanita dari Asia Barat yang berusia antara 20 dan 27 tahun itu sedang melayan pelanggan.
Katanya, menyedari kehadiran polis, mereka bertindak melarikan diri namun berjaya ditahan.
"Kesemua wanita itu terdiri daripada 11 warga Uzbekistan, dua dari Iran dan masing-masing seorang warga Tajikistan dan Yemen ditahan selepas gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah selain mengaku masuk ke negara ini sebagai pelajar.
"Pihak kami juga turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun dipercayai pemilik premis hiburan terbabit kerana menjalankan operasi tanpa permit," katanya ketika ditemui selepas operasi itu awal pagi ini.
Tambahnya, siasatan polis mendapati, kesemua GRO itu menjalankan operasi dengan mencari pelanggan sendiri bagaimanapun masih menyiasat sama ada turut menawarkan perkhidmatan seks.
Azman memberitahu, semua wanita terbabit dibawa ke IPK Kuala Lumpur dan disiasat mengikut Seksyen 39 (b) Akta Imigresen 1959/63.
"Pemilik premis pula akan disiasat di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen kerana menggaji dan melindungi warga asing bekerja tanpa permit," ujarnya.UTUSAN.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan