|
Syeikh Mustafa Sabri |
|
Syeikh Mustafa al-Maraghi
|
Selepas zaman Imam al-Suyuti kurun ke-10H, iaitu kurun ke 11 Hijrah tiada penulisan dibuku mengenai Ulum al-Quran sehingga kurun ke- 12 H iaitu muncul Ulama yang dikenali dengan Syeikh Wali al-Dahlawi.. Selama satu kurun tiada penulisan dibuat oleh ulama kita, mungkin disebabkan faktor-faktor lain yang penulis (blog) tidak tahu. Diantara ulama-ulama dan kitab-kitab tersebut ialah :
1.Syeikh Wali Allah al-Dahlawi (m.1176H)
Kitab : Al-Fawz al-Kabir fi Usul al-Tafsir
2.Syeikh Tahir al-Jazza'iri (kurun 14H)
Kitab : Al-Tibyan li Ba'd al-Mabahith al-Muta'alliqah bi al-Quran 'ala Tariq al-Itqan (siap pada 1335H)
Nombor 3 dan seterusnya merupakan kitab-kitab yang dihasilkan sehingga sekarang.
3. Mustafa Sadiq al-Rafi'e
Kitab : 'Ijaz al-Quran wa al-Balaghah al-Nabawiyyah
4.Dr Muhammad Abd Allah Daraz
Kitab : Al-Naba' al-'Azim
5. Syeikh Muhammad Ali Salamah
Kitab : Manhaj al-Furqan fi Ulum al-Quran
6. Syeikh Abd al-Azim al-Zarqani
Kitab : Manahil al-'Irfan fi Ulum al-Quran
7. Syeikh Muhammad Abd al-Aziz al-Khuli
Kitab : Al-Quran al-Karim :Wasfuh, Hidayatuh, Atharuh, 'Ijazuh
8. Dr Subhi al-Salih
Kitab : Mabahith fi Ulum al-Quran
9. Manna'al-Qattan
Kitab : Mabahith fi Ulum al-Quran
10. Dr Ahmad al-Sayyid al-Kumi
Kitab :Ulum al-Quran
Kitab terjemahan pula, terdapat dua golongan ulama iaitu golongan yang mengharuskan dan golongan yang mengharamkan. Golongan yang mengharuskan terjemahan al-Quran dipelopori oleh Syeikh Mustafa al-Maraghi dengan menghasilkan kitab "Tarjamah al-Quran al-Karim wa Ahkamahu ". Didalam kitab ini beliau bersama para ulama lain berpendapat bahawa al-Quran harus diterjemahkan. Pendapat beliau disokong oleh Muhammad Fard Wajdi yang menulis kitab berjudul " Al-Adillah al-'Illmiyyah 'ala Jawaz Tarjamah Ma'ani al-Quran al-Karim ila al-Lughat al- Ajnabiyyah".
Manakala golongan yang menentang pandangan syeikh di atas ialah Syeikh Mustafa Sabri bekas Syeikhul Islam Turki yang menulis buku berjudul " Masalah Tarjamah al-Quran" dan diikuti oleh Syeikh Muhammad Sulaiman dan Syeikh Muhammad Mustafa al- Syatir.