Rabu, 8 Ogos 2012

RM88 juta beli cinta Negro oleh wanita Malaysia

Kuala Lumpur: RM87.6 juta! Itulah jumlah kerugian warga Malaysia, sebahagian besarnya gadis dan ibu tunggal akibat menjadi mangsa penipuan sindiket warga Afrika sejak tiga tahun lalu. Dikatakan lebih kurang 1437 orang wanita telah terjebak di dalam aktiviti yang tidak sihat ini. Lapor akhbar Berita harian hari ini.

sekadar hiasan

Apa pendapat anda semua ? sejumlah besar wang telah dihabiskan kepada negro hanya mengimpikan cinta buta tanpa diselidiki dengan betul kekasih cyber. Akibatnya selepas tertipu mereka menyusahkan pihak berkuasa yang sepatutnya masa digunakan untuk menyelesaikan kes lain perlu diluangkan untuk menyelesaikan kes yang bodoh ini.
Pihak kerajaan perlu mendakwa pihak wanita yang telibat dalam kes ini. Ini untuk mengelakkan lebih ramai lagi wanita akan terlibat dengan cinta cyber yang tidak berkesudahan. Walaupun ada kemungkinan jika pihak wanita didakwa yang akan menyebabkan ramai wanita yang terlibat akan menutup kes ini takut didakwa tapi sekurang-kurangnya dapat mengelakkan lebih ramai anak gadis dan wanita tempatan menyerahkan tubuh dan wang dengan percuma kepada sinegro ini.
Kenapalah... wanita Malaysia kurang berfikir waras walaupun hanya seribu orang yang terlibat dan boleh dikatakan peratusan yang amat kecil tetapi ia amat memalukan. Ini kerana setiap hari didedahkan tentang penyelewengan negro di negara kita disebarkan didalam media tempatan. Namun ada juga wanita yang terjebak. Aduh ! RM 87 juta itu sungguh banyak boleh membantu golongan miskin di Malaysia.

Perkembangan kes rakyat Malaysia diculik di Nigeria dipantau

sekadar hiasan
PUTRAJAYA: Malaysia sedang mengumpul maklumat berhubung kes penculikan seorang rakyat Malaysia oleh sekumpulan bersenjata api di Nigeria pada Sabtu lalu.

Timbalan Menteri Luar, Senator A. Kohilan Pillay berkata, setakat ini belum ada perkembangan terkini berhubung kes itu yang menyaksikan warga Malaysia dan tiga lagi warga asing diculik, susulan serangan maut ke atas kapal milik sebuah syarikat perkhidmatan minyak di Teluk Guinea.
"Kedutaan Malaysia di Abuja sedang memantau rapi perkembangan kes ini," katanya kepada pemberita selepas upacara menaikkan bendera sempena Hari Asean ke-45, di sini hari ini.

Agensi berita asing melaporkan sekumpulan lelaki bersenjata api menyerang dua kapal milik Sea Trucks Group yang menyediakan perkhidmatan kapal sokongan untuk syarikat minyak dan gas di Nigeria, kira-kira 35 batu nautika dari Delta Nigeria, kawasan pantai yang kaya minyak.

Kawasan delta itu yang sebelum ini sinonim dengan serangan ganas penjenayah serta insiden culik dilihat semakin tenang susulan program pengampunan oleh kerajaan beberapa tahun tahun lepas.

Ketika serangan awal pagi Sabtu itu, dua anggota tentera laut yang mengawal kapal berkenaan terbunuh, dua lagi cedera manakala dua selamat.

Selain rakyat Malaysia, seorang masing-masing rakyat Indonesia, Iran dan Thailand diculik kumpulan itu.
Jurucakap Sea Trucks Group, Corrie van Kessel dilapor berkata syarikat itu menumpukan usaha untuk membebaskan tebusan.

Biro Maritim Antarabangsa dalam laporannya bulan lepas menyatakan bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini sebanyak 32 insiden serangan lanun di Teluk Guinea direkodkan berbanding 25 kes tahun lepas. - BERNAMA

Ahad, 5 Ogos 2012

Cara penjenayah mencuri wang anda di mesin ATM.

Cara Perompak Merompak Atm Bank

Akibat curang Mr romeo dimalukan di khalayak

Geng Kangkang Curi Susu

Mayat dibakar di Tanah Perkuburan

SHAH ALAM 3 Ogos - Mayat seorang lelaki yang dipercayai mangsa pembunuhan ditemui hampir hangus selepas dibakar bersama timbunan ranting dan kayu di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jawa di sini hari ini.
sekadar hiasan

Mayat mangsa yang dipercayai berusia awal 20-an dan masih belum diketahui identitinya ditemui oleh sekumpulan penduduk yang datang untuk membersihkan kubur pagi ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Supritendan Mazlan Othman berkata, pihaknya pergi ke tempat kejadian selepas menerima maklumat kira-kira pukul 11.10 pagi ini.
Beliau berkata, siasatan awal percaya mangsa dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibakar di tanah perkuburan tersebut.
"Semasa ditemui mayat mangsa yang dalam keadaan terlentang dan memakai jeans biru hampir hangus di bawah timbunan ranting serta kayu yang terbakar.
"Pemeriksaan pada bahagian belakang badan mangsa yang tidak terkena api menemui pelbagai gambar tatu," katanya ketika dihubungi pemberita di sini petang ini.
Menurut Mazlan, identiti mangsa sedang disiasat kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada mayatnya.
Tambah beliau, pihaknya yang menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan menunggu laporan bedah siasat pihak Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang bagi membantu siasatan kes.