Ahad, 11 Mac 2012

Hoki kelayakan Sukan Olimpik: Malaysia tewaskan Rusia 6-2,tahniah pasukan Hoki Malaysia!!

KUALA LUMPUR 11 Mac. – Skuad hoki kebangsaan terus mempamer aksi cemerlang pada perlawanan kedua kelayakan Sukan Olimpik 2012 di Dublin, Ireland apabila meraih kemenangan 6-2 ke atas Rusia.
Kemenangan tersebut membolehkan skuad bimbingan Tai Beng Hai memperoleh enam mata selepas menang dalam saingan pertama menentang Chile, semalam.
Malaysia bakal menentang Ukraine pada Selasa ini untuk perlawanan ketiga sebelum menghadapi pasukan pilihan Korea Selatan pada Khamis. – UTUSAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan