Jumaat, 8 April 2011

Video Anwar Ibrahim

Penulis kurang bersetuju tentang penyebaran video sex Anwar Ibrahim, pertama kes ini masih dalam siasatan polis, yang kedua video itu belum disahkan bahawa pelakon utamanya adalah Anwar, yang ketiganya Anwar pun orang Islam, usahlah kita mengaibkan sesama Islam, penulis juga rasakan bahawa  sesetengah orang umno juga tidak bersetuju dengan penyebaran video ini.Walaupun penulis bukan menyokong mana-mana parti, tapi penulis berharap kita sama-samalah membantu sesama kita tidak kira kita menyokong parti yang mana.

 Jika pertelagahan demi pertelagahan berlaku, ini akan menyebabkan orang melayu menjadi semakin lemah, ini kerana perpecahan akan menjadi lebih buruk.Pertelagahan ini mungkin akan diwarisi oleh anak2 mereka pula. Akhirnya pertelagahan atau perbalahan ini akan berpanjangan.




Kurangkan pergaduhan tingkatkan ukhwah sesama Islam, cintailah saudara kita seagama. Kelak kita akan selamat dunia dan akhirat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan