Isnin, 29 Disember 2014

Bekalan banjir tidak sampai...

keadaan banjir di Kelantan


SUBANG – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengakui menghadapi pelbagai kesukaran untuk menghantar bantuan ke kawasan terjejas banjir akibat keadaan cuaca yang tidak menentu, selain keadaan jalan darat yang ditenggelami air.Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan Pertahanan, Laksamana Muda Datuk Anuwi Hassan berkata, pihak ATM kini bertungkus-lumus bagi memastikan segala bantuan dapat dihantar kepada mangsa banjir.
“Cabaran paling besar ialah terputus hubungan sama ada jalan darat dipenuhi air atau cuaca yang tidak menentu.“Ini menyebabkan pesawat serta agensi terlibat tidak dapat sampai ke sana. Bukan kami tidak memberikan bantuan."Memang bantuan sentiasa cuba diberikan kepada mangsa banjir,” katanya selepas menyaksikan aktiviti penerimaan sumbangan bekalan makanan dan peralatan oleh pihak awam serta agensi swasta di gudang simpanan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang, semalam.Menurutnya, pihak ATM terpaksa menunggu sehingga cuaca baik di kawasan terjejas banjir bagi memastikan proses menghantar bantuan dapat dijalankan dengan lancar.
Dalam pada itu, sebanyak 150 tan barang bantuan meliputi pelbagai barangan keperluan dan makanan sudah dihantar ke Kelantan bagi membantu mangsa banjir.Barang keperluan itu dihantar enam hingga lapan kali sehari dengan pesawat TUDM sejak 25 Disember lalu.

“Seramai 150 anggota tentera daripada TUDM, Tentera Darat Diraja Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia berkumpul di gudang simpanan pesawat TUDM untuk membantu mengumpul dan mengangkut barang.    “Kita amat terharu dengan sumbangan bukan sahaja daripada pihak swasta malah orang perseorangan. Ada juga menyatakan minat menjadi sukarelawan dalam misi tersebut," katanya.

sumber sinarharian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan