Khamis, 8 September 2011

Akibat berebut pondan

Natasha punca rakan disimbah asid

KANGAR – “Saya berasa amat bersalah dan bimbang selepas teman saya menerima aib disimbah asid. Oleh itu, saya hendak pergi dari sini.”

NATASHA (kanan) menunjukkan kesan simbahan asid pada badan Mohd. Hafizuddin di Kangar semalam.

Demikian luahan seorang pondan yang mahu dikenali sebagai Natasha, 28, yang dikaitkan punca cemburu seorang lelaki sehingga sanggup bertindak menyimbah asid ke atas rakan serumahnya di Taman Seri Bakau di sini pada Sabtu lalu.

Kata Natasha, dia akan membawa diri ke tempat baharu bagi menjalani kehidupan lebih aman bersama teman serumahnya yang juga mangsa kejadian, Mohd. Hafizuddin Johari, 20.

“Sejak kami bersama, ramai pihak tidak senang dengan hubungan kami sehingga sering diugut dan dicaci.

“Kejadian ini amat menakutkan saya dan demi keselamatan dan keselesaan hidup, kami akan pindah,” katanya ketika ditemui di Rumah Kelab Media Perlis di sini semalam.


“Saya bukan sebarang pondan kerana dianugerahi keistimewaan oleh Tuhan yang mungkin tidak terdapat pada pondan lain mengakibatkan saya kini menjadi sasaran kerana perasaan cemburu dan berdendam. “Ia (cemburu dan dendam) bukannya daripada golongan sejenis, tetapi turut membabitkan wanita yang mungkin meminati teman saya (Mohd Hafizuddin Johari, 20) dan lelaki yang meminati saya kerana pernah diugut akan dirogol beramai-ramai,” kata lelaki berperwatakan wanita, Natasya Farisya, 28, yang juga teman istimewa Mohd Hafizuddin, mangsa simbahan asid di depan sebuah rumah di Taman Seri Bakau, di sini, pada awal pagi Sabtu.
Natasya berkata, sejak kejadian simbahan asid berlaku terhadap Mohd Hafizuddin, hidupnya menjadi tidak tenteram dan kini perlu sentiasa berhati-hati kerana bimbang perkara sama akan berulang ke atas dirinya.

Katanya, dia dan Mohd Hafizuddin memang bercadang untuk hidup bersama dan keluar dari Perlis, tetapi impian berkenaan terbantut apabila teman istimewanya dibawa lari anggota keluarganya ketika mereka makan di gerai di Padang Besar, kelmarin.


“Saya cuba menghalang tindakan bapa saudara Hafizuddin membawa lari teman lelaki dengan menggunakan kereta tetapi tidak berupaya.

p/s : Dunia sudah terbalik,semoga Allah memberi hidayah kepada mereka berdua untuk kembali kepangkal jalan, dan mati dalam keadaan beriman.amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan