Isnin, 18 Februari 2013

Parti lalok tingkat 18

Polis menahan 26 lelaki dan 12 wanita yang sedang mengadakan pesta liar, termasuk kegiatan pengambilan dadah di sebuah kondominium mewah yang disewa, kira-kira jam 2.30 pagi semalam.
Ketika polis menyerbu unit rumah di tingkat 18 kondominium yang terletak di Jalan Anjung Putra, Off Jalan Sultan Ismail itu, semua yang ditahan berusia 18 hingga 31 tahun itu sedang leka berseronok menikmati alunan muzik ala disko. 
sekadar hiasan

  Siasatan awal mendapati 22 daripada mereka positif dadah dan enam orang pula memiliki dadah.
Dalam serbuan itu juga, polis merampas sejumlah dadah jenis ganja, pil Ecstasy dan Eramin 5.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, kondominium mewah itu disewa pada harga antara RM800 hingga RM1,000 semata-mata untuk mengadakan parti ‘lalok’.
“Hasil maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Narkotik Dang Wangi bergegas ke tempat berkenaan dan ketika serbuan dilakukan, mereka lengkap berpakaian, namun hasil pemeriksaan mendapati semua mereka dalam keadaan khayal.
“Parti liar itu diadakan sejak sebulan lalu, malah dijalankan hampir setiap malam hingga mengganggu penduduk,” katanya.
Menurutnya, risikan awal mendapati kira-kira 20 hingga 40 pemuda terbabit dalam parti liar berkenaan dan seorang penganjur berusia 31 tahun turut ditahan bersama peralatan radio dalam serbuan itu.
Katanya, turut ditemui bekalan arak dan mereka dibawa ke IPD Dang Wangi untuk saringan air kencing, Selepas saringan air kencing, 22 daripada mereka didapati positif dadah manakala enam lagi didapati memiliki dadah.hmetro.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan