Isnin, 5 Disember 2011

Gaji SBPA 2012. Pekeliling Baru Bulan Disember Ini!! Apa Kata Semua Penjawat Awam?

 
gaji sbpa 2012 Gaji SBPA 2012. Pekeliling Baru Bulan Disember Ini!! Apa Kata Semua Penjawat Awam?
[UPDATE 4 DISEMBER 2011 Berita SBPA Gaji Baru 2012] Pekeliling Gaji SBPA 2012 baru akan keluar tidak lama sahaja lagi disebabkan Rang Undang- Undang Pembekalan 2012 telah pun diluluskan di Dewan Rakyat pada 23/11/2011 jam 10:33 malam yang lalu. Dan….antara perkongsian maklumat yang kami terima setakat ini berkenaan dengan dengan sistem gaji SBPA baru 2012 ialah :

1) Skim Gaji SBPA 2012 Baru: “Exit Policy”

Mana-mana kakitangan kerajaan yang dinilai tidak mampu menjalankan tugas secara fizikal dan mental, akan disarankan supaya berhenti. Manakala kepada kakitangan kerajaan yang cemerlang tetapi disebabkan tiada promotion jawatan dalam organisasi tersebut, anda dinasihatkan supaya bersara dengan berbekalkan PERKS yang lumayan.
Walaubagaimanapun, kepada sesiapa yang berada dalam pengurusan premier dijangka agak kurang selamat. Pencapaian mereka ini akan diukur berdasarkan outcome & kesan, bukan lagi output seperti yang sebelumnya.
Kakitangan sektor kerajaan yang gagal memperlihatkan atau mencapai prestasi perkhidmatan disasarkan selama tiga tahun berturut-turut akan ditamatkan kerja di bawah Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA Gaji Baru 2012), yang bakal dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini 2012
Peruntukkan bagi Skim Gaji SBPA 2012 baru ini terpakai ke atas keseluruhan 1.3 juta tenaga kerja sektor awam, tidak kira peringkat dan kumpulan perkhidmatan.

2) Skim Gaji SBPA 2012 Baru: Pengredan Semula Jawatan

Akan wujud pelbagai lapisan gred seperti berikut (secara kasar) :
  • Premier
  • Jusa
  • Pengurusan Tinggi
  • Pengurusan dan Profesional
  • Pelaksana
Kalau diikutkan gred Premier dan Pelaksana adalah merupakan gred baru yg diwujudkan bagi mewujudkan kategori penjawat awam yang telah digred semula mengikut keperluan organisasi.
Maksudnya kalau ambil gred bawah sekali iaitu Pelaksana, seseorang yang sekarang ini hanya bertugas sebagai pemandu, kenalah ada multiskill, mampu buat kerja tambahan yang lain seperti jadi tukang bancuh kopi, tukang photostat, tukang taip, tukang angkat telepon dan lain-lain lepas ini.

3) Skim SBPA Gaji Baru 2012. Penilaian Markah Penjawat Awam

Bagi sistem gaji SBPA yang baru ini, markah penilaian akan menentukan kenaikan gaji penjawat awam. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menetapkan empat kategori markah penilaian perkhidmatan iaitu :
  • Markah 95% keatas – kenaikan gaji adalah 15 %
  • Markah 85%-95% – kenaikan gaji adalah 8%
  • Markah 75 % – tiada kenaikan
  • Markah 70 % – disyorkan tamat perkhidmatan
Difahamkan mana-mana kakitangan yang mendapat markah 70 peratus dan ke bawah selama tiga tahun berturut-turut akan ditamatkan perkhidmatan

4) Jadual Gaji SBPA 2012 Baru  : Sistem Gaji Baru

P1 Cuma RM19 Sebulan! 1Mbps, 2GB, Modem Percuma, Tiada Kontrak. 
Mengikut formula yang digunakan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) selepas menjalankan kajian, secara kasarnya, gaji penjawat awam bermula daripada jawatan KSN adalah seperti berikut :
Skim gaji baru 2012 SBPA ini bakal menyediakan sistem gaji satu lapis berbanding tiga lapis yang digunakan sekarang.
P/S : Jikalau ada maklumat yang ingin dikongsikan berkenaan dengan Sistem Gaji SBPA (Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam) 2012 yang baru ini, dipersilakan untuk dibincangkan bersama.
PP/S : Ada maklumat tidak rasmi yang kami perolehi, ada yang maklumat yang sudah hampir pasti akan dilaksanakan. Walaubagaimanapun, setakat ini, apa pandangan anda “cakap-cakap” berkenaan dengan skim gaji SBPA 2012 yang baru ini?.Berita semasa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan