Isnin, 24 September 2012

Pelajar diperkosa kekasih...ker rela diperkosa

sekadar hiasan

KAPAR: Seorang lelaki ditahan selepas disyaki merogol seorang pelajar sekolah menengah di rumahnya di Batu 13/4, Jalan Kapar, di sini, semalam.
Lelaki berusia 19 tahun itu mengenali mangsa berusia 15 tahun sejak dua tahun lalu dan dipercayai merogol mangsa pada 15 September lalu sebelum kejadian berkenaan diketahui.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd Shukor Sulong berkata, pelajar terbabit dirogol selepas pergi ke rumah teman lelakinya itu.

“Mangsa yang juga anak sulung daripada lapan beradik membuat laporan polis kelmarin,” katanya di sini, semalam.

Mohd Shukor berkata, suspek yang bekerja di sebuah kedai gambar, di sini, ditahan di rumahnya jam 2 pagi semalam.

Shukor berkata, suspek direman hingga 28 September ini bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol gadis bawah umur.harianmetro.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan