Sabtu, 12 Mei 2012

2 suspek cabul, rogol wanita Switzerland diburu

KOTA BHARU - Dua lelaki warga tempatan diburu polis bagi membantu siasatan kes cabul dan rogol dua wanita Switzerland disini, Rabu lalu.

Ketua Polis Kota Bharu, Assistan Komisioner Azham Othman berkata,mangsa, Mirjam Tuenadan Mechele@ Weber masing-masing 25 tahun,dipercayai baru tiba dari Pulau Perhentian kira-kira jam 2.20 petang sebelum pergi ke pejabat Kedutaan Thailand untuk mendapatkan visa ke Bangkok, Thailand.

Menurut Azham, selepas selesai berurusan, kedua-dua mangsa berjalan kaki pulang ke hotel penginapan mereka di sebuah hotel di Pintu Pong dan disapa oleh seorang lelaki yang menunggang motosikal dan bersetuju membantu dua wanita itu untuk menguruskan perjalanan mereka ke Bangkok.

“Selepas bertemu lelaki terbabit, dia mengarahkan dua wanita itu menunggu di hadapan kuarters Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) bagi menunggu rakannya untuk mendapatkan kereta.

“Hampir dua jam menunggu, sebuah kereta hitam tiba dan dua lelaki keluar dari kereta telah memaksa dua wanita itu masuk ke dalam kereta dan dibawa ke sebuah banglo,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan