Sesuai untuk sebarang majlis ....hari sukan sekolah........doorgift perkahwinan ....akikah dan lain-lain.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa, Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta, Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara, Jika hari ini seorang ulama yang mulia, Jika hari ini seorang peguam menang bicara, Jika hari ini seorang penulis terkemuka, Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa, Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca. Usman Awang 1979
Sabtu, 9 Januari 2016
Jumaat, 22 Mei 2015
Isnin, 29 Disember 2014
Punca Kehilangan Pesawat Air Asia
| sekadar hiasan |
KUALA LUMPUR -
Juruterbang yang mengendalikan pesawat AirAsia Indonesia Penerbangan QZ8501
yang hilang pada Ahad, mempunyai rekod 20,537 jam penerbangan.Dalam kenyataan
hari ini, AirAsia berkata daripada jumlah itu, kapten berkenaan mencatat 6,100
jam penerbangan bersama AirAsia Indonesia dengan pesawat Airbus A320.
"Pegawai pertama
pula mencatat 2,275 jam penerbangan dengan AirAsia Indonesia," katanya.
Pada Ahad, pesawat ke
Singapura bersama 162 penumpang dan anak kapal itu terputus hubungan dengan
pusat kawalan trafik udara Indonesia pada 7.24 pagi setelah berlepas dari
Surabaya pada 5.35 pagi.
AirAsia berkata
pihaknya menubuhkan Pusat Panggilan Kecemasan dengan menggunakan talian
+622129270811 atau 031-8690855 atau 031-2986790 (Surabaya) untuk mereka yang
ingin mendapatkan maklumat tentang sanak saudara atau sahabat handai penumpang
dan anak kapal pesawat berkenaan.
Katanya ketika ini,
operasi mencari dan menyelamat dijalankan di bawah penyelarasan Agensi Mencari
dan Menyelamat Nasional Indonesia (BASARNAS) dan AirAsia Indonesia memberi
kerjasama penuh serta membantu dengan sedaya upaya dalam penyiasatan kehilangan
pesawat berkenaan. - Bernama
Bekalan banjir tidak sampai...
| keadaan banjir di Kelantan |
SUBANG – Angkatan
Tentera Malaysia (ATM) mengakui menghadapi pelbagai kesukaran untuk menghantar
bantuan ke kawasan terjejas banjir akibat keadaan cuaca yang tidak menentu,
selain keadaan jalan darat yang ditenggelami air.Asisten Ketua Staf Operasi dan
Latihan Pertahanan, Laksamana Muda Datuk Anuwi Hassan berkata, pihak ATM kini
bertungkus-lumus bagi memastikan segala bantuan dapat dihantar kepada mangsa
banjir.
“Cabaran paling besar
ialah terputus hubungan sama ada jalan darat dipenuhi air atau cuaca yang tidak
menentu.“Ini menyebabkan pesawat serta agensi terlibat tidak dapat sampai ke
sana. Bukan kami tidak memberikan bantuan."Memang bantuan sentiasa cuba
diberikan kepada mangsa banjir,” katanya selepas menyaksikan aktiviti
penerimaan sumbangan bekalan makanan dan peralatan oleh pihak awam serta agensi
swasta di gudang simpanan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang,
semalam.Menurutnya, pihak ATM terpaksa menunggu sehingga cuaca baik di kawasan
terjejas banjir bagi memastikan proses menghantar bantuan dapat dijalankan
dengan lancar.
Dalam pada itu,
sebanyak 150 tan barang bantuan meliputi pelbagai barangan keperluan dan
makanan sudah dihantar ke Kelantan bagi membantu mangsa banjir.Barang keperluan
itu dihantar enam hingga lapan kali sehari dengan pesawat TUDM sejak 25
Disember lalu.
“Seramai 150 anggota
tentera daripada TUDM, Tentera Darat Diraja Malaysia dan Tentera Laut Diraja
Malaysia berkumpul di gudang simpanan pesawat TUDM untuk membantu mengumpul dan
mengangkut barang. “Kita amat terharu
dengan sumbangan bukan sahaja daripada pihak swasta malah orang perseorangan.
Ada juga menyatakan minat menjadi sukarelawan dalam misi tersebut,"
katanya.
sumber sinarharian.
Sesi persekolahan negara ditangguh seminggu
| TPM
KUALA LUMPUR -
Kementerian Pendidikan bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan
2015 di seluruh negara, selama seminggu, berikutan banjir yang melanda beberapa
negeri di Semenanjung sekarang. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
yang juga Menteri Pendidikan berkata dengan penangguhan itu, tarikh baharu sesi
permulaan persekolahan tahun depan bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan
Johor adalah pada 11 Januari (Ahad), manakala bagi negeri-negeri lain akan
bermula pada 12 Januari (Isnin).
"Penangguhan itu
dibuat dengan mengambil kira sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai
Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau yang ditenggelami air akan mengambil masa
untuk dipulihkan.
"Keadaan
guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan
perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan
mereka," kata beliau dalam kenyataan hari ini.
Muhyiddin berkata,
sehingga semalam, Kementerian Pendidikan mendapati sejumlah 340 buah sekolah
daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir.Sebelum ini, sesi
persekolahan bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor dijadual dibuka
pada 4 Jan manakala bagi negeri-negeri lain adalah 5 Jan.
"Sebagai Menteri
Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal
dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan
murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan,"
katanya.Beliau turut
menasihatkan pihak pengurusan sekolah agar apabila keadaan banjir kembali
pulih, mereka harus menggunakan tempoh itu untuk bergotong royong membersihkan
kawasan sekolah, bagi memastikan keselamatan dan keselesaan kepada murid-murid.Setakat
pagi ini, jumlah mangsa banjir di lima negeri yang terjejas adalah 225,722
orang. - Bernama
|
Jururawat kongsi cerita terperangkap enam hari
| sekadar hiasan |
PASIR PUTEH - Seorang jururawat
masyarakat yang bertugas di Klinik Desa Kampung Star, Bertam Baru, Gua Musang,
menceritakan bagaimana 150 penduduk di situ, kelaparan dan menempuh detik cemas
setelah terperangkap selama enam hari apabila kampung mereka seakan-akan
'sebuah pulau' akibat banjir, bermula Isnin lepas. Suzana Bakar, 49, berkata
mereka menyelamatkan diri mencari tempat perlindungan di Sekolah Kebangsaan
Star, Bertam Baru dengan sehelai sepinggang tanpa sempat menyelamatkan harta
benda selepas air dari Sungai Nenggeri naik mendadak ke kawasan kampung mereka.
"Ini disebabkan kami tidak
menyangka air naik secara mendadak kerana sebelum ini tidak pernah
berlaku," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini. Suzana
bagaimanapun berkata pada hari Selasa lepas, makanan terutama beras tiba dengan
jumlah sedikit setelah diusahakan pemimpin setempat serta belas ihsan daripada
orang kampung yang tinggal di kawasan tinggi. "Sebaik makanan tiba di
sekolah itu mereka berebut-rebut mendapatkan makanan yang tidak mencukupi
kerana jumlah mangsa banjir yang datang ke pusat itu bertambah setiap
hari," katanya.
Suzana berkata untuk mendapatkan
bekalan makanan dari luar terutama di Gua Musang terlalu sukar kerana tidak
boleh dilalui sebarang kenderaan berikutan arus yang sangat deras. Beliau
berkata sepanjang berada di sekolah itu, sebahagian besar mangsa memakan apa
sahaja seperti biskut dan mi segera bagi mengalas perut untuk mengelak daripada
kebuluran dan sepanjang malam pula terpaksa bergelap akibat bekalan elektrik
terputus. Bagaimanapun, Suzana bersyukur kerana ketika kejadian beliau dan
empat anak masing-masing berumur antara tiga dan 14 tahun, sempat menyelamatkan
diri ke sekolah berkenaan lebih awal apabila menyedari paras air semakin
meningkat ke paras paha dalam tempoh beberapa minit. Ketika kejadian suaminya Raibi Hamid, 39,
tiada di rumah kerana bekerja di Kuala Lumpur.
"Sebuah kereta Proton Wira
dan motosikal serta peralatan elektrik kesemuanya tidak sempat diselamatkan
apabila paras air meningkat terlalu cepat sehingga menenggelamkan sebahagian 50
buah rumah penduduk di situ," katanya.
Suzana berkata ketika berada di
sekolah itu mereka terpaksa tinggal di tingkat tiga kerana tingkat pertama dan
kedua dinaiki air, sebelum surut sepenuhnya, semalam. - Bernama
Isnin, 14 Oktober 2013
Padah pinjam 'along' berlesen
KUANTAN - Seorang
pengawal keselamatan buntu dan kesempitan wang selepas didakwa ditipu syarikat
pinjaman wang berlesen di sini.
Lelaki berusia 52 tahun itu berkata, dia mula meminjam wang
daripada syarikat terbabit sejak tiga tahun lalu ekoran memerlukan wang bagi
membiayai pengajian anak tunggalnya di universiti.
Menurutnya, ketika urusan peminjaman wang dilakukan, dia
diberitahu kadar faedah hanya 1.5 peratus.
“Bagaimanapun, timbul tanda tanya kerana walaupun saya sudah
melakukan bayaran tanpa gagal namun hutang saya masih belum langsai.
“Malah kedua-dua kad bank saya turut dipegang syarikat
terbabit, manakala saya pula terpaksa ke pejabat mereka untuk mendapatkan wang
gaji saya,” katanya ketika ditemui sini.
Lelaki itu berkata, dia menjadi semakin hairan apabila hanya
memperoleh RM400 daripada wang gajinya dan wang pencennya daripada syarikat
terbabit.
“Apabila ditanya, kerani di syarikat itu berkata, terdapat
bayaran guaman yang turut dicaj pada setiap akaun pinjaman yang ada selain
beberapa caj lain menyebabkan jumlah bayaran yang dikenakan mencecah RM1,600
sebulan.
“Saya sendiri buntu memikirkan cara untuk melangsaikan
hutang yang ada, saya diberitahu saya perlu menjelaskan baki berjumlah
RM9,600,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Keselamatan Pengguna
Kuala Lumpur, Samsudin Mohd Fauzi berkata, pihaknya menerima aduan lelaki
terbabit sebelum melakukan risikan ke atas syarikat terbabit.
Samsudin berkata, syarikat yang mempunyai dua cawangan iaitu
di Kuantan dan Kuala Terengganu itu menggunakan taktik penipuan moden dengan
mengaburi mata peminjam mengenai caj tambahan yang dikenakan.
“Syarikat itu menggunakan helah caj guaman yang dikenakan
pada setiap bulan terhadap akaun mangsa.
“Ia satu yang tidak logik dan menyebabkan peminjam perlu
membayar dua hingga tiga kali ganda daripada jumlah sepatutnya,” katanya.
Samsudin berkata, tindakan syarikat itu juga membuatkan
peminjam terus terikat.
“Saya harap pihak berkuasa pandang serius taktik licik
syarikat ini yang mungkin menyebabkan lebih ramai peminjam tertipu,” katanya.
Samsudin berkata, mangsa sudah membuat laporan polis kerana
tidak mahu terus ditipu.sinarharian.
Langgan:
Catatan (Atom)
