Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa, Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta, Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara, Jika hari ini seorang ulama yang mulia, Jika hari ini seorang peguam menang bicara, Jika hari ini seorang penulis terkemuka, Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa, Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca. Usman Awang 1979
Jumaat, 9 Mac 2012
Ibu negara sesak luar biasa
KUALA LUMPUR 9 Mac – Kesesakan lalu lintas yang luar biasa berlaku lagi di ibu negara, dua hari berturut-turut.
Hari ini, ribuan kenderaan yang dalam perjalanan ke tempat kerja terpaksa menempuh kesesakan teruk selama berjam-jam untuk masuk ke pusat bandar dan ini kali kedua berlaku sejak semalam.
Jika semalam, hujan lebat dan penutupan Lebuh Raya SMART dikatakan punca kesesakan tersebut. Hari ini pula, sebuah treler yang `tersadai’ akibat tayar pecah selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Tun Razak pula menjadi puncanya.utusanmalaysia.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan