Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa, Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta, Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara, Jika hari ini seorang ulama yang mulia, Jika hari ini seorang peguam menang bicara, Jika hari ini seorang penulis terkemuka, Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa, Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca. Usman Awang 1979
Jumaat, 15 April 2011
(Ratu pondan ) Video miss Malaysia Pahang 2010
Lepas satu-satu isu timbul kan. 2,3 hari ni kita telah digemparkan dengan pertandingan “Miss universe Malaysia 2010 Mak Nyah” yang diadakan di negeri pantai timur pahang. Kalau kita dengar miss universe untuk golongan wanita normal ianya tidaklah janggal tetapi jika kita mendengar miss universe yang diadakan untuk golongan ‘mak nyah’ apa anda rasa? Ianya amat janggal dan tak sepatutnya diadakan terutama di malaysia yang merupakan sebuah negara islam.
Anda dah lihat video? (nanti tengok dibawah) jika video ini tidak dihighlightkan sebagai mak nyah mungkin ada yang sangka bahawa si gadis ayu cantik molek tinggi lampai ini pastinya wanita sejati kan.Pasti tertipu jika mereka ini tidak mengeluarkan suara mereka yang agak garau ni haha.
Pertandingan Ratu Mak Nyah ini telah diadakan disebuah hotel terkemuka di negeri pantai timur itu. Salah seorang peserta yang telah ditemubual mengatakan acara tersebut diadakan bertujuan melakukan kerja amal untuk membantu golongan kurang bernasib.Ini semua hanya helah semata-mata untuk mengaburi pihak orang tertentu seperti pihak berkuasa. Golongan Datuk dan artis seperti Noraniza idris juga mendapat jemputan bagi menjadi juri untuk pertandingan miss universe 2010 pahang mak nyah.
Persoalannya kenapa pihak berkuasa tempatan boleh terlepas pandang tentang hal ni? Kepada pihak berkenaan mereka perlu mengambil perhatian serius bagi menangani acara ini dari terus dijalankan. Kita takut jika terlalu banyak aktiviti-aktiviti songsang yang bertentangan dengan syariat ini boleh mengundang bala kepada negara.
Lihat video jijik yang pernah YB tengok “Video Miss universe pahang 2010 mak nyah“:
Ayat salah seorang peserta di babak terakhir sekali yang mengeluarkan statement “Terima kasih kepada kawan-kawan, ibu bapa,adik-beradik dan suami tercinta saya yang telah menyokong saya” memang tak boleh blah! Ini semua bala!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan