Jumaat, 21 September 2012

Bunuh ala mafia di Tampin

USUNG...anggota JPAM mengusung mayat mangsa. Gambar kecil, Sivabalan.
USUNG...anggota JPAM mengusung mayat mangsa. Gambar kecil, Sivabalan.



TAMPIN: Tiga lelaki dipercayai bekas tahanan Ordinan Darurat melakukan tiga serangan ‘ala Mafia’ dipercayai bermotifkan dendam lama di sekitar bandar ini kelmarin, menyebabkan seorang lelaki terbunuh, seorang parah ditetak, manakala dua remaja lelaki berusia 16 tahun cedera.

sekadar hiasan

Dalam insiden pertama jam 10.30 malam, ketiga-tiga suspek bersama lebih 15 rakan mereka yang bermotosikal menyerang dua remaja berusia 16 tahun di sebuah kedai mencuci kenderaan di Repah, di sini, menyebabkan kedua-dua mangsa cedera.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh berkata, insiden itu berlarutan apabila pada jam 11.30 malam, tiga suspek sama menyerang mangsa kedua, M Sivabalan, 42, di rumahnya di Taman Bukit Tampin, di sini.

Katanya, dua daripada suspek menetak kepala, bahu dan tangan Sivabalan menggunakan parang di depan anak dan isterinya sebelum mangsa dikejarkan ke Hospital Tampin (HT), namun disahkan meninggal dunia akibat kecederaan .harianmetro.

p/s : sungguh kejam, sampai putus tangan. Mereka seolah-olah tidak takut dengan undang-undang di Malaysia membunuh sesuka hati macam bunuh ikan di sungai hehehe aduh kesian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan