TPM
KUALA LUMPUR -
Kementerian Pendidikan bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan
2015 di seluruh negara, selama seminggu, berikutan banjir yang melanda beberapa
negeri di Semenanjung sekarang. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
yang juga Menteri Pendidikan berkata dengan penangguhan itu, tarikh baharu sesi
permulaan persekolahan tahun depan bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan
Johor adalah pada 11 Januari (Ahad), manakala bagi negeri-negeri lain akan
bermula pada 12 Januari (Isnin).
"Penangguhan itu
dibuat dengan mengambil kira sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai
Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau yang ditenggelami air akan mengambil masa
untuk dipulihkan.
"Keadaan
guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan
perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan
mereka," kata beliau dalam kenyataan hari ini.
Muhyiddin berkata,
sehingga semalam, Kementerian Pendidikan mendapati sejumlah 340 buah sekolah
daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir.Sebelum ini, sesi
persekolahan bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor dijadual dibuka
pada 4 Jan manakala bagi negeri-negeri lain adalah 5 Jan.
"Sebagai Menteri
Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal
dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan
murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan,"
katanya.Beliau turut
menasihatkan pihak pengurusan sekolah agar apabila keadaan banjir kembali
pulih, mereka harus menggunakan tempoh itu untuk bergotong royong membersihkan
kawasan sekolah, bagi memastikan keselamatan dan keselesaan kepada murid-murid.Setakat
pagi ini, jumlah mangsa banjir di lima negeri yang terjejas adalah 225,722
orang. - Bernama
|
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa, Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta, Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara, Jika hari ini seorang ulama yang mulia, Jika hari ini seorang peguam menang bicara, Jika hari ini seorang penulis terkemuka, Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa, Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca. Usman Awang 1979
Isnin, 29 Disember 2014
Sesi persekolahan negara ditangguh seminggu
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan