Mohamed Daud Iraqi
Mohamed Daud Iraqi
 
KOTA BHARU – “Orang bukan Islam pada dasarnya boleh guna nama ALLAH, tetapi bukan meletakkan dalam Bible dan gereja”.

Demikian reaksi Ketua Ulama Pas Kelantan, Datuk Mohamed Daud Iraqi ketika mengulas isu penggunaan kalimah ALLAH yang menjadi polemik kini.

Reaksi itu dilihat bertentangan dengan kenyataan Ketua Ulama Pas Pusat, Datuk Harun Taib yang menegaskan penggunaan kalimah ALLAH hanya untuk orang Islam. Menurut Mohamed Daud, pada asalnya, kalimah ALLAH boleh digunakan sesiapa sahaja, namun apabila ia disalahgunakan pihak tertentu, maka adalah tepat sekiranya kerajaan bertindak menghalang penggunaannya kepada orang bukan Islam.

Katanya, kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin PR termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang membenarkan penggunaan kalimah ALLAH oleh masyarakat bukan Islam Islam adalah tepat berdasarkan isu semasa.

“Apa yang dijelaskan pemimpin PR tepat. Tidak ada masalah orang bukan Islam untuk guna kalimah ALLAH, tetapi jangan salah guna kebenaran itu,” katanya.Sinarharian.