sekadar hiasan |
KUALA LUMPUR -
Juruterbang yang mengendalikan pesawat AirAsia Indonesia Penerbangan QZ8501
yang hilang pada Ahad, mempunyai rekod 20,537 jam penerbangan.Dalam kenyataan
hari ini, AirAsia berkata daripada jumlah itu, kapten berkenaan mencatat 6,100
jam penerbangan bersama AirAsia Indonesia dengan pesawat Airbus A320.
"Pegawai pertama
pula mencatat 2,275 jam penerbangan dengan AirAsia Indonesia," katanya.
Pada Ahad, pesawat ke
Singapura bersama 162 penumpang dan anak kapal itu terputus hubungan dengan
pusat kawalan trafik udara Indonesia pada 7.24 pagi setelah berlepas dari
Surabaya pada 5.35 pagi.
AirAsia berkata
pihaknya menubuhkan Pusat Panggilan Kecemasan dengan menggunakan talian
+622129270811 atau 031-8690855 atau 031-2986790 (Surabaya) untuk mereka yang
ingin mendapatkan maklumat tentang sanak saudara atau sahabat handai penumpang
dan anak kapal pesawat berkenaan.
Katanya ketika ini,
operasi mencari dan menyelamat dijalankan di bawah penyelarasan Agensi Mencari
dan Menyelamat Nasional Indonesia (BASARNAS) dan AirAsia Indonesia memberi
kerjasama penuh serta membantu dengan sedaya upaya dalam penyiasatan kehilangan
pesawat berkenaan. - Bernama