Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa, Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta, Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara, Jika hari ini seorang ulama yang mulia, Jika hari ini seorang peguam menang bicara, Jika hari ini seorang penulis terkemuka, Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa, Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca. Usman Awang 1979
Jumaat, 23 Mac 2012
Alfatihah! buat Ilmuan Melayu terbilang Tan Sri Mazlan Nordin
PETALING JAYA - Jasa Allahyarham Tan Sri Mazlan Nordin, 86, terlalu besar dalam dunia kewartawanan negara kerana beliau bukan sahaja disifatkan sebagai tokoh wartawan sejati malah yang terbaik sepanjang zaman.
Menurut bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin, kewibawaan Mazlan sebagai wartawan tidak ada tolok banding kerana mempunyai jati diri yang tinggi dan kekal aktif menulis sehingga ke akhir hayat.
"Mazlan telah melengkapkan dirinya sebagai wartawan dengan perkembangan terkini dari dalam dan luar negara malah Allahyarham tidak putus-putus membaca.
"Bagi saya, kita telah kehilangan seorang mahaguru yang terhebat dalam dunia kewartawanan dan penulisan," katanya ketika ditemui pemberita semasa menziarahi jenazah Allahyarham di Seksyen 16 di sini semalam.
Zainuddin merupakan Pengarang Berita, Utusan Malaysia ketika Mazlan menjawat jawatan Ketua Pengarang, Kumpulan Utusan pada tahun 1973 hingga 1982.kosmo.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan