Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa, Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta, Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara, Jika hari ini seorang ulama yang mulia, Jika hari ini seorang peguam menang bicara, Jika hari ini seorang penulis terkemuka, Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa, Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca. Usman Awang 1979
Jumaat, 11 Januari 2013
Polis yakin tahan dua tahanan yang lolos
TASEK GELUGOR: Polis yakin dapat menahan dua daripada lima tahanan yang meloloskan diri daripada tahanan polis ketika dibawa ke Mahkamah Butterworth Isnin lepas, dalam masa terdekat.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata berdasarkan risikan polis percaya dua lelaki terbabit masih berada di sekitar Ara Kuda, di sini.
"Kami mendapat maklumat mengenai pergerakan mereka dan kami juga mendapat maklumat lima tahanan yang masih bebas itu telah berpecah kepada dua kumpulan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Dalam kejadian 9 pagi Isnin, sembilan tahanan yang dalam perjalanan dari Penjara Pulau Pinang ke mahkamah di Butterworth meloloskan diri dengan merampas van polis yang dinaiki selepas memukul dan menolak keluar empat anggota polis pengiring.
Dua daripada tahanan berjaya diberkas semula berhampiran van polis itu yang ditinggalkan di Kampung Padang Chempedak, Tasek Gelugor manakala dua lagi ditembak mati setelah cuba melarikan diri dengan sebuah kereta di Kampung Padang Ibu di Bukit Mertajam dekat sini, semalam. - Bernama
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan