Sabtu, 22 Januari 2011

Buat Renungan kita

Perasaan Ingin Melihat Kemaluan Lelaki Sangat Kuat (Must Read)

Blogger Anak Ibu menghantar komen panjang, respon kepada tampalan Perlukan Penjelasan Pondan.

Tampalan terbabit dicoretkan pada 19 Julai 2009, hari ini saya menerima komen sekian lama saya nantikan.

Saya dapat merasakan coretan penulis lahir dari hati tulus ikhlas dan ingin berkongsikan luahan hati itu bersama semua pembaca. 

Terima kasih kepada Anak Ibu.
...

"Saya lelaki dan saya berani.

Saya dilahirkan dengan keinginan pelik, percaya tak kalau saya cakap dari umur lima tahun perasaan saya nak melihat kemaluan lelaki sangat kuat..sebab nya bila saya terlihat cerita blue yang di buka oleh sepupu saya masa itu terus mencetuskan perasaan ingin tahu tentang lelaki, yang peliknya saya langsung tiada perasaan untuk mengetahui tentang kemaluan perempuan..

Dari kecil saya seperti terdorong oleh satu perasaan untuk menyukai lelaki. Saya tak tahu kenapa, emak kata dulu masa mengandung mak ingat saya anak perempuan dan memang mak ngan ayah suka sangat bila mengetahui dari bidan kampung yang mak saya mengandungkan anak perempuan..tetapi bagi saya itu bukanlah alasan kukuh kenapa saya jadi begini.

Saya ada pak cik yang juga seorang pondan dan tidak berkahwin sampai sekarang. Saya tinggal di kawasan kampung jauh di pedalaman, jadi persekitaran saya tiada pondan. Saya berkawan dengan lelaki dan perempuan. Saya sedikit lembut dan lembik malah adik-adik perempuan saya masa kecil  pun boleh buli saya. Mak ayah selalu marah suruh saya jadi kasar dan ganas tapi saya tak tahu kenapa saya tak reti jadi begitu. Seakan saya tidak di lahirkan seperti sifat budak-budak lelaki lain tetapi dari kecil saya dah biasa di gelar lembik, gembeng, lembut, saya jadi terbiasa..

Saya mula melakukan hubungan terkutuk sewaktu saya berusia 10 tahun oleh kerana sikap ingin tahu mengenai perasaan saya sendiri dan juga pengaruh blue saya dan jiran saya sering melakukan perkara itu. Perkara itu seakan membuat saya lebih seronok dan keinginan dalam diri untuk menjadi perempuan membara. Saya mula merasakan saya adalah seorang wanita kerana saya langsung tiada perasaan seperti lelaki.
Saya minat mengemas rumah, memasak, gubah bunga
malah saya yang paling di harapkan dalam adik beradik saya berbanding yang perempuan.

Masa remaja saya sering inginkan di cintai dan di sayangi..tetapi saya takde perasaan untuk terima wanita dalam diri saya. Saya menganggap wanita dan saya adalah sama bezanya saya dilahirkan di dalam jasad seorang lelaki tetapi dalaman saya,saya merasakan hanyalah jiwa seorang perempuan yang sangat tinggi. Masa remaja saya tahu apa yang saya buat salah di sisi agama tetapi nafsu remaja sangat sukar hendak di bendung, latar belakang agama yang tidak kuat juga menyebabkan saya tidak kisah soal halal haram..

Zaman remaja saya terus menjadi mangsa kepada nafsu saya sendiri. Teman sekolah, jiran, kawan, bapa kawan, cikgu, semuanya pernah memuaskan nafsu bersama saya. Hakikatnya samada anda bermain dengan sama jenis atau berlainan jenis, ia adalah semata-mata soal melepaskan nafsu memasing, ialah hukum sexs luar tabiee pun seperti berzina juga kan (wallahualam kalau tak silap saya) tetapi saya tak pernah mengatakan apa yang saya buat adalah betul dan saya masih waras sebagai seorang Islam, cuma masa dan ketentuaan untuk saya berubah ketika itu belum tiba.

Apabila tamat universiti saya semakin berani memakai pakaian seperti wanita. Saya memikirkan igin memenuhi kinginan jiwa dan nafsu saya, menjadi wanita  walaupun tidak sempurna. Saya banggan dengan kehidupan saya menjadi wanita, berpakain wanita kerana itu apa yang jiwa saya rasa saya tidak peduli apa org ingin berkata, anda mengutuk atau anda membenci, itu harga yang saya pasti terima jika memilih untuk menjadi wanita. Saya lebih pentingkan tuntutan nafsu dan jiwa saya daripada hal remeh masyarakat yang tidak boleh terima. Apapun kewujudan saya masih ada segelintir yang boleh terima dan itu sudah cukup membahagiakan saya.

Orang kata selagi kita tak berada dalam kasut seseorang..kita tidak akan tahu bagaimana mereka berfikir, saya menjalani pelbagai warna kehidupan bergelar pondan/maknyah/bapok, apa sahaja gelaran yang diberi sekarang ini. Saya berkawan dari adik-adik yang baru nak naik, sampai lak mak ayam yang dah tua kertu. Saya melihat kehidupan dan keindahan hidup seorang pondan ini tersangatlah sementara, indahnya di rasa sangat sedikit tapi sengsara dan penderitaan yang di lalui oleh pondan amatlah banyak.

Saya mula sangsi dengan kehendak dan tuntutan jiwa saya, saya mula mengenang dan berfikir adakah jiwa ini sangat membahagiakan saya? Saya mula bosan dengan kehidupan yang tiada penghujung, hanya menjadi tua dan akhirnya mengharap kawan-kawan pondan menjaga. Tiada keluarga kalau sudah di buang keluarga kerana memilih menjadi pondan atapun jika masih ada keluarga, keluarga tak mampu lagi menjaga pondan yang sudah tua kerana keluarga ada tanggunjawab sendiri.

Kehidupan di waktu tua sangatlah menakutkan saya, tiada pondan yang hidup bahagia malah pondan yang pernah menjadi ratu cantik Singapore dan berkahwin dengan lelaki Jerman yag kaya setelah menjalankan operation menukar kemaluan juga kembali ke Malaysia seorang diri tanpa ada apa untuknya kerana tidak boleh menuntut harta suami sebab tiada anak. Semua ini menguatkan lagi hati saya ingin berubah tapi apa yang membuat saya sukar saya tewas dengan nafsu saya yang membara.

Tapi berkat doa ibu saya yang tak henti2 siang dan malam mendoakan saya, saya di beri sinar. dari berpakaian seperti perempaun setiap masa, saya berpakaian seperti lelaki. Saya tinggalkan dunia pondan saya. Kalau dulu saya mengharap ada tangan-tangan untuk membawa saya berubah tetapi sebenarnya saya silap sebab hanya diri dan hati saya yang boleh melawan nafsu saya dan juga tanpa doa ibu saya dan keluarga saya yang tidak henti-henti bersabar dengan perangai saya yang membawa malu kepada mereka, akhirnya Allah bagi saya sinar.

Syukur alhamdulillah sekarang sudah hampir 5 tahun saya meninggalkan dunia pondan sedikit sebanyak saya dapat berubah walaupun hitam di hati itu masih ada walaupun bukan seratus peratus perubahan saya tapi saya masih terus mendaki mengharapkan saya akan menjadi muslim yang sejati. Pesanan saya, jangan berputus asa, beri sokongan dan dorongan, timbulkan kesedaran yang tinggi, doakan yang terbaik, Insya Allah mereka akan berubah seperti saya. Kami hanyalah golongan yang tewas dengan dugaan yang Allah beri iaitu nafsu kami. Saya percaya anda juga sukar mengawal nafsu anda walau apa pun jenis nafsu anda, tolonglah golongan ini dengan ikhlas, nasihat lah mereka dengan bijaksana. Sama juga golongan remaja lain yang banyak terpesong, mereka cuma sesat dek budaya kita yang semakin jauh dari landasan agama yang sebenar. Dugaan sangat tinggi zaman sekarang, hanya memiliki masyarakat yang lebih baik, kawan dan persekitaran yang lebih baik dapat mengubah semuanya menjadi lebih baik, wallahualam. Maafkan saya kalau tersalah.

P/s:  Saya tertarik isu toilet tu, masa saya jadi pondan saya masuk toilet perempuan sebab saya masuk toilet lelaki  saya malu dan takut dianggap cuba mngorat lelaki kat dalam toilet.  Saya masuk toilet pempuan paling kuat pun kena jeling je la tapi nak wat camne dah saya lagi cantik daripada perempuan yang kena jeling tu, ahahah, maafkan saya sekadar gurauan.
P/s: Kepada pondan di luar sana, jangan pernah berputus asa untuk mengharapkan kehidupan sebagai manusia normal lain, Allah kan ada"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan