Jumaat, 14 September 2012

Polis buru Ahmad Syafi...sebab kapak kepala isteri





SHAH ALAM 13 Sept. - Polis hari ini mengedarkan kepada media wajah buruh binaan warga Indonesia yang dipercayai membunuh isterinya, Novi Aryani, 34, dengan menetak kepala mangsa menggunakan kapak di Jalan Bunga Tanjung 4, Kampung Baru Hicom, Seksyen 26 di sini malam kelmarin.




Suspek yang dikenali sebagai Ahmad Syafi, 35, dikatakan melarikan diri dengan sebuah motosikal Modenas Kriss berwarna hitam bernombor pendaftaran WJC 2408 pada malam kejadian.



Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Perundangan) Selangor, Asisten Komisioner Rusdi Mohd. Isa berkata, pihaknya berharap gambar tersebut akan disiarkan bagi memudahkan usaha mengesan suspek.



"Kita berharap orang ramai yang pernah melihat suspek berdasarkan gambar yang diedarkan dapat memberikan kerjasama untuk menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam 03-5520 2220 .



"Waris Novi Aryani juga dimohon agar tampil menuntut jenazahnya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang," katanya.



Utusan Malaysia hari ini melaporkan kematian Novi Aryani, 34, warga Indonesia yang dipercayai ditetak di kepalanya dengan kapak dan dicekik di dalam bilik sebuah rumah setingkat di Jalan Bunga Tanjung 4, Kampung Baru Hicom, Seksyen 26 di sini pada pukul 9 malam kelmarin.



Siasatan awal polis percaya, suami mangsa iaitu Ahmad Syafi merupakan suspek kejadian kerana lelaki itu kelihatan tergesa-gesa meninggalkan rumah sebelum mayat Novi Aryani ditemui.

utusan.com.my

1 ulasan:

  1. gurumarhaen dapatkah saya tau alamat ahmad syafi di indonesia? thanks

    BalasPadam