Rabu, 18 Januari 2012

Dr Ahmad Yunus Hairi dilantik sebagai anggota EXCO Selangor yang baru

SHAH ALAM: Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi dilantik sebagai anggoata exco kerajaan negeri Selangor yang baru bagi menggantikan tempat Datuk Dr Hasan Ali yang telah dipecat dari PAS.



Dr Ahmad Yunus yang merupakan doktor perubatan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan di sini hari ini.
Portfolio bagi Adun PAS ini akan diumumkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kemudian.

Dr Ahmad Yunus dilantik sebagai anggota exco berikutan perkhidmatan Hasan ditamatkan setelah beliau dipecat dari PAS pada 8 jan.

Hasan sebelum ini merupakan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor. -- BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan