Jumaat, 11 Februari 2011

Kenali Pergerakan Ikwanul Muslimin








The Society of the Muslim Brothers (Pergerakan Persaudaraan Islam) (often simply الإخوان Al-Ikhwān, The Brotherhood or MB)  adalah Pergerakan Islam yang terbesar di dunia dan merupakan organisasi parti politik pembangkang terbesar di beberapa buah Negara Arab. Pergerakan Ikwanul muslimin merupakan Pergerakan Islam yang paling berpengaruh di dunia. Slogan Pergerakan Ikwanul Muslimin ialah “ Islam adalah penyelesai masalah ".











Pergerakan Ikwanul muslimin  telah ditubuhkan   oleh seorang ulama Islam yang juga merupakan guru sekolah. Beliau dikenali dengan nama Hassan al-Banna. Hassan al-Banna adalah pengasas Pergerakan Ikwanul Muslimin yang telah ditubuhkan di Bandar Ismailia pada bulan march 1928 bersama enam pekerja syarikat Suez Canal. Pergerakan Ikwan bermula sebagai pergerakan agama, politik dan social dengan percaya bahawa “ Allah adalah objektif kita ; al Quran adalah ikutan kita, Nabi Muhammad adalah pemimpin kita; jihad adalah jalan kita; dan mati syahid adalah impian kita. Hassan al-Banna mahu umat islam kembali kepada ajaran islam yang sebenar dan harus mengikut cara ahli pembaharuan islam seperti Muhammad Abduh dan Rashid Rida. Mengikut beliau islam pada masa beliau telah hilang sosial dominannya, kerana kebanyakan orang islam telah dipengaruhi oleh pengaruh barat. Hukum syariah berasaskan Al-Quran dan Sunnah yang telah di turunkan oleh Allah kepada umat manusia perlu digunakan dalam kehidupan harian, termasuk organisasi kerajaan bagi menyelesaikan masalah harian.




Pergerakan Ikwan bercita-cita mahu menjadikan Al-quran dan Sunnah sebagai rujukan utama   didalam pentadbiran sesebuah negara islam.Sejak penubuhanya pada 1928  pergerakkan ini telah secara rasminya menentang segala bentuk keganasan bagi mencapai matlamat. Jeremy Bowen, Pengarang BBC Asia Barat, menggelarkan mereka sebagai " konservatif dan tidak ganas," dan  "hanya sedikit difahami – terutama sekali bagi pihak barat” Pergerakan ini menentang sebarang bentuk keganasan    dan serangan 9/11. Ketegasan pergerakan ini didalam menentang keganasan telah menyebabkan pergerakan ini telah berpecah kepada beberapa pergerakkan serpihan seperti Al-Gama'a al-Islamiyya dan  Al Takfir Wal Hijra. Osama bin Laden juga mengkritik pergerakkan ini dan mendakwa bahawa pergerakkan Ikwanul Muslimin telah mengkhianati jihad dan idea Sayyid Qutb, telah mempengaruhi salah seorang  ahli pergerakan, beliau merupakan  pengarang majahlah Milestones. Di Mesir, pergerakkan ini telah menegaskan bahawa, walaupun mereka ingin menubuhkan Negara Islam tetapi mereka tidak akan memaksa wanita menutup aurat.



sahabat Hassan Al Bana



Pergerakkan Ikwanul Muslimin bermula dengan organisasi sosial, menyebarkan islam, mengajar mereka yang buta huruf, membina hospital dan membina syarikat interprise. Apabila kedudukan mereka semakin kukuh pada 1936 mereka mula menentang pemerintahan British di Mesir. Ramai rakyat Mesir yang disyaki sebagai ahli pergerakkan ini telah dibunuh. Selepas tahun 1948 Kerajaan  Arab  telah kalah didalam peperangan  First Arab-Israeli war, kerajaan Mesir telah membubarkan pergerakan ini dan  menangkap ahli-ahli dan pengasasnya, mereka  telah dibunuh secara terancang.Rampasan kuasa kerajaan Mesir pada tahun 1952,  juga  telah  dibantu oleh pergerakan ini,olehsebab itu pergerakan ini sekali lagi telah diharamkan dan diberi tekanan yang hebat. Walaupun pergerakkan ini telah tersebar ke negera-negara lain, disitu juga mereka turut diberi tekanan. Di Syria pula pada 1982, kerajaan Syria telah memberi tekanan yang kuat kepada pergerakan ini yang juga turut menentang kerajaan Syria, peristiwa ini dikenali  dengan(the Hama massacre). Bermula pada 1980an mereka telah memasuki arena politik Mesir, membentuk pakatan dengan parti-parti lain dan meletakkan calon bebas. Pada 2005, Pergerakan ini telah memenangi 20 % kerusi, Presiden Hosni Mubarak telah menjatuhkan mereka. Pada 2011,  Pergerakan ini telah mengambil bahagian yang aktif didalam protes terhadap kerajaan Hosni Mubarak.


Sumber kewangan utama pergerakan Ikwan adalah hasil dari sumbangan ahli-ahlinya.Setiap ahli diwajibkan menyalurkan sebahagian pendapatan mereka  kepada pergerakan ini. Kebanyakan sumbangan  datangnya daripada ahli-ahli Ikhwanul Muslimin yang tinggal di negara-negara yang kaya dengan minyak.







Matlamat Utama Pergerakan
  • Mengukuhkan struktur organisasi dalaman
  • Pentabiran yang berdisiplin
  • Melatih dan menyampaikan dakwah (lectures and speeches about Islam)
  • Mengaktifkan kerja-kerja organisasi yang terlibat
  • Mengaktifkan barisan hadapan bidang politik (e.g.didalam pergerakan politik awam)
Matlamat kedua
  • Kewangan dan Pelaburan
  • Perhubungan luar
  • Mengkaji semula aktiviti wanita
  • Ahli perlu celik politik
  • "menjaga keselamatan pergerakan ini" (untuk melihat samada mereka telah diperhatikan dan bagaimana untuk mengatasi masalah ini)
  • Dawa'ah (the lecture/speech of religion)
  • Media (mempengaruhi dan meresapi kedalam media)
  • Mengambil peluang keupayaan manusia (e.g . masuk kedalam sistem pendidikan dan organisasi awam)

Pemimpin Utama (General leaders (G.L) atau Mentor Pergerakan Ikwanul Muslimin di Mesir ( المرشد العام لجماعة الإخوان المسلمون)
·         Founder & First G. leader: (1928–1949) Hassan al Banna



·         2nd G.L. : (1949–1972) Hassan al-Hudaybi
·         3rd G.L. : (1972–1986) Umar al-Tilmisani
·         4th G.L. : (1986–1996) Muhammad Hamid Abu al-Nasr
·         5th G.L. : (1996–2002) Mustafa Mashhur
·         6th G.L. : (2002–2004) Ma'mun al-Hudaybi
·         7th G.L. : (2004–2010) Mohammed Mahdi Akef
8th G.L. : (16 January 2010 – present) Mohammed Badie[citation needed




Tiada ulasan:

Catat Ulasan