Rabu, 16 Januari 2013

Pertahan tindakan

Kangar: “Apa hang buat kalau bini hang main dengan orang lain?” tanya seorang tertuduh kepada petugas media apabila mengaku tidak bersalah membelasah isterinya menggunakan lesung batu ketika meninggalkan kompleks mahkamah, di sini, semalam.
Tertuduh, Kamaruddin Hassan, 40, sebelum itu membuat pengakuan berkenaan ketika dihadapkan di depan Majistret Zuhair Rosli.
Kamaruddin dituduh mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan terhadap isterinya, Anira Aziz, 27, dengan menggunakan bingkai gambar, bahagian belakang pisau dan juga lesung batu.

Kejadian didakwa berlaku di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Repoh, Seberang Sungai, jam 4 pagi pada 5 Januari lalu.
FotoKAMARUDDIN dibawa keluar dari mahkamah, semalam.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa, Inspektor Amir Irwan, manakala tertuduh diwakili peguam Robiatul Adawiyah Ramli.harianmetro.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan