Jumaat, 2 Ogos 2013

Peniaga ditemui mati dengan isi perut terburai

BEGINILAH keadaan mayat lelaki ditemui mati dengan perut terburai di Kampung Teluk Gong, Melaka semalam

ALOR GAJAH - Seorang peniaga perabot dan barangan elektrik ditemui mati dalam keadaan mengerikan dengan isi perutnya terburai dipercayai ditikam di kawasan pantai Kampung Teluk Gong di sini malam kelmarin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Melaka, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, mayat Oh Son Liong, 55, ditemui sekumpulan ahli Kelab Rukun Tetangga (KRT) kampung berkenaan yang sedang melakukan rondaan pada pukul 10 malam.
"Ketika sedang meronda, mereka menemui sebuah lori dalam keadaan mencurigakan di kawasan terbabit lalu melakukan pemeriksaan lebih lanjut di kawasan sekitar.
"Mereka kemudian menemui mayat mangsa dengan isi perut terburai di dalam semak kira-kira 20 meter daripada lori lalu melaporkan penemuan tersebut kepada pihak polis," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.


Sumber:kosmo online.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan