mangsa pukul |
SHAH ALAM -
Tidak sampai 24 jam keputusan pemilihan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri
Umno diumumkan, seorang perwakilan Pemuda Umno Bahagian Kota Raja dipukul bekas
calon kawasan itu di hadapan sebuah cafe, di Kota Kemuning, di sini, malam
tadi.
Beliau yang
juga petugas calon Pemuda yang menang di kawasan itu mendakwa dipukul oleh dua
orang abang kepada bekas calon Ketua Pemuda kawasan itu.
Menurut
mangsa, individu berkenaan tidak berpuas hati kerana kekalahannya kerana
mendakwa dia difitnah petugas lawannya di peringkat bahagian.
"Bila
saya tanya apakah fitnah itu dan siapa saksinya, abang-abangnya tidak dapat
menjawabnya lalu terus memukul saya selepas 10 minit bertikam lidah.
"Selepas
itu, kedua-dua abang individu itu terus memukul saya dan menumbuk di bahagian
muka, badan serta menendang saya," katanya kepada Sinar Harian Online
ketika ditemui di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, di sini, malam
tadi.
Katanya,
kejadian itu berlaku kira-kira jam 9.45 malam tadi selepas mangsa yang berusia
awal 30-an itu bertengkar kerana adiknya tewas pada pemilihan semalam.
Mangsa
sebelum itu menerima SMS pada jam kira-kira 7.45 malam semalam daripada abang
bekas calon tersebut yang mahu bertemu mangsa di sebuah kafe di Seksyen 33,
Shah Alam.
Mangsa
kemudiannya dikejarkan ke sebuah hospital swasta berdekatan bagi mendapatkan
rawatan selepas cedera teruk di bahagian muka dan anggota badan yang
lain.sinarharian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan