Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa, Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta, Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara, Jika hari ini seorang ulama yang mulia, Jika hari ini seorang peguam menang bicara, Jika hari ini seorang penulis terkemuka, Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa, Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca. Usman Awang 1979
Khamis, 28 Februari 2013
Guru tuisyen dakwa dibelasah bomoh wanita
KUALA LUMPUR – Gara-gara menemani rakan menghadiri upacara keagamaan, seorang guru tuisyen mengalami kecederaan di seluruh badan selepas dipukul seorang bomoh wanita berusia 30-an tahun di sebuah kedai kopi di Kampung Desa Aman, Kepong di sini pada 18 Februari lalu.
Lee Chian Ai, 38, mendakwa, dalam kejadian pukul 10.30 malam itu, dia dipukul bomoh itu dengan papan di dalam bilik sembahyang kedai berkenaan.
“Saya dipukul bertalu-talu selama 15 minit sehingga menyebabkan lengan, paha, punggung dan belakang badan saya lebam serta bengkak.
“Lebih menakutkan, bomoh yang dipercayai telah dirasuk memukul saya sehingga papan tersebut patah sebelum melepaskan saya keluar daripada bilik berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) di sini semalam.
Dakwanya, kejadian berpunca daripada tuduhan bomoh berkenaan terhadap dia dan rakannya, Ah Fong yang dikatakan punca seorang pengikut bomoh itu demam selepas menjalankan upacara sembahyang di bilik berkenaan sehari sebelum kejadian itu.kosmo.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan