Khamis, 13 September 2012

Harimau Malaya dibaham Vietnam







KUALA LUMPUR, (D5) - Malaysia tumpas 2-0 kepada Vietnam dalam perlawanan persahabatan antarabangsa yang berlangsung di Stadium Shah Alam.
Vietnam memperolehi gol pembukaan menerusi Le Cong Vinh pada minit ke-32 selepas dia menyambut hantaran lintang rakan dengan melayangkan badan untuk melakukan tandukan kearah gawang Harimau Malaya.
Sejurus kemudian, pasukan kebangsaan bertambah kelam kabut dan Faizal Marlias tertewas sekali lagi apabila pemain yang sama bijak melambungkan bola ketika berdepan satu lawan satu. Namun Aidil Zafuan muncul mengeluarkan bola yang bergolek menghampiri garisan gol Malaysia.
Gol kedua pelawat dijaringkan oleh Phan Thanh Hung di minit ke-48, apabila dia membuat sentuhan mudah selepas menerima hantaran rakan.
Sejak diawal permainan, Harimau Malaya beraksi hambar dan Vietnam jelas menguasai permainan dengan kerap melakukan hantaran-hantaran pendek. Mereka juga dilihat lebih serius dalam melakukan serangan ataupun ketika bertahan. Usaha keras barisan pertahanan Vietnam mengakibatkan Malaysia kerap kehilangan bola sebelum memasuki kubu Vietnam.
Seawal minit keempat, Faizal sudah diuji selepas dia menyelamatkan rembatan yang tidak disangka-sangka muncul kearah gawang Malaysia.
Di minit ke-23, Norshahrul Idlan menerima hantaran baik daripada Bunyamin, sebelum dia sempat melakukan lambungan kearah gawang lawan, namun ia sedikit tersasar.
Di penghujung separuh masa pertama, Malaysia dihadiahkan sepakan percuma dalam kotak penalti Vietnam, namun sepakan Aidil terkena benteng lawan.
Safee Sali yang kemarau gol sejak November tahun lalu hanya memanaskan bangku simpanan sahaja di separuh masa pertama. Kemasukannya di babak kedua sedikit sebanyak mengucar kacirkan pertahanan lawan dengan kerap melakukan percubaan.
Di minit ke-61, Safee muncul melakukan tandukan, bagaimanapun ia lemah untuk menewaskan penjaga gol lawan. Di minit ke-66, Baddrol Bakhtiar pula melakukan rembatan kaki kiri, namun ia sedikit tersasar melewati palang gol.
Kebuntuan gol pasukan negara berlanjutan sehingga tamat perlawanan yang berkesudahan Vietnam 2 Malaysia 0.

p/s: sampai bila Pasukan Malaysia berada ditakuk lama sedangkan kawan seperjuangan seperti Korea Selatan sudah jauh beribu batu didepan.
http://sports.mylaunchpad.com.my/senarai-artikel/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan