Ahad, 2 Jun 2013

DBKL akan siasat aktiviti 'gadis kaki lima Wisma Indah'


Aksi wanita dari China (sumber kosmo)


KUALA LUMPUR 2 Jun - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menyiasat dan mengambil tindakan susulan terhadap aktiviti wanita warga asing menawarkan perkhidmatan seks di kaki lima bangunan Wisma Indah di Jalan Tun Razak di sini.
Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Sosio Ekonomi DBKL, Datuk Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan pihak polis untuk tujuan itu.
"DBKL akan melaksanakan tindakan penguatkuasaan ke atas premis tersebut iaitu memeriksa atau memecahkan premis berkenaan jika didapati ia tiada kebenaran atau disalahgunakan," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui.
Beliau mengulas laporan Utusan Malaysia baru-baru ini mengenai wanita warga asing menawarkan perkhidmatan urutan dan seks kepada lelaki yang lalu lalang di kaki lima bangunan Wisma Indah.
Katanya, pihak DBKL akan menyiasat perkara itu terlebih dahulu sebelum tindakan penguatkuasaan dilaksanakan dalam masa terdekat.


sumber :utusanmalaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan