Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa, Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta, Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara, Jika hari ini seorang ulama yang mulia, Jika hari ini seorang peguam menang bicara, Jika hari ini seorang penulis terkemuka, Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa, Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca. Usman Awang 1979
Selasa, 25 September 2012
2 Wanita Islam Kongsi bilik dengan Jantan Afrika..haahah untung mat afrika
p/s: murahnya maruah dan harga diri wanita melayu khasnya dan wanita Malaysia amnya...walaupun hanya sedikit sahaja daripada mereka yang terlibat tetapi perkara ini amat memalukan orang islam.
Isnin, 24 September 2012
Guru gigit lengan murid...insyallah budak ni akan menyesal bila tua nanti
SAKIT...Farhan menunjukkan lengan kirinya yang cedera akibat digigit guru.
KAJANG: Angkara tidak dapat menyebut perkataan ‘boy’s’ dengan betul, seorang murid tahun enam digigit gurunya hingga mengalami kecederaan di lengan kiri dalam kejadian di sebuah sekolah di Bandar Sri Putra, dekat sini.
Berikutan kejadian jam 8 pagi Khamis lalu itu, mangsa yang dikenali sebagai Farhan, 12, yang juga anak bongsu daripada empat beradik kini mengalami tekanan perasaan dan trauma.
Bapa mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Abu Bakar, 49, berkata, dia mengetahui kejadian menimpa anaknya itu pada jam 12.30 tengah hari selepas melihat anak bongsunya itu murung.
Katanya, selepas disoal, anaknya memberitahu seorang guru menggigit di lengannya hingga pecah darah selepas tidak dapat menyebut satu perkataan dengan baik.harianmetro.
Trauma dibelasah teman lelaki Nigeria....haha gilakan belalai panjang
sekadar hiasan
KUALA LUMPUR: Pertemuan kali pertama membawa sengsara, itu dialami seorang wanita yang mengunjungi rumah teman lelaki warga Nigeria di Bukit Jalil, di sini apabila dia bukan sahaja dikurung malah dibelasah selain dipaksa menyerahkan wang RM500 jika ingin dilepaskan.
Difahamkan, wanita berusia 26 tahun itu mula mengenali kenalannya itu sejak Disember lalu namun mereka berdua tidak pernah bertemu sebaliknya hanya menjalinkan hubungan melalui telefon.
Bagaimanapun pada Khamis lalu, lelaki berusia 20-an terbabit menghubungi mangsa jam 10 pagi dan mengajaknya datang ke rumah kononnya ingin mengenali mangsa dengan lebih dekat.
Mangsa tanpa berfikir panjang terus bersetuju dan memberitahu akan ke kediaman lelaki itu beberapa jam kemudian dengan beranggapan pertemuan itu dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat kerana sejak berhubungan mereka tidak pernah bertemu.
Menurut sumber, sebaik tiba, mangsa pada mulanya dilayan dengan baik malah ketika itu, dua teman serumah kenalannya itu turut berada bersama. “Malah ketika berborak, tiba-tiba lelaki terbabit merayu kepada mangsa supaya meminjamkan wang sebanyak RM500 kononnya ingin dihantar pulang ke negara asalnya kerana mendakwa keluarganya mengalami kesempitan wang.
“Mangsa yang simpati dengan nasib temannya itu kemudian bersetuju memberikan wang diminta namun memberitahu akan menyerahkannya keesokan hari kerana dia tiada wang pada ketika itu,” katanya.
Sumber berkata, bagaimanapun lelaki terbabit tidak berpuas hati dengan jawapan mangsa dan terus mengamuk sebelum menumbuk muka mangsa beberapa kali.
“Mangsa yang kesakitan terkejut dan merayu tidak diapa-apakan dan berjanji memberikan wang diminta dengan syarat membenarkannya pulang ke rumah.
“Lelaki itu enggan berbuat demikian dan terus memaksa mangsa masuk ke dalam bilik dan mengurungnya,” katanya. Menurutnya, mangsa yang dikurung kemudian tertidur sebelum tersedar kira-kira jam 11 pagi keesokannya selepas lelaki berkenaan masuk ke dalam bilik dan menendang serta memukulnya beberapa kali. “Tidak cukup dengan itu, rakan lelaki itu turut masuk dan membelasah mangsa selama beberapa minit serta memaksa menyerahkan wang seperti dijanjikan sambil mengacukan pisau. “Mereka kemudian membawanya keluar untuk mengambil wang berkenaan. Malah ketika berada di dalam kereta, mangsa turut ditampar dan dipukul,” katanya. Sumber itu berkata, mangsa yang ketakutan kemudian meminta lelaki itu membawa ke rumah rakannya di Kelana Jaya dan berjanji memberikan wang seperti diminta. “Sebaik tiba di pangsapuri rakannya, mangsa yang ketakutan menjerit meminta tolong dan disedari pengawal keselamatan yang kemudian membantunya serta menghubungi polis. “Malah, lelaki terbabit turut ditangkap dan diserahkan kepada polis yang tiba tidak lama kemudian. Mangsa yang trauma dengan kejadian itu kemudian dibawa membuat laporan di Balai Polis Sungai Besi,” katanya. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah mengesahkan kejadian itu dan memberitahu mangsa dikurung dan dipukul teman lelakinya bersama dua lagi rakan serta diperas ugut sebanyak RM500. Menurutnya, ketiga-tiga lelaki Nigeria itu yang juga pelajar kini ditahan reman bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 384/342 Kanun Keseksaan.harianmetro. |
Pelajar diperkosa kekasih...ker rela diperkosa
sekadar hiasan
KAPAR: Seorang lelaki ditahan selepas disyaki merogol seorang pelajar sekolah menengah di rumahnya di Batu 13/4, Jalan Kapar, di sini, semalam.
Lelaki berusia 19 tahun itu mengenali mangsa berusia 15 tahun sejak dua tahun lalu dan dipercayai merogol mangsa pada 15 September lalu sebelum kejadian berkenaan diketahui.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd Shukor Sulong berkata, pelajar terbabit dirogol selepas pergi ke rumah teman lelakinya itu.
“Mangsa yang juga anak sulung daripada lapan beradik membuat laporan polis kelmarin,” katanya di sini, semalam.
Mohd Shukor berkata, suspek yang bekerja di sebuah kedai gambar, di sini, ditahan di rumahnya jam 2 pagi semalam. Shukor berkata, suspek direman hingga 28 September ini bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol gadis bawah umur.harianmetro. |
Isteri orang berzina dengan Pakistan pula...
sekadar hiasan |
KAPAR: Berang dengan seorang wanita yang berkhalwat dengan seorang lelaki warga Pakistan, seorang penduduk bertindak menumbuk muka wanita terbabit selepas mencekup pasangan itu di sebuah rumah di Taman Sri Kerayong, tengah malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu, penduduk terbabit dipercayai geram dengan wanita berusia 30-an itu yang sebelum ini beberapa kali berjaya meloloskan diri.
Difahamkan, wanita yang juga isteri orang itu sanggup memandu dari rumahnya di Sungai Besar semata-mata untuk memadu kasih bersama kekasih gelapnya itu.
Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, wanita itu dilihat beberapa kali melakukan maksiat di kawasan perumahan itu sejak dua bulan lalu. harianmetro.
Jumaat, 21 September 2012
70 bomoh tidak berkesan
api misteri membakar pakaian pemilik rumah |
KOTA BHARU - Meskipun sudah menggunakan khidmat 70 orang bomoh dan ribuan ringgit dihabiskan untuk membayar upah mereka, api misteri tetap mengganggu keluarga Zainab Sulaiman di Kampung Penambang Bunga Emas di sini.
Lebih mengejutkan, tidak sampai seminggu api misteri itu mengganggu keluarga itu baru-baru ini, semalam gangguan itu datang lagi ketika Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengunjungi rumah berkenaan bersama isterinya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak.
Menteri Besar Kelantan itu mengunjungi rumah tersebut dengan tujuan untuk mengadakan solat hajat dan membaca ayat-ayat suci al-Quran bagi memohon Allah supaya menjauhkan keluarga itu daripada api misteri itu.
Malangnya kata Zainab, 75, api berkenaan muncul di dalam sebuah bilik di bahagian belakang rumah ketika Nik Abdul Aziz sedang mengadakan solat hajat di ruang tamu rumah mereka.
Bagaimanapun dalam kejadian kali ini, api tersebut tidak membakar sebarang benda atau peralatan di rumah itu sebaliknya hilang begitu sahaja.
Zainab tetap gembira menerima kunjungan Menteri Besar yang sudi membantu menyelesaikan masalahnya sekeluarga.
"Sudah 70 orang bomoh saya guna untuk hapuskan gangguan ini, duit pula sudah habis ribuan ringgit kami sudah hilang punca untuk menyelesaikannya," ceritanya ketika dihubungi di sini semalam.
Episod serangan api misteri membabitkan sebuah keluarga tersebut bagaikan tiada penghujungnya selepas kali pertama berlaku tiga tahun lalu.
Sepanjang tempoh tersebut, Zainab yang tinggal bersama menantunya, Rafeah Zakaria, 40, dan tiga cucunya, Wan Mohd. Faiz Wan Hanafi, 15, Wan Norfatihah, 14, dan Wan Nurfatini, 12, terus dihantui keresahan kerana serangan tersebut tidak pernah berhenti.
Sepanjang Aidilfitri lalu, keluarga tersebut terpaksa bersengkang mata apabila api misteri berkenaan kembali mengganas dengan serangan antara empat hingga enam kali sehari membakar pelbagai peralatan rumah termasuk pakaian.kosmo.
p/s: percaya juga kepada bomoh, ish ish ish....mana la hantu nak lari sebab bomoh pun pelihara hantu juga. Biasanya bomoh melayu ada pelihara hantu atau jin. Cara islam tak nak ikut, buat la cara yang telah diajar oleh Islam insyaallah selamat dunia dan akhirat. Baca quran, sembahyang hajat sendiri la apa nak suruh orang sembahyang untuk kita. Ini pendapat penulis yang pernah mengalami keadaan bila berjumpa bomoh. Kenyataan saya diatas tiada bersangkut paut dengan kes diatas, hanya sedikit pandangan dari saya. Maaf jika terkasar bahasa.
Penduduk Taman Bukit Teratai diancam jenayah
sekadar hiasan |
AMPANG JAYA - Sebanyak 350 keluarga di Jalan Teratai 1/2D, Taman Bukit Teratai di sini melahirkan kebimbangan dengan tahap keselamatan di kawasan itu ekoran kejadian jenayah yang semakin berleluasa sejak enam bulan lalu.
Penduduk kawasan itu mendakwa banyak kes rompakan, ragut dan vandalisme berlaku di kawasan perumahan itu menyebabkan mereka kini hidup dalam ketakutan.
Salah seorang penduduk, Chan Wei Leong, 38, berkata, cermin belakang keretanya dipecah sebanyak dua kali sejak beberapa bulan lalu menyebabkan dia terpaksa menanggung kerugian.
"Cermin kereta saya dipecahkan dengan menggunakan batu bata yang ditinggalkan oleh kontraktor yang membina kebuk sampah di kawasan ini.
sekadar hiasan |
"Selepas menggantikan cermin kereta tersebut, saya terkejut apabila mendapati ia dipecahkan sekali lagi beberapa hari kemudian," katanya ketika ditemui di sini kelmarin.
Seorang lagi penduduk, Wong Kooi Moi, 45, berkata, dia bimbang dengan keselamatan dirinya dan keluarga ekoran peningkatan kejadian jenayah yang berlaku di kawasan perumahan tersebut.
"Baru-baru ini, suami saya dirompak dan motosikalnya dilarikan dalam kejadian pada pukul 12 tengah malam," ujarnya.
Seorang lagi mangsa jenayah, Annie Wong, 32, berkata, pencuri juga melarikan minyak dan bateri motosikal miliknya baru-baru ini.
"Saya hairan kerana barangan yang tidak seberapa harganya turut dicuri.
"Kejadian jenayah semakin menjadi-jadi dan kami berharap pihak berkuasa mengambil serius masalah tersebut dan mengatasinya secepat mungkin," katanya.kosmo.
p/s : jenayah sangat berleluasa, pelik sungguh dikatakan menurun statistik jenayah, yang realitinya rakyat makin takut dinegara sendiri.
Bunuh ala mafia di Tampin
USUNG...anggota JPAM mengusung mayat mangsa. Gambar kecil, Sivabalan.
TAMPIN: Tiga lelaki dipercayai bekas tahanan Ordinan Darurat melakukan tiga serangan ‘ala Mafia’ dipercayai bermotifkan dendam lama di sekitar bandar ini kelmarin, menyebabkan seorang lelaki terbunuh, seorang parah ditetak, manakala dua remaja lelaki berusia 16 tahun cedera.
sekadar hiasan |
Dalam insiden pertama jam 10.30 malam, ketiga-tiga suspek bersama lebih 15 rakan mereka yang bermotosikal menyerang dua remaja berusia 16 tahun di sebuah kedai mencuci kenderaan di Repah, di sini, menyebabkan kedua-dua mangsa cedera.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh berkata, insiden itu berlarutan apabila pada jam 11.30 malam, tiga suspek sama menyerang mangsa kedua, M Sivabalan, 42, di rumahnya di Taman Bukit Tampin, di sini.
Katanya, dua daripada suspek menetak kepala, bahu dan tangan Sivabalan menggunakan parang di depan anak dan isterinya sebelum mangsa dikejarkan ke Hospital Tampin (HT), namun disahkan meninggal dunia akibat kecederaan .harianmetro.
p/s : sungguh kejam, sampai putus tangan. Mereka seolah-olah tidak takut dengan undang-undang di Malaysia membunuh sesuka hati macam bunuh ikan di sungai hehehe aduh kesian.
Sabtu, 15 September 2012
Nasib malang bekas jutawan LBJ..disaman anak sendiri fuh dahsyat.
|
SEREMBAN – Seorang bekas jutawan Felda Lyndon B Johnson (LBJ) di Labu dekat sini disaman anak perempuannya sendiri yang mahu me nuntut sebahagian hasil pengambilan sebidang tanah seluas 3.6 hektar oleh kerajaan Negeri Sembilan pada tahun 1998 yang bernilai RM1.6 juta.
Norzay Rashid, 44, turut menuntut mahkamah supaya mengisytiharkan rumah milik bapanya itu yang kini sebagai harta sepencarian dengan arwah ibunya yang sudah meninggal dunia.
Beliau mengemukakan tuntutan ke atas bapanya itu yang kini berkerusi roda di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di sini, Kamal Basha Muhammad.
Hakim Kamal menetapkan 12 Oktober ini untuk membuat keputusan.
Dalam tuntutan tersebut, Norzay memohon perintah mahkamah bahawa separuh daripada sebidang tanah milik bapanya, Rashid Jani, 75, yang dianggarkan bernilai RM160,000 diisytiharkan sebagai harta sepencarian bagi pihak ibunya, Allahyarham Kering Aman.kosmo.
Penyayi Alyah cedera dihempap lampu
Aliyah |
PETALING JAYA – Penyanyi yang terkenal dengan lagu Kisah Hati, Alyah atau nama sebenarnya Norhasliah Abu Hassan terpaksa dikejarkan ke hospital semalam selepas mengalami kecederaan pada bahagian belakang akibat dihempap sebuah lampu tumpu (spotlight).
Kejadian berlaku ketika dia menghadiri majlis rumah terbuka anjuran stesen radio Hot FM di Sri Pentas di sini apabila lampu tersebut yang berukur lilit satu meter tiba-tiba terjatuh dan terkena pada bahagian belakang penyanyi itu.
Alyah, 31, yang merupakan salah seorang jemputan pada majlis tersebut dikatakan baru tiba pada majlis berkenaan.
Bagaimanapun, lebih kurang pukul 9.30 pagi, lampu tumpu yang ditempatkan di ruang legar kawasan majlis berkenaan dikatakan telah dilanggar secara tidak sengaja oleh seorang tetamu lain sebelum terjatuh dan menghempap bahagian belakang tubuh Alyah.
Kejadian itu disaksikan oleh para hadirin dan wartawan yang hadir.kosmo.
Umno, Pas gabung kecam Innocence of Muslims
September 2012
SHAH ALAM – Umno menyatakan persetujuan untuk bergabung dengan Pas selepas Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencadangkan untuk bersama menghalang penerbitan video Innocence of Muslims.
Ketua Penerangannya, Datuk Ahmad Maslan berkata, cadangan itu sangat baik dalam usaha menentang musuh Islam supaya tidak terus memburuk-burukkan Nabi Muhammad SAW.
Beliau berkata, penerbitan video yang menghina Islam dan Rasulullah SAW itu menimbulkan kemarahan umat Islam dari seluruh dunia sehingga berlaku pembunuhan ke atas Duta Amerika Syarikat di Libya.
“Insiden tersebut amat dikesali dan saya ingin menasihatkan masyarakat supaya melakukan perhimpunan tanpa melibatkan keganasan.
“Cadangan Abdul Hadi disambut baik dan perlu dibincangkan pada peringkat atas supaya bersama-sama menolak penerbitan itu atas dasar Islam,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, isi kandungan filem itu sengaja diputar-belitkan supaya umat Islam dilabelkan sebagai pengganas dan tidak bermoral di mata dunia.
Ahmad berkata, umat Islam harus bergabung tanpa mengira fahaman atau bangsa demi menyelamatkan maruah Islam.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya berkata, beliau menyokong cadangan itu dengan sepenuhnya.
Katanya, gabungan seperti itu bukan sahaja perlu membabitkan Umno dan Pas, bahkan sepatutnya melibatkan umat Islam keseluruhannya.
Beliau berkata, semua pihak perlu bertanggungjawab membersihkan segala tuduhan dan penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW dan memberhentikan tindakan mempersendakan Islam.
“Saya juga ingin mencadangkan ahli agama bersatu menjawab semua fitnah itu secara ilmiah dalam beberapa bahasa menjelaskan perkara ini.
“Setelah video ini tersebar Youtube, masyarakat mulai mencari bukti dan jawapan sebenar mengenai isu tersebut,” katanya.
Fathul Bari berkata, pendekatan itu harus menjawab balik fitnah mereka yang anti Islam mengenai pengisian video tersebut tidak berasas dan benar.
Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengecam penayangan filem Innocence of Muslims yang menghina Nabi Muhammad SAW dan mengarahkan pihak berkuasa tidak membenarkan penayangan filem itu di negara ini.
“Bagi kita orang Islam, kita tidak boleh terima (filem menghina Nabi Muhammad SAW). Ia satu kesalahan besar. Kita tidak boleh mengizinkan sama ada dalam bentuk filem, perkataan dan apa saja yang menghina Nabi, sesuatu yang kita tolak,” katanya semalam.
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, pengeluaran filem itu adalah “satu perbuatan jahat yang tidak menghormati agama.”
Muhyiddin mengulas demikian selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kota Bharu dan menghadiri majlis Pemimpin Bersama Rakyat serta sambutan mesra Aidilfitri, di Kota Bharu.
“Saya sendiri secara peribadi, sepatutnya kita ban (filem ini), jangan kita benarkan perbuatan menghina Nabi Muhammad SAW ini,” katanya.
“Mungkin ada tujuan tertentu yang dilakukan supaya ada pertembungan antara agama, ada pergaduhan, sesuatu yang boleh bawa kesan besar kepada masyarakat dunia,” katanya.
Di MARANG, Hadi berkata, umat Islam di Malaysia tanpa mengira latar belakang atau fahaman politik perlu bersatu mengecam pembikinan serta penyebaran filem menghina keperibadian Nabi Muhammad SAW itu.
“Saya percaya umat Islam tidak kira siapa atau di mana saja mempunyai ‘roh’ Islam yang memberi kita semangat untuk bersama berjuang mempertahankan Islam daripada puak-puak yang tidak bertanggungjawab ini.
“Namun saya ingatkan dalam kita bertindak balas mempertahankan Islam, jangan kita terlajak. Jangan ada sesiapa yang tidak bersalah jadi mangsa atau sampai kita menghina agama orang lain,” katanya kepada media selepas menghadiri perhimpunan membantah filem itu yang dihadiri lebih 500 orang berlangsung selepas solat Jumaat di pekarangan Masjid Rusila.
Abdul Hadi meminta kerajaan pusat bertindak tegas dan tidak berkompromi terhadap perkara tersebut.
sumber : sinarharian.
p/s : Tanda positif islam masih kuat di Malaysia, Bila isu melibatkan kepentingan Islam di gugat semua akan bangkit. Tidak kira pas ke umno.
Jumaat, 14 September 2012
Polis buru Ahmad Syafi...sebab kapak kepala isteri
SHAH ALAM 13 Sept. - Polis hari ini mengedarkan kepada media wajah buruh binaan warga Indonesia yang dipercayai membunuh isterinya, Novi Aryani, 34, dengan menetak kepala mangsa menggunakan kapak di Jalan Bunga Tanjung 4, Kampung Baru Hicom, Seksyen 26 di sini malam kelmarin.
Suspek yang dikenali sebagai Ahmad Syafi, 35, dikatakan melarikan diri dengan sebuah motosikal Modenas Kriss berwarna hitam bernombor pendaftaran WJC 2408 pada malam kejadian.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Perundangan) Selangor, Asisten Komisioner Rusdi Mohd. Isa berkata, pihaknya berharap gambar tersebut akan disiarkan bagi memudahkan usaha mengesan suspek.
"Kita berharap orang ramai yang pernah melihat suspek berdasarkan gambar yang diedarkan dapat memberikan kerjasama untuk menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam 03-5520 2220 .
"Waris Novi Aryani juga dimohon agar tampil menuntut jenazahnya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang," katanya.
Utusan Malaysia hari ini melaporkan kematian Novi Aryani, 34, warga Indonesia yang dipercayai ditetak di kepalanya dengan kapak dan dicekik di dalam bilik sebuah rumah setingkat di Jalan Bunga Tanjung 4, Kampung Baru Hicom, Seksyen 26 di sini pada pukul 9 malam kelmarin.
Siasatan awal polis percaya, suami mangsa iaitu Ahmad Syafi merupakan suspek kejadian kerana lelaki itu kelihatan tergesa-gesa meninggalkan rumah sebelum mayat Novi Aryani ditemui.
utusan.com.my
Gambar Pelajar sekolah ringan2 dibelakang bangunan
pasangan pelajar sekolah menengah buat maksiat
P/s: Gambar curi diambil oleh orang awam yang terserempak dengan adegan berahi ini. Semoga mereka berdua bertaubat. Pengajaran yang boleh diambil ialah keruntuhan akhlak pelajar kita berada pada tahap membimbangkan justeru itu semua pihak memainkan peranan, bukan hanya pandai mengata tetapi tidak mengambil bahagian dalam mencegah kemungkaran ini.
Artis islam promosi arak ? fuh ganas gitu
Kenapa Baru Sekarang Isu Minuman Keras Dibangkitkan? – Mizz Nina
[Murai.com] KUALA LUMPUR - Mengakui mengetahui persembahan yang bakal dijayakan mendapat penajaan dari syarikat minum keras, penyanyi Mizz Nina memberitahu dia berasa pelik mengapa baru sekarang isu seperti ini dibangkitkan oleh segelintir pihak sekarang.
“Persembahan yang akan berlangsung pada 28 September itu hanyalah pra persembahan saja. Ini adalah tahun ketiga saya terlibat dengan persembahan ini.
“Untuk majlis itu, saya hanya dijemput untuk mengadakan persembahan saja. Tidak lebih dari itu. Pada persembahan sebelum ini, saya pernah meminta kepada pihak penganjur supaya tidak menghidangkan arak dalam persembahan saya.
“Apa yang saya boleh katakan, saya hanya pergi untuk buat persembahan dan tidak pernah melibatkan diri dengan sebarang promosi yang berkaitan dengan jenama arak itu,” katanya ketika dihubungi murai.com.my.
Dalam pada itu, Mizz Nina beranggapan berkemungkinan isu ini bangkit selepas dia kini sah bergelar isteri kepada Noh Hujan.
“Saya memang tahu gambar saya ada digunakan dalam poster itu. Tapi, kenapa baru tahun ini isu ini dipersoalkan. Kalau boleh saya tidak mahu membesarkan hal ini.
Mungkin isu ini dibangkitkan segelintir peminat disebabkan saya sudah berkahwin. Sejujurnya, saya sudah melibatkan diri sebagai artis undangan dari tahun 2010 dan 2011 lagi.
“Sekali lagi saya tegaskan, saya hanya datang untuk buat persembahan saja. Lagipun, keluarga saya mengetahui dan bersetuju dengan penglibatan saya,” jelasnya.
Sekitar lawatan Putera William dan Kate di Malaysia
Perdana Menteri memperkenalkan buah-buahan tempatan
Kate menyaksikan pertunjukkan teh tarik |
Putera William dan Kate tiba di Taman KLCC |
Putera William dan Kate mengunjungi Perdana Menteri |
Kate bersalaman dengan peminat di Taman KLCC |
Khamis, 13 September 2012
Akhirnya peragut ganas dicekup..akibat tetak sampai tangan hampir putus
Suspek ragut, tetak pembantu klinik dicekup
|
KOTA BHARU - Polis yakin dapat menyelesaikan kejadian seorang wanita yang diragut dan tangankirinya ditetak oleh dua penyamun pada 29 Ogos lalu apabila menahan dua lelaki di dua buah rumah di kawasan Pintu Geng dan Bunut Payong, dekat sini kelmarin.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar memberitahu, suspek berusia 32 dan 25 tahun itu ditahan dalam operasi selama enam jam bermula pukul 7.50 pagi oleh sepasukan polis di sini.
"Selain tangkapan, kita turut merampas sebilah pisau, pedang, sehelai jaket dan dua topeng. Pemeriksaan lanjut menemui sebuah beg mengandungi rantai tangan dan lima bentuk cincin.
"Polis turut merampas sebuah motosikal jenis Honda EX5 yang dicuri di Pulau Pinang," katanya pada sidang akhbar semalam.
Pada 30 Ogos lalu Kosmo! melaporkan, seorang pembantu klinik, Rohairani Abdullah (gambar kecil), 36, cedera parah selepas diragut dan ditetak ketika berjalan menuju ke sebuah kedai tudung di Jalan Sultanah Zainab, dekat sini.
Mangsa mengalami kecederaan parah di tangan kiri selepas ditetak tujuh kali dengan parang oleh suspek.
Menurut Ismail, kedua-dua suspek juga positif dadah dan mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah selain dipercayai terlibat dalam tiga lagi kes ragut di sekitar daerah ini.
Tambahnya, perancangan rapi Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman dan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman membolehkan anak buahnya menangkap suspek dalam tempoh dua minggu dan ia harus diberi pujian. Suspek kini direman selama tujuh hari.
Sementara itu, Rohairani ketika ditemui di rumahnya di Pintu Geng di sini berharap suspek dijatuhi hukuman setimpal jika terbukti bersalah.
"Saya masih trauma dengan kejadian itu walaupun saya sudah boleh menggerakkan jari-jari," luahnya.
Tambahnya, dia kini berteman jika hendak ke mana-mana dan tangannya mengambil masa beberapa bulan lagi untuk sembuh.kosmo.
Kapak kepala isteri akibat cemburu...fuh lagi la kurang iman
|
SHAH ALAM – Perasaan cemburu yang meluap-luap oleh seorang lelaki sampai ke kemuncaknya apabila dia menetak kepala seorang wanita dipercayai isterinya dengan kapak hingga mati selepas hilang pertimbangan ketika bertengkar di rumah sewa mereka di Jalan Bunga Tanjung 4, Kampung Baru Hicom, Seksyen 26 di sini kelmarin.
Kejadian pukul 9.15 malam itu mengakibatkan seorang suri rumah, Novi Aryani, 34, dari Jawa, Indonesia mati selepas ditetak sebanyak dua kali di belakang kepala selain dicekik.
Mayatnya ditemui dalam keadaan terlentang dan berlumuran darah di atas lantai biliknya oleh seorang rakan penyewa rumah sama. Rumah setingkat yang memiliki lima bilik itu turut didiami oleh tujuh individu lain.
Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Mazlan Othman berkata, pemeriksaan menemui sebilah kapak di sisi mayat yang dipercayai digunakan dalam pembunuhan itu.
Katanya, siasatan mendapati, sebelum kejadian, pasangan itu dikatakan telah bertengkar. Lelaki itu telah melarikan diri dengan menunggang sebuah motosikal jenis Modenas Kriss.
“Kita percaya motif kejadian akibat cemburu buta namun masih menyiasat punca sebenar. Lelaki itu dipercayai suami mangsa,” katanya ketika dihubungi.
Tambahnya, pasangan itu tidak mempunyai permit namun mereka sudah menyertai Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin atau Program 6P.
Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mengetahui di mana Ahmad Syafi, 35, berada supaya menghubungi pihaknya di talian 03-5510 2220 begin_of_the_skype_highlighting 03-5510 2220 end_of_the_skype_highlighting bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Sementara itu, rakan serumah mangsa, Ahmad Noer Lukman, 33, mendakwa, dia melihat suami mangsa bergelar Mat itu membawa beg dan menyangkut sehelai baju di bahu sebelum memecut laju dengan motosikal.kosmo.
Harimau Malaya dibaham Vietnam
KUALA LUMPUR, (D5) - Malaysia tumpas 2-0 kepada Vietnam dalam perlawanan persahabatan antarabangsa yang berlangsung di Stadium Shah Alam.
Vietnam memperolehi gol pembukaan menerusi Le Cong Vinh pada minit ke-32 selepas dia menyambut hantaran lintang rakan dengan melayangkan badan untuk melakukan tandukan kearah gawang Harimau Malaya.
Sejurus kemudian, pasukan kebangsaan bertambah kelam kabut dan Faizal Marlias tertewas sekali lagi apabila pemain yang sama bijak melambungkan bola ketika berdepan satu lawan satu. Namun Aidil Zafuan muncul mengeluarkan bola yang bergolek menghampiri garisan gol Malaysia.
Gol kedua pelawat dijaringkan oleh Phan Thanh Hung di minit ke-48, apabila dia membuat sentuhan mudah selepas menerima hantaran rakan.
Sejak diawal permainan, Harimau Malaya beraksi hambar dan Vietnam jelas menguasai permainan dengan kerap melakukan hantaran-hantaran pendek. Mereka juga dilihat lebih serius dalam melakukan serangan ataupun ketika bertahan. Usaha keras barisan pertahanan Vietnam mengakibatkan Malaysia kerap kehilangan bola sebelum memasuki kubu Vietnam.
Seawal minit keempat, Faizal sudah diuji selepas dia menyelamatkan rembatan yang tidak disangka-sangka muncul kearah gawang Malaysia.
Di minit ke-23, Norshahrul Idlan menerima hantaran baik daripada Bunyamin, sebelum dia sempat melakukan lambungan kearah gawang lawan, namun ia sedikit tersasar.
Di penghujung separuh masa pertama, Malaysia dihadiahkan sepakan percuma dalam kotak penalti Vietnam, namun sepakan Aidil terkena benteng lawan.
Safee Sali yang kemarau gol sejak November tahun lalu hanya memanaskan bangku simpanan sahaja di separuh masa pertama. Kemasukannya di babak kedua sedikit sebanyak mengucar kacirkan pertahanan lawan dengan kerap melakukan percubaan.
Di minit ke-61, Safee muncul melakukan tandukan, bagaimanapun ia lemah untuk menewaskan penjaga gol lawan. Di minit ke-66, Baddrol Bakhtiar pula melakukan rembatan kaki kiri, namun ia sedikit tersasar melewati palang gol.
Kebuntuan gol pasukan negara berlanjutan sehingga tamat perlawanan yang berkesudahan Vietnam 2 Malaysia 0.
Vietnam memperolehi gol pembukaan menerusi Le Cong Vinh pada minit ke-32 selepas dia menyambut hantaran lintang rakan dengan melayangkan badan untuk melakukan tandukan kearah gawang Harimau Malaya.
Sejurus kemudian, pasukan kebangsaan bertambah kelam kabut dan Faizal Marlias tertewas sekali lagi apabila pemain yang sama bijak melambungkan bola ketika berdepan satu lawan satu. Namun Aidil Zafuan muncul mengeluarkan bola yang bergolek menghampiri garisan gol Malaysia.
Gol kedua pelawat dijaringkan oleh Phan Thanh Hung di minit ke-48, apabila dia membuat sentuhan mudah selepas menerima hantaran rakan.
Sejak diawal permainan, Harimau Malaya beraksi hambar dan Vietnam jelas menguasai permainan dengan kerap melakukan hantaran-hantaran pendek. Mereka juga dilihat lebih serius dalam melakukan serangan ataupun ketika bertahan. Usaha keras barisan pertahanan Vietnam mengakibatkan Malaysia kerap kehilangan bola sebelum memasuki kubu Vietnam.
Seawal minit keempat, Faizal sudah diuji selepas dia menyelamatkan rembatan yang tidak disangka-sangka muncul kearah gawang Malaysia.
Di minit ke-23, Norshahrul Idlan menerima hantaran baik daripada Bunyamin, sebelum dia sempat melakukan lambungan kearah gawang lawan, namun ia sedikit tersasar.
Di penghujung separuh masa pertama, Malaysia dihadiahkan sepakan percuma dalam kotak penalti Vietnam, namun sepakan Aidil terkena benteng lawan.
Safee Sali yang kemarau gol sejak November tahun lalu hanya memanaskan bangku simpanan sahaja di separuh masa pertama. Kemasukannya di babak kedua sedikit sebanyak mengucar kacirkan pertahanan lawan dengan kerap melakukan percubaan.
Di minit ke-61, Safee muncul melakukan tandukan, bagaimanapun ia lemah untuk menewaskan penjaga gol lawan. Di minit ke-66, Baddrol Bakhtiar pula melakukan rembatan kaki kiri, namun ia sedikit tersasar melewati palang gol.
Kebuntuan gol pasukan negara berlanjutan sehingga tamat perlawanan yang berkesudahan Vietnam 2 Malaysia 0.
http://sports.mylaunchpad.com.my/senarai-artikel/
Khamis, 6 September 2012
Nurul Syuhada tv3 berhenti kerja
Nurul Syuhada |
PETALING JAYA - Pengacara dan wartawan penyiaran terkenal TV3, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd. Zin, 28, membuat keputusan drastik untuk meletakkan jawatan sebagai kakitangan sepenuh masa di stesen televisyen berkenaan mulai hari ini.
Menurut Nurul Syuhada, keputusan yang dibuatnya itu sudah lama dipertimbangkan dan langsung tidak ada kena-mengena dengan isu kontroversi yang membabitkan dirinya.
"Saya pasti ramai yang akan memberi persepsi peletakan jawatan saya ini berkaitan dengan kontroversi baru-baru ini, tetapi saya ingin tegaskan ia memang tidak berkaitan langsung dengan apa yang telah berlaku.
"Lagipun saya sudah menghantar surat peletakan jawatan kepada pihak pengurusan sebulan yang lalu dan esok (hari ini) merupakan hari terakhir saya sebagai kakitangan sepenuh masa dengan TV3," ujarnya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Media Prima di Pusat Konvensyen Sime Darby di sini semalam.
Beliau memulakan tugas bersama TV3 sebagai pengacara rancangan Nona pada 1 Januari 2006 setelah muncul sebagai juara program realiti televisyen, Malaysian Top Host pada tahun sebelumnya.
Nurul Syuhada merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Marin dari Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (Kustem) di Terengganu. Kustem kini dikenali sebagai Universiti Malaysia Terengganu.
Pada bulan Julai tahun lalu, pengacara kelahiran Seremban, Negeri Sembilan itu mendirikan rumah tangga dengan Raja Amir Shah Raja Azwa, 30, seorang pegawai bank setelah menjalinkan hubungan cinta selama dua tahun.
Menurut Nurul Syuhada, dia mengambil keputusan meletak jawatan kerana mahu memberi lebih tumpuan kepada keluarga.
Beliau juga bercadang untuk menyambung pelajaran ke peringkat sarjana sama ada dalam bidang psikologi atau tamadun Islam.
Jelasnya, setelah enam tahun berkecimpung dalam dunia kewartawanan dan pengacaraan, beliau merasakan sudah tiba masanya untuk berehat serta mengikut kehendak suaminya supaya tidak terlalu aktif dengan kerjaya.
"Saya memang sudah meletakkan jawatan sebagai kakitangan sepenuh masa TV3 tetapi selepas ini saya hanya akan terlibat sebagai pengacara rancangan Malaysia Hari Ini," jelasnya.
Katanya, keputusan tersebut juga sedikit sebanyak dipengaruhi oleh hasrat suaminya untuk menimang cahaya mata setelah lebih setahun mendirikan rumah tangga.
Sebelum ini, Nurul Syuhada dan TV3 memohon maaf berhubung ulasan semasa siaran lintas langsung Perarakan Hari Kemerdekaan ke-55 pada Jumaat lalu berkenaan pemilihan lokasi sambutan Hari Malaysia di Bintulu, Sarawak. Dalam komennya, Nurul Syuhada menyifatkan Bintulu sebagai bandar daif.
Ekoran kontroversi itu, TV3 membuat permohonan maaf dalam satu kenyataan media sementara Nurul Syuhada pula turut berbuat demikian dalam laman sosial Facebook beliau setelah menerima kritikan serta gesaan daripada pelbagai pihak.kosmo.
Zalim.... buang mayat bayi di tandas hospital
sekadar hiasan |
KUANTAN – Seorang remaja yang telah terlanjur bertindak kejam apabila cuba mengepam mayat bayi yang baru dilahirkannya ke dalam mangkuk tandas di Wad Teratai 2C di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini semalam.
Namun, perbuatan jahat itu terbongkar akhirnya apabila mayat bayi berkenaan tersekat di dalam mangkuk tandas sebelum ia ditemui oleh seorang kakitangan hospital pada pukul 4.45 pagi.
Difahamkan, sebelum kejadian, remaja berusia 16 tahun tersebut pergi ke hospital berkenaan untuk menemui ibunya yang sedang dirawat.
Dia kemudian telah pergi ke wad tersebut untuk melahirkan bayi di dalam tandas kerana kawasan tersebut dipenuhi dengan ibu bersalin dan tangisan bayi yang disangka dapat menutup kelakuan tidak berhati perutnya itu.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusoff berkata, kakitangan hospital berkenaan yang terkejut kemudian memaklumkan penemuan itu kepada ketuanya sebelum menghubungi polis.
“Siasatan mendapati kepala dan badan bayi malang itu tersumbat di dalam lubang mangkuk tandas sebelum kita mendapatkan bantuan bomba untuk mengeluarkan mangsa.
“Selepas menjalankan siasatan, kita kemudian dapat menahan remaja berkenaan di dalam kawasan hospital. Soal siasat kemudian mendapati remaja itu mengaku melakukan perbuatan terkutuk itu,” katanya ketika dihubungi semalam.
Tambahnya, pemeriksaan terhadap suspek menemui kesan yang dia baharu sahaja melahirkan anak. Suspek juga bertindak meninggalkan bayinya selepas mendapati ia tersumbat di dalam mangkuk tandas tersebut.
Suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.kosmo.
17 jam mayat bersujud
PASIR MAS – Seorang remaja maut dalam kemalangan di Kampung Tok Dap, jam 9.45 malam, Isnin lalu dan hanya ditemui orang ramai, 17 jam kemudian.
Mangsa terkejut
Ketua Polis Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, mangsa, Mohd Zairul Azri Mohd Zuri, 16, ditemui orang ramai di sebalik semak bersama motosikal yang dinaiki.
Haliludin berkata, ketika kejadian, mangsa menaiki motosikal ke kampung Tok Dap, selepas tamat kelas tambahan.
“Tiba di tempat kejadian, seorang lelaki berusia 65 tahun, menunggang motosikal dari arah sama cuba membelok ke sebelah kiri.
“Terkejut dengan kejadian itu, mangsa cuba mengelak lalu melanggar tiang di sebelah kanan jalan lorong bertentangan,” katanya semalam.
Tidak diketahui
Beliau berkata, mangsa yang tidak memakai topi keledar, mengalami patah tengkuk dan pinggang.
Haliludin berkata, mangsa hanya ditemui 17 jam selepas kemalangan, dalam keadaan bersujud.
"Mangsa mungkin cuba bangun, namun kecederaannya menyebabkan dia tidak dapat bergerak, sehingga menemui ajal di situ," katanya.
Menurutnya, warga emas berkenaan mendapatkan rawatan di klinik berdekatan, sebaliknya remaja terbabit menemui ajal di kawasan kejadian tanpa diketahui orang ramai.
“Suspek ditahan bagi membantu siasatan, dan kita memohon saksi yang melihat kejadian, tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Tanam sikap perikemanusiaan
Haliludin menasihati pengguna jalan raya, agar menanam sikap perikemanusiaan dan tanggungjawab sekiranya berdepan dengan situasi seperti ini.
“Tidak kiralah siapa yang salah atau siapa yang benar kerana jika kita berdepan kecemasan, kita perlu membantu mangsa lain.
“Jangan bersikap ‘janji saya selamat’, sedangkan orang lain mengerang kesakitan sehingga menemui ajal,” katanya.
Usaha cari anak
Selepas hampir 17 jam mencari, akhirnya seorang bapa menemui mayat anak sulungnya, dalam keadaan bersujud, jam 2 petang kelmarin.
Bapa, Mohd Zuri Ismail, 41, berkata, mereka sekeluarga mula risau dengan keadaan Zairul Azri, yang tidak pulang selepas keluar ke kelas tambahan, malam itu.
“Saya, isteri dan ahli keluarga yang lain, mencari di rumah rakan-rakannya termasuklah di balai polis, namun hampa.
“Kami tidak menyangka hanya akan menemuinya, dalam keadaan tidak bernyawa, keesokan hari,” katanya.
Hilang anak lelaki tunggal
Mohd Zuri turut kesal dengan pihak terbabit dan menyifatkannya sebagai tidak bertanggungjawab.
Kejadian itu katanya, mengorbankan satu-satunya anak lelaki mereka, malah anak sulung daripada empat beradik.
“Setidak-tidaknya, dia boleh memberitahu orang lain, agar anak saya mendapat rawatan segera.
“Sekiranya dia melaporkan kejadian ini, Zairul Azri boleh diselamatkan,” katanya.
Menurutnya, dia membuat laporan polis berhubung kejadian ini dan menyerahkan tugas tersebut kepada pihak berkuasa.
"Kami sekeluarga reda, namun berharap perkara sama tidak berulang akan datang," katanya.sinarharian.
Bapa pelajar tunjuk punggung rayu peluang kedua
A Rahman Abdullah, 53, memohon anaknya itu dibenar melanjutkan pengajian di mana-mana insitusi pengajian tinggi negara ini demi masa depan anaknya yang masih muda.
"Saya mohon, untuk masa depan anak saya, berilah peluang kedua kepadanya termasuk untuk melanjutkan pelajaran di mana-mana selepas ini. Kemungkinan ini kesilapan yang tidak disengajakan dan saya harap dia belajar daripada kesilapannya.
"Saya dengan rendah diri, jujur serta ikhlas memohon maaf bagi pihak anak saya kepada Perdana Menteri, isteri dan seluruh rakyat Malaysia," kata A Rahman di Taman Murni, di sini hari ini.
Muhammad Ammar, pelajar Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernatics ditahan bagi membantu polis berhubung kejadian itu di Perhimpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka malam 30 Ogos lalu.
Dia bagaimanapun dilepaskan dengan jaminan polis pada 10 malam semalam setelah polis selesai merekod keterangannya dan pelajar itu kemudian dibawa pulang ke rumah ibu bapanya di sini.
A Rahman berkata, sejak pulang dari Bukit Aman anak bongsunya itu hanya berkurung dalam bilik dan enggan bercakap dengan sesiapa.
"Kami bimbang akan keadaannya yang enggan bercakap dan hanya memerap dalam nbilik," katanya.
Ibu kepada pelajar berkenaan pula, Rahilla Ahmad, 53, turut berasa sedih dengan kejadian tersebut dan mengharapkan masyarakat tidak terus menghukum anaknya itu.
"Saya pun tidak tahu nak cakap apa...sedih...baik buruk pun dia anak saya, kami sekeluarga perlu terima dia dan apa yang sudah dia lakukan.
"Saya cuma berharap masyarakat tidak terus menghukum kami sekeluarga dan berilah kemaafan dan peluang kedua untuk dia yang masih mentah dan tidak memikirkan implikasi tindakannya," katanya. -Bernama
ISh ish...bernafsu sungguh...Rogol anak saudara OKU
p/s : patut disebat 100 kali didepan khalayak ramai jika belum kawin dan jika sudah kawin direjam sampai mati ...jika benar dan terbukti merogol. Baru dunia aman.
Tertuduh berusia 50 tahun, yang juga bapa saudara kepada mangsa yang berusia 19 tahun itu, didakwa melakukan kesalahan terbabit secara berulang dari 11 Januari hingga Mac 2012, di sebuah rumah di Pontian.
Mengikut fakta kes, mangsa yang merupakan orang kurang upaya (akal) hanya memaklumkan kejadian terbabit kepada rakan sekolahnya sebelum tindakan susulan diambil oleh pihak sekolah dan kedua ibu bapanya.
Tertuduh didakwa melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii pada 11 Januari 2012 dan mengulangi perbuatan itu pada 12 Mac 2012 dan 14 Mac tahun ini yang disiasat di bawah Seksyen 377 C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak melebihi 20 tahun serta sebatan.
Manakala bagi tuduhan lain, lelaki berkenaan didakwa merogol mangsa pada 13 Mac 2012 di lokasi yang sama dan didakwa di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum lapan tahun sehingga 30 tahun dan minimum 10 sebatan.
Hakim, Hassan Abdul Ghani menetapkan hukuman penjara tujuh tahun dan tiga sebatan bagi tiga pertuduhan meliwat dan 18 tahun penjara dan 15 sebatan bagi kesalahan merogol.
Beliau bagaimanapun membenarkan kesemua hukuman penjara dijalankan secara serentak dari tarikh tertuduh ditangkap, iaitu 5 April 2012.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya, Chuah Shyue Chien manakala tertuduh tidak diwakili peguam.sinarharian.
Rabu, 5 September 2012
Tukar Siaran Televisyen, Pemuda Maut Ditikam Abang ...lagi ala mafia..
sekadar hiasan |
KUALA TERENGGANU: Gara-gara perselisihan faham menukar siaran televisyen, seorang pemuda maut dipercayai ditikam abangnya di Kampung Telaga Papan di Kemaman di sini malam Selasa.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K. Manoharan berkata dalam kejadian kira-kira 8 malam itu kedua-dua beradik itu dikatakan bergaduh dan bergelut kerana salah faham tersebut.
"Semasa bergelut suspek mencapai objek tajam dan menikam perut mangsa. Sebelum itu pada hari yang sama kedua beradik ini juga bergaduh kerana berebut motosikal," katanya.
Katanya mangsa, berusia 23 tahun, dikejarkan ke Klinik Kesihatan Kerteh, Kemaman sebelum disahkan meninggal dunia tidak lama selepas itu.
"Selepas pergelutan itu suspek yang berusia 37 tahun terus melarikan diri. Mangsa dipercayai meninggal dunia setelah terkena tikaman tajam pada bahagian badan," katanya.
Manoharan berkata suspek berjaya ditangkap kira-kira 4.15 pagi Rabu di Kampung Telaga Papan, Kemaman.
Katanya hasil ujian saringan air kencing juga mendapati suspek juga positif dadah jenis Methamphetamine.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kemaman untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - BERNAMA
Syarat-syarat untuk menjadi Guru Cemerlang
Pengenalan
Tujuan utama Kerajaan memperkenalkan laluan kenaikan pangkat sebagai Guru Cemerlang adalah untuk memberi peluang kepada guru-guru yang benar-benar cemerlang dan menyerlah dalam mata pelajaran yang diajar ataupun di dalam bidang pengkhususan tanpa perlu ditukarkan ke jawatan pentadbiran. Dengan cara ini guru-guru yang bermotivasi tinggi, mahir, berpengalaman dan pakar dalam sesuatu bidang tertentu dapat terus dikekalkan untuk mengajar di sekolah bagi memperkasakan lagi proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)
Pelaksanaan konsep Guru Cemerlang yang bertujuan untuk menjadikan guru-guru yang dilantik sebagai role model yang akan menjadi sumber inspirasi dan motivasi kepada guru-guru lain untuk sama-sama bersaing meningkatkan lagi tahap pencapaian kualiti P&P di sekolah masing-masing. Kewujudan Guru Cemerlang diharap dapat menjadi pemangkin bagi sesebuah sekolah untuk meningkatkan prestasi akademik yang lebih cemerlang dan gemilang.
Punca Kuasa
Pada tahun 1993, Mesyuarat Jemaah Menteri telahpun meluluskan memorandum bertajuk " Sistem Kenaikan Pangkat Dalam Perkhidmatan Pendidikan : Cadangan Ke Arah Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan Pendidikan Dan Menghasilkan Guru Yang Cemerlang". Hasilnya, konsep Guru Cemerlang telah dijadikan sebagai satu laluan kenaikan pangkat yang baru mulai 1994.
Kuota Guru Cemerlang
Pada tahun 1994, kuota asal Guru Cemerlang yang telah diluluskan di bawah SSB adalah sebanyak 1,000 bagi kenaikan pangkat dari Gred DG3 ke DG2 dan sebanyak 1,600 jawatan bagi kenaikan pangkat ke Gred DG6 ke Gred DG5.
Pada tahun 2004, Kerajaan telah mewujudkan 12 kouta Guru Cemerlang Gred Khas C. Pada tahun 2006, Kerajaan telah menambah kouta untuk gred sisipan Gred DGA32, DGA34, DG44 dan Gred DG52 menjadikan jumlah kuota keseluruhan Guru Cemerlang sebanyak 9,374.
Mulai tahun 2006, konsep Guru Cemerlang Gred Khas C yang pada awalnya dikhaskan untuk guru-guru di sekolah turut diperluaskan ke peringkat institusi-institusi lain seperti IPG dan KM.
Mesyuarat Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan yang bersidang pada 26 Mac 2009 telah meluluskan pertambahan kuota jawatan Guru Cemerlang menjadikan kuota keseluruhan jawatan Guru Cemerlang menjadi 14,327 jawatan.
Syarat-syarat Pemangkuan
Bagi melayakkan calun untuk memangku Guru Cemerlang, calon perlu memenuhi syarat-syarat pemangkuan yang ditetapkan. Syarat-syarat pemangkuan terbahagi kepada dua (2) bahagian iaitu syarat-syarat umum dan syarat-syarat khusus.
Syarat Umum
Disahkan dalam Perkhidmatan (bagi urusan pemangkuan ke Gred DG44 (KUP) sahaja):
i. Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan berdasarkan LNPT bagi tiga (3) tahun terakhir;
ii. Bebas daripada tindakan tatatertib;
iii. Telah mengisytiharkan harta;
iv. Lulus tapisan keutuhan SPRM;
v. Bebas daripada senarai Peminjam Tegar Institusi Pinjaman Pendidikan;
vi. Diperakukan oleh Ketua Jabatan/ Perkhidmatan.
Syarat-syarat Khusus
i. Bagi Gred DGA32 (KUP) : sekurang-kurangnya 5 tahun mengajar termasuk 3 tahun terakhir mengajar mata pelajaran kepakaran;
ii. Bagi gred DG44 (KUP) : sekurang-kurangnya 5 tahun mengajar termasuk 3 tahun terakhir mengajar mata pelajaran pakar;
iii. Bagi Gred DG48 (KUP); telah dinaikkan pangkat ke Gred DG44 (KUP)/ Gred DG44 hakiki;
iii. Bagi Gred DG52 (KUP); telah dinaikkan pangkat ke Gred DG48 (KUP)/ Gred DG48 hakiki;
iii. Bagi Gred DG54 (KUP); telah dinaikkan pangkat ke Gred DG52 (KUP)/ Gred DG52 hakiki;
iii. Bagi Gred Khas C (KUP); telah dinaikkan pangkat ke Gred DG54 (KUP)/ Gred DG54 hakiki;
http://www.moe.gov.my/jnjk/page62/page65/page65.html
Tujuan utama Kerajaan memperkenalkan laluan kenaikan pangkat sebagai Guru Cemerlang adalah untuk memberi peluang kepada guru-guru yang benar-benar cemerlang dan menyerlah dalam mata pelajaran yang diajar ataupun di dalam bidang pengkhususan tanpa perlu ditukarkan ke jawatan pentadbiran. Dengan cara ini guru-guru yang bermotivasi tinggi, mahir, berpengalaman dan pakar dalam sesuatu bidang tertentu dapat terus dikekalkan untuk mengajar di sekolah bagi memperkasakan lagi proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)
Pelaksanaan konsep Guru Cemerlang yang bertujuan untuk menjadikan guru-guru yang dilantik sebagai role model yang akan menjadi sumber inspirasi dan motivasi kepada guru-guru lain untuk sama-sama bersaing meningkatkan lagi tahap pencapaian kualiti P&P di sekolah masing-masing. Kewujudan Guru Cemerlang diharap dapat menjadi pemangkin bagi sesebuah sekolah untuk meningkatkan prestasi akademik yang lebih cemerlang dan gemilang.
Punca Kuasa
Pada tahun 1993, Mesyuarat Jemaah Menteri telahpun meluluskan memorandum bertajuk " Sistem Kenaikan Pangkat Dalam Perkhidmatan Pendidikan : Cadangan Ke Arah Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan Pendidikan Dan Menghasilkan Guru Yang Cemerlang". Hasilnya, konsep Guru Cemerlang telah dijadikan sebagai satu laluan kenaikan pangkat yang baru mulai 1994.
Kuota Guru Cemerlang
Pada tahun 1994, kuota asal Guru Cemerlang yang telah diluluskan di bawah SSB adalah sebanyak 1,000 bagi kenaikan pangkat dari Gred DG3 ke DG2 dan sebanyak 1,600 jawatan bagi kenaikan pangkat ke Gred DG6 ke Gred DG5.
Pada tahun 2004, Kerajaan telah mewujudkan 12 kouta Guru Cemerlang Gred Khas C. Pada tahun 2006, Kerajaan telah menambah kouta untuk gred sisipan Gred DGA32, DGA34, DG44 dan Gred DG52 menjadikan jumlah kuota keseluruhan Guru Cemerlang sebanyak 9,374.
Mulai tahun 2006, konsep Guru Cemerlang Gred Khas C yang pada awalnya dikhaskan untuk guru-guru di sekolah turut diperluaskan ke peringkat institusi-institusi lain seperti IPG dan KM.
Mesyuarat Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan yang bersidang pada 26 Mac 2009 telah meluluskan pertambahan kuota jawatan Guru Cemerlang menjadikan kuota keseluruhan jawatan Guru Cemerlang menjadi 14,327 jawatan.
Syarat-syarat Pemangkuan
Bagi melayakkan calun untuk memangku Guru Cemerlang, calon perlu memenuhi syarat-syarat pemangkuan yang ditetapkan. Syarat-syarat pemangkuan terbahagi kepada dua (2) bahagian iaitu syarat-syarat umum dan syarat-syarat khusus.
Syarat Umum
Disahkan dalam Perkhidmatan (bagi urusan pemangkuan ke Gred DG44 (KUP) sahaja):
i. Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan berdasarkan LNPT bagi tiga (3) tahun terakhir;
ii. Bebas daripada tindakan tatatertib;
iii. Telah mengisytiharkan harta;
iv. Lulus tapisan keutuhan SPRM;
v. Bebas daripada senarai Peminjam Tegar Institusi Pinjaman Pendidikan;
vi. Diperakukan oleh Ketua Jabatan/ Perkhidmatan.
Syarat-syarat Khusus
i. Bagi Gred DGA32 (KUP) : sekurang-kurangnya 5 tahun mengajar termasuk 3 tahun terakhir mengajar mata pelajaran kepakaran;
ii. Bagi gred DG44 (KUP) : sekurang-kurangnya 5 tahun mengajar termasuk 3 tahun terakhir mengajar mata pelajaran pakar;
iii. Bagi Gred DG48 (KUP); telah dinaikkan pangkat ke Gred DG44 (KUP)/ Gred DG44 hakiki;
iii. Bagi Gred DG52 (KUP); telah dinaikkan pangkat ke Gred DG48 (KUP)/ Gred DG48 hakiki;
iii. Bagi Gred DG54 (KUP); telah dinaikkan pangkat ke Gred DG52 (KUP)/ Gred DG52 hakiki;
iii. Bagi Gred Khas C (KUP); telah dinaikkan pangkat ke Gred DG54 (KUP)/ Gred DG54 hakiki;
http://www.moe.gov.my/jnjk/page62/page65/page65.html
Mati bunuh diri akibat mendengar suara bisikan
AN undergraduate fell to her death from a building at her university after complaining of being disturbed by unexplained voices.
Fatimah Mina Md Juferi, 22, was believed to be troubled by voices from “another world” that she claimed she could hear, the victim's friend told Kosmo!
The body of the student, who was in her fourth semester of an early childhood education programme, was found at a corridor near the entrance of Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) on Sunday.
“Fatimah had complained of hearing whispers, which became more frequent a few months ago,” said the victim's friend, who declined to be named.
Closed-circuit television (CCTV) footage showed that the victim had taken an elevator to the fifth floor at 5.26pm, UPSI deputy vice- chancellor (student affairs and alumni) Datuk Dr Junaidi Abu Ba-kar said.
“Another student, who had walked by (on the ground floor) near where Fatimah fell, was shocked to see Fatimah's body and quickly sought the assistance of security personnel,” said Dr Junaidi.
Perak Crime Investigation Department chief Datuk Dzuraidi Ibrahim said the victim sustained severe injuries to her face, body, right leg, ribs, shoulders and nose.
Her remains were sent to the Hospital Raja Permaisuri Bainun in Ipoh for post-mortem.thestar.
Fatimah Mina Md Juferi, 22, was believed to be troubled by voices from “another world” that she claimed she could hear, the victim's friend told Kosmo!
The body of the student, who was in her fourth semester of an early childhood education programme, was found at a corridor near the entrance of Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) on Sunday.
“Fatimah had complained of hearing whispers, which became more frequent a few months ago,” said the victim's friend, who declined to be named.
Closed-circuit television (CCTV) footage showed that the victim had taken an elevator to the fifth floor at 5.26pm, UPSI deputy vice- chancellor (student affairs and alumni) Datuk Dr Junaidi Abu Ba-kar said.
“Another student, who had walked by (on the ground floor) near where Fatimah fell, was shocked to see Fatimah's body and quickly sought the assistance of security personnel,” said Dr Junaidi.
Perak Crime Investigation Department chief Datuk Dzuraidi Ibrahim said the victim sustained severe injuries to her face, body, right leg, ribs, shoulders and nose.
Her remains were sent to the Hospital Raja Permaisuri Bainun in Ipoh for post-mortem.thestar.
Ranking 5 Universiti Terbaik Malaysia
PETALING JAYA: Over the past four years, several Malaysian public universities have moved up the ranks in the QS University Rankings: Asia.
This year, Universiti Malaya (UM) continues to lead 14 Malaysian universities which have been listed in the top 300 of the annual rankings.
The regional rankings by QS Quacquarelli Symonds Ltd, which also compiles the annual QS World University Rankings, has been listing top Asian universities since 2009.
UM moved up four places from last year, while Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ranked two places higher.
The other institutions on the list are Universiti Putra Malaysia, International Islamic University Malaysia, Universiti Malaysia Sarawak, Multimedia University, Universiti Teknologi Mara, Universiti Teknologi Petronas, Limkokwing University of Creative Technology, Universiti Tenaga Nasional (Uniten), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Universiti Tunku Abdul Rahman (Utar) and Universiti Utara Malaysia.
Higher Education Minister Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin said the focus was to enhance the competitiveness of Malaysian universities as a whole.
“Ranking is important and we recognise it,” he said.
Mohamed Khaled explained that “the business of education in this country and other developing countries goes beyond ranking”.
UM vice-chancellor Prof Tan Sri Ghauth Jasmon believed the university's improvement was due to higher key performance indicators set on research and publications among its staff.
QS Quacquarelli Symonds Ltd Intelligence Unit head Ben Sowter said the reputation of Malaysian universities significantly outweighed their measurable research performance.
“There are small indications that productivity is improving, but quality needs to follow. So a stronger focus on research productions and publications in international journals remains a worthwhile area to improve on,” he said.
Uniten vice-chancellor Prof Datuk Dr Mashkuri Yaacob believed the university's five-year strategic plan has helped to achieve its targets.
Utar vice-president (Internationalisation and Academic Development) Prof Dr Ewe Hong Tat said the university was thankful for the progress made so far.
Limkokwing University of Creative Technology president Tan Sri Lim Kok Wing said being listed in the ranking was encouraging as it was a young university with an unconventional approach.
For full results, log on to www.topuniversities.thestar.
This year, Universiti Malaya (UM) continues to lead 14 Malaysian universities which have been listed in the top 300 of the annual rankings.
The regional rankings by QS Quacquarelli Symonds Ltd, which also compiles the annual QS World University Rankings, has been listing top Asian universities since 2009.
UM moved up four places from last year, while Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ranked two places higher.
Higher Education Minister Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin said the focus was to enhance the competitiveness of Malaysian universities as a whole.
“Ranking is important and we recognise it,” he said.
Mohamed Khaled explained that “the business of education in this country and other developing countries goes beyond ranking”.
UM vice-chancellor Prof Tan Sri Ghauth Jasmon believed the university's improvement was due to higher key performance indicators set on research and publications among its staff.
QS Quacquarelli Symonds Ltd Intelligence Unit head Ben Sowter said the reputation of Malaysian universities significantly outweighed their measurable research performance.
“There are small indications that productivity is improving, but quality needs to follow. So a stronger focus on research productions and publications in international journals remains a worthwhile area to improve on,” he said.
Uniten vice-chancellor Prof Datuk Dr Mashkuri Yaacob believed the university's five-year strategic plan has helped to achieve its targets.
Utar vice-president (Internationalisation and Academic Development) Prof Dr Ewe Hong Tat said the university was thankful for the progress made so far.
Limkokwing University of Creative Technology president Tan Sri Lim Kok Wing said being listed in the ranking was encouraging as it was a young university with an unconventional approach.
For full results, log on to www.topuniversities.thestar.
Langgan:
Catatan (Atom)