Selasa, 6 Disember 2011

Takziah kepada Khairul Fahmi Che Mat

 
kelihatan Khairul Fahmi mengusung jenazah adiknya

 

 Takziah  buat penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi dan keluarganya atas pemergian adik yang tercinta, Mohd Amirul Izzat 16 tahun kira-kira jam 11.15 pagi , Isnin 5 Disember 2011. Dalam usia yang muda, beliau telah pergi menghadap ilahi.
Allahyarham disahkan meninggal dunia akibat demam denggi. Allahyarham meninggal dunia selepas lima hari dimasukkan ke Wad 2, Delima, HUSM. Mohd Amirul Izzat sebelum itu menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) selama 15 hari. Jenazah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab 2 itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Wakaf Mek Zainab. Katanya

"Kali terakhir saya sempat berbual dengan Izat ketika dia dimasukkan ke HRPZ II sebelum Hari Raya Haji. Saya dimaklumkan oleh keluarga keadaannya bertambah teruk sehingga tidak sedarkan diri ketika sedang menghadapi Sukan Sea di Jakarta. Saya bertemu dengannya kali terakhir selepas Khamis lepas, ketika itu arwah sudah tidak sedarkan diri. Izat minat dengan bola tetapi kurang pandai."

Khairul Fahmi yang pulang ke kampung di Kota Bharu selepas mendapat berita adiknya meninggal dunia ketika dia dalam perjalanan untuk menjalani latihan Skuad Olimpik yang akan berlepas ke Sydney. Khairul Fahmi bagaimanapun dikecualikan dari latihan tersebut tetapi tetap akan ke Sydney bagi pertemuan dengan Sydney FC, Central Coast Mariners FC dan Newcastle Jets FC. Semoga beliau sabar dan dapat mengekalkan prestasi beliau demi untuk negara.

P/s: Semoga Khairul Fahmi tabah dengan ujian ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan