Rabu, 13 Jun 2012

Pengawal keselamatan mati dipukul di kepala

KAJANG: Seorang pengawal keselamatan mati akibat dipukul di kepala di Taman Sri Langat, Jalan Reko di sini, hari ini.
Mayat T.Saikeran, 50, ditemui dengan tiga kesan koyakan di bahagian kepala.

sekadar hiasan

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Abdul Rashid Abdul Wahab berkata kejadian pada pukul 2.45 petang itu dipercayai berpunca daripada pergaduhan.

"Mangsa dipercayai dipukul dengan sebatang besi. Kami menemui sebatang besi dengan kesan darah berhampiran kawasan mayat lelaki itu ditemui," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.


Sehubungan itu polis menahan seorang lelaki berusia 41 tahun di sekitar Kajang beberapa jam selepas kejadian bagi membantu siasatan kes itu.

Mayat Saikeran dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan