Isnin, 14 Oktober 2013

KPN minta Surendran tunggu panggilan sertai operasi

IGP Tan Sri Khalid


SEPANG 14 Okt. - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini meminta Ahli Parlimen Padang Serai, N. Surendran menunggu panggilan untuk menyertai operasi membanteras penjenayah bersenjata yang mungkin diadakan pada bila-bila masa termasuk pada tengah malam dan awal pagi.
Beliau berkata, tawaran untuk menyertai operasi buru penjenayah itu bagaimanapun hanya terbuka kepada Surendran dan tidak boleh disertai oleh wakil rakyat lain.
"Yang Berhormat (YB) Surendran telah menyahut tawaran ini. Beliau telah bercakap dengan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah dan kemudian meminta peguamnya bertanya tentang soal menandatangani surat lepas tanggungan.
"Surat ini perlu ditanda tangani jika Surendran mahu sertai operasi kita,'' katanya ketika mengulas tentang tawaran melalui Twitter kepada Surendran untuk menyertai operasi memburu penjenayah bersenjata api.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini sebelum berlepas menghadiri persidangan polis antarabangsa (Interpol) di Columbia. - UTUSAN ONLINE

Kalimah Allah: Semua pihak harus terima keputusan mahkamah - Jamil




MEKAH 14 Okt. - Semua pihak harus menerima keputusan Mahkamah Rayuan yang melarang penerbitan mingguan Katolik, The Herald, menggunakan kalimah Allah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Jamil Khir berkata, kerajaan menyambut baik keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang membenarkan rayuan kerajaan serta sembilan perayu lain untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 yang membenarkan penerbitan itu menggunakan kalimah 'Allah' sebagai merujuk kepada 'Tuhan'.
"Keputusan mahkamah itu dianggap sebagai hadiah untuk umat Islam Malaysia sempena hari wukuf di Arafah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Dalam keputusan itu, panel tiga anggota hakim diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Mohamed Apandi Ali berkata:
"Ia merupakan dapatan bersama kami bahawa penggunaan nama 'Allah' bukan sebahagian daripada kepercayaan dan amalan agama Kristian". - BERNAMA

Wanita UMNO Gua Musang baling mikrofon

Sabtu, 14 September 2013

Lima Qawaid fiqqiyah yang utama

Kaedah yang kedua

" Yakin tidak boleh disingkirkan dengan semata-mata syak"

kaedah-kaedah furuq yang terbit dari kaedah ini :

1. "Asal masalah ialah kekalnya sesuatu perkara di atas keadaanya yang asal"

Perlu mengekalkan keadaan yang telah sedia ada pada mana-mana waktu dan berterusan dlam semua waktu sehingga lah sabit putusnya atau bertukanya.
contoh : cuci dari hadas tetapi syak berhadas, maka dianggap orang masih bersuci.makan akhir mlm ramadhan dan syak tentang naik fajar maka puasanya sah kerana malam itu kekal. dan wanita ditalak rajie.

2. "Asal pada perkara - perkara yang baru muncul itu tiada "

orang yang makan harta orang lain dan mendakwa pemiliknya membenarkan makan.

bersambung......

Jumaat, 2 Ogos 2013

Pelakon Benjy bercerai talak satu


Benjy dan keluarga
KUALA LUMPUR - Pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy semalam sah bercerai talak satu dengan isterinya, Safiya Stephanie Kar-Leng Lee di Mahkamah Syariah di sini semalam.
Lafaz cerai tersebut dilakukan oleh Benjy, 35, pada pukul 9.40 pagi di hadapan Hakim Syarie, Khairul Azwadi Mohamed Noor mengikut Seksyen 47(3) Undang-Undang Keluarga Islam 1984 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Mahkamah kemudian mengesahkan lafaz cerai talak satu ke atas mereka dan memerintahkan Safiya menjalani idah tiga kali suci.


Sumber:Kosmo online

Chua Boon Huat, pemain hoki negara maut kemalangan

kereta yang remuk
PETALING JAYA - Pemain hoki kebangsaan, Chua Boon Huat maut selepas kereta yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori tangki air di Kilometer 10.9, Lebuh Raya Damansara-Puchong dekat Taman Mayang, Kelana Jaya di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 2.25 pagi itu, Boon Huat yang memandu kereta jenis Proton Perdana menghala ke arah Damansara mati di tempat kejadian akibat cedera parah.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, kemalangan berlaku apabila kereta yang dipercayai dipandu laju itu hilang kawalan lalu merempuh bahagian belakang lori tangki air yang berada di lorong kanan lebuh raya.


Sumber:Kosmo online

Peniaga ditemui mati dengan isi perut terburai

BEGINILAH keadaan mayat lelaki ditemui mati dengan perut terburai di Kampung Teluk Gong, Melaka semalam

ALOR GAJAH - Seorang peniaga perabot dan barangan elektrik ditemui mati dalam keadaan mengerikan dengan isi perutnya terburai dipercayai ditikam di kawasan pantai Kampung Teluk Gong di sini malam kelmarin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Melaka, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, mayat Oh Son Liong, 55, ditemui sekumpulan ahli Kelab Rukun Tetangga (KRT) kampung berkenaan yang sedang melakukan rondaan pada pukul 10 malam.
"Ketika sedang meronda, mereka menemui sebuah lori dalam keadaan mencurigakan di kawasan terbabit lalu melakukan pemeriksaan lebih lanjut di kawasan sekitar.
"Mereka kemudian menemui mayat mangsa dengan isi perut terburai di dalam semak kira-kira 20 meter daripada lori lalu melaporkan penemuan tersebut kepada pihak polis," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.


Sumber:kosmo online.