Pekerja pengurup wang nyaris maut ditembak
 
PETALING JAYA - Seorang pekerja pengurup wang nyaris maut ditembak dua penjenayah dalam cubaan samun di sebuah premis di Jalan SS2/60 di sini, hari ini.

Mangsa berusia lingkungan 20-an, cedera di rusuk kanan dan dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, kejadian berlaku ketika pemilik premis datang untuk membuka premis, kira-kira jam 10 pagi.

Katanya, secara tiba-tiba dua lelaki menunggang motosikal dan bertopi keledar berpenutup penuh datang menyerangnya.

"Berlaku pergelutan dan pekerjanya datang membantu. Suspek melepaskan dua tembakan di mana satu peluru mengenai rusuk mangsa," katanya.

Beliau berkata, suspek kemudiannya melarikan diri dan meninggalkan motosikal jenis Yamaha 125Z di hadapan premis.sinarharian.