Selasa, 27 September 2011

Remaja mati diserang lapan lelaki dengan parang



IPOH 26 Sept. - Seorang remaja lelaki maut setelah cedera parah akibat diserang oleh lapan lelaki dengan menggunakan parang di Kawasan Perusahaan Menglembu di sini, malam tadi.
Dalam insiden pukul 8 malam itu, mangsa, K. Pirathibaraj, 19, daripada Taman Buntung di sini, meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Dzuraidi Ibrahim berkata, sebelum kejadian, mangsa yang menunggang motosikal dikejar sekumpulan suspek yang menaiki empat buah motosikal, berhampiran persimpangan lampu isyarat di Falim, Menglembu di sini.
"Mangsa dikepung dan kumpulan lelaki itu terus menetak kepala dan badan mangsa dengan parang.
"Kumpulan itu melarikan diri selepas mangsa terbaring di atas jalan. Hasil siasatan menemui dua bilah parang, dipercayai digunakan dalam kejadian itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Dzuraidi berkata, polis masih menyiasat motif serangan itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sehubungan itu, katanya, polis memburu kumpulan berkenaan dan meminta kerjasama orang ramai yang melihat kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di talian 05-2451500 untuk membantu siasatan.

sumber :utusan malaysia
p/s : ngeri sungguh keadaan jenayah di malaysia, walaupun terkawal tapi boleh menyebabkan kehilangan nyawa mereka yang tidak berdosa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan