Sabtu, 24 September 2011

Filem hantu bonceng hina Islam ?

Isu Zizan Raja Lawak mengucapkan 'Asyhaduanna Muhamadarr..Syaitan' di dalam satu babak filem Hantu Bonceng yang menghina Islam sememangnya kecoh. Jadi, dengan menggunakan 'private number', Zizan telah menelefon Ustaz Azhar Idrus untuk merujuk permasalahan ini.

"Saya ni baru kena marah dengan orang kerana filem Hantu Bonceng. Saya kata 'Asyhaduanna Muhammadarr' lepas tu nampak syaitan datang.. saya kata SYAITAN" kata Zizan.





Jawapan Ustaz Azhar Idrus

Dia boleh jadi dua hujah. Boleh jadi ada niat untuk mempersendakan Islam dan boleh jadi tidak berniat untuk mempersendakan Islam. Dalam kes ini dia mengucap ketika di dalam ketakutan, dalam cerita kelakar maka dia buat dialog mengucap "Asyhadu an la ilaha ill-Allah, wa asyhadu ana Muhammadarr.....Syaitan! Syaitan!."

Jadi boleh dikatakan bahawa penulis skrip ini untuk menghina nabi, dan boleh juga dikatakan penulis skrip berniat untuk menggambarkan seseorang yang di dalam ketakutan tidak sempat menghabiskan lafaz syahadahnya kerana ternampak syaitan. Ia boleh jadi ada niat untuk mempersenda.

Tetapi kesilapan ini tidak terletak kepada pelakon. Pelakon jahil dan tidak tahu apa-apa. Pelakon bukannya (perlu) belajar pondok untuk berlakon filem. Tetapi Penerbit, Penulis skrip dan Pengarah sepatutnya kena rujuk dahulu perkara ini kepada Pejabat Agama atau Jabatan Kuasa Fatwa. Skrip ini boleh jadi untuk mempersendakan Islam dan boleh juga bukan berniat untuk mempersendakan Islam.

"Walaupun ia bukan untuk mempersendakan Islam, ia tetap juga HARAM sebab mendatangkan FITNAH". Fitnah ini yang perlu di jaga dan kita perlu berhati-hati. Zizan sendiri telah mengakui bahawa beliau tidak pernah terniat untuk mempersendakan Islam.

"Jadi kita ambil secara baik, dia (Zizan) tidak berniat mempersenda Islam, tetapi kerana kejahilan punya pasal ia memberi fitnah."  -harakahdaily


Tahniah kepada Zizan kerana berani tampil memohon maaf secara terbuka atas kesilapannya itu. Sikap yang perlu dicontohi artis lain. Bila ada masalah, rujuk pada ulamak. Bukannya ego menegakkan benang yang basah.

Aku baru saja tengok Filem Hantu Bonceng kat YouTube semalam. Banyak lagi babak janggal dalam filem tu. Antaranya :

1. Dialog Jue Aziz cakap 'BABI'.
2. Abang imam surau, tapi adik dibiar tak tutup aurat, rambut kaler maler.
3. Pakai seksi, sebelum pergi clubbing, tapi pesan kat kawan jangan lupa solat.
4. Pakai seksi, tapi cakap "Saya kuat pegangan agama".

Bagi aku, keseluruhan yang terlibat dalam pembikinan Filem Hantu Bonceng patut tampil mohon maaf secara terbuka. Bukan Zizan seorang.
sumber:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan