Jumaat, 8 April 2011

Murid mati dipukul warden asrama

Bila nafsu amarah membuak-buak, menyebabkan manusia
hilang kewarasan. Alfatihah dan Takziah untuk adik Saiful, semoga rohnya dicucuri rahmat.



KANGAR 5 April - Pas Perlis memohon maaf kepada rakyat Malaysia ekoran kematian seorang pelajar tujuh tahun dua hari lepas yang dikaitkan dengan tindakan hukuman seorang ustaz yang berlaku di Sekolah Rendah Islam Al Furqan kelolaan parti itu di Jejawi dekat sini.






Pesuruhjaya Pas Perlis, Hashim Jasin berkata, pihaknya juga memohon maaf kepada kaum guru berhubung peristiwa yang telah mencalar imej dan persepsi umum terhadap warga pendidik.
Saiful Syazani Saiful Sopfidee meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar pada Ahad selepas dipercayai dipukul seorang ustaz yang juga warden asrama sekolah itu pada Khamis ketika menyiasat kes kecurian.
"Kejadian ini sesuatu yang amat memeranjatkan setelah lebih 25 tahun mengelola institusi pendidikan milik parti,” katanya selepas menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri Perlis di sini hari ini.





Hashim, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Sanglang berkata, Pas Perlis berharap proses siasatan dan perbicaraan dilaksana secara rapi dan mendalam bagi menegakkan keadilan kepada semua pihak terbabit.
Pengerusi Lembaga Tadbir sekolah itu, Rus”sele Eizan berkata, pihaknya telah mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan semua institusi pendidikan milik parti itu beroperasi dalam suasana pembelajaran yang selamat dan lancar.
Ketua UMNO Bahagian Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim berharap sekolah agama rakyat seperti itu melantik hanya guru-guru bertauliah bagi mengelak kejadian seumpama itu daripada berulang.
"Setiap guru yang dilantik perlu melalui proses latihan perguruan meskipun mereka memiliki kelayakan akademik yang tinggi,” katanya. - Bernama

sumber http://anakmathijau.blogspot.com/

Pengajaran yang boleh diambil dari peristiwa ini ialah pihak pentadbir sekolah perlu menemuduga dengan lebih ketat, setiap calon yang memohon untuk menjadi guru, bukan sekadar main ambik sesiapa yang menganggur tanpa tapisan yang ketat. Setiap calon juga perlu menghadiri kursus perguruan bagi melayakkan seseorang calon guru itu untuk menjadi guru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan