Jumaat, 9 Mac 2012

JPA perlu segera laksanakan pelarasan skim perkhidmatan guru

KULAIJAYA 10 Mac — Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap Jabatan Perkhidmatan Awam dapat melaksanakan pelarasan skim perkhidmatan perguruan secepat mungkin.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, ini selaras dengan pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Kita berharap tempoh pelarasan itu dapat disegerakan berdasarkan pengumuman (pembatalan SBPA) oleh PM (Perdana Menteri). Mereka pun menunggu dan mengharapkannya di dalam tempoh terdekat,” katanya menambah pengumuman itu disambut baik Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri program Jelajah Sayang 1Malaysia di Kem Bina Negara Gunung Pulai, di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Muhyiddin juga berkata, apa yang telah dijanjikan kerajaan kepada golongan guru akan ditunaikan.— BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan