Kitab Al-Quran |
Namun demikian menurut sebahagian penyelidik sejarah perundangan islam menyatakan bahawa tempoh masa baginda s.a.w tinggal di Mekah adalah 12 tahun 5 bulan 13 hari iaitu bermula 17 ramadhan tahun 41 kelahirannya sehingga 1 rabi'ul Awal tahun 54 kelahiranya. Sementara tempoh Nabi s.a.w tinggal di Madinah selepas peristiwa hijrahnya adalah 9 tahun 9 bulan 9 hari, iaitu bermula Rabi'ul Awal tahun 54 daripada kelahiranya hingga 9 Zulhijjah tahun 63 daripada kelahiranya, yang bersamaan dengan tahun ke 10 Hijrah (Kitab Manabil al-'Irfan). Hasil kajian diatas adalah bertepatan dengan pandangan yang mengatakan bahawa tempoh masa Baginda s.a.w tinggal di Mekah 13 tahun dan di Madinah 10 tahun. Kesimpulanya tempoh masa turunya al-Quran adalah 23 tahun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan