Sabtu, 12 Mei 2012

4 ditembak dalam Ford Ranger..ala mafia

 

KENDERAAN Ford Ranger yang ditembak dari jarak dekat oleh dua lelaki menunggang motosikal.


SEREMBAN – Dua lelaki mati manakala dua rakannya cedera selepas ditembak dua penjenayah ketika empat sahabat itu menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Datuk Bandar Tunggal di sini kelmarin.
Sebelum kejadian pada pukul 9.50 malam, kenderaan Ford Ranger dinaiki empat sahabat itu tiba-tiba dihampiri dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal sebelum pembonceng motosikal terbabit melepaskan tembakan ke arah empat sahabat itu.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, empat mangsa dalam kenderaan itu cedera kerana masing-masing terkena tembakan menyebabkan pemandu kenderaan itu terus memandu kenderaan ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini untuk mendapatkan rawatan.
Jarak antara lokasi kejadian dengan HTJ kira-kira dua kilometer.
“Semasa kejadian, kenderaan dinaiki empat mangsa bergerak perlahan kerana menghampiri persimpangan lampu isyarat. Pada masa sama sebuah motosikal dinaiki dua lelaki melepaskan tembakan ke arah kenderaan itu,” kata beliau pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban di sini semalam.kosmo.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan