PADANG BESAR: Seorang anggota polis dari Ibu
Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar parah ditikam bekas suami wanita yang
dinikahinya di Pekan Siam, dekat sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 5 petang, mangsa berusia 55 tahun
parah di badan akibat ditikam seorang lelaki selepas majlis akad nikah dia dan
wanita berkenaan selesai dijalankan.
Akibat tikaman itu, mangsa yang baru beberapa bulan
bertugas di Unit Peronda IPD Kangar dikejarkan ke klinik pekan sempadan itu,
namun kemudian dirujuk ke Hospital Hatyai, Thailand apabila keadaannya semakin
parah.
Sumber
polis Thailand berkata, mangsa ditikam di Pekan Siam oleh seorang lelaki,
dipercayai bekas suami wanita yang dinikahinya.
“Pihak berkuasa Thailand di Pekan Padang Besar mengenal
pasti suspek dan gerakan memburu dilakukan.
“Kita belum mengenal pasti sama ada wanita berkenaan
orang tempatan (Thailand) atau luar,” katanya di sini,
semalam.
Sementara itu, Ketua Polis
Perlis, Senior Asisten Komisioner Zull Aznam Harun ketika dihubungi mengesahkan
seorang anggotanya ditikam di selatan Thailand.
“Saya mengarahkan Ketua Polis Daerah Padang Besar,
Superintendan Che Man Md Dros dan Timbalan Ketua IPD Kangar, Deputi
Superintendan Ismail Che Isa ke Hatyai bagi mendapat laporan lengkap mengenai
kejadian itu.
Beliau bagaimanapun
tidak dapat mengesahkan sama ada mangsa memasuki negara jiran itu untuk
berkahwin.
“Saya dimaklumkan, anggota
kami parah ditikam seorang lelaki di Pekan Siam, tetapi maklumat lengkap belum
diperoleh. Anggota berkenaan bertugas di Unit MPV Kangar.
“Anggota berkenaan memasuki pekan sempadan atas urusan
peribadi dan bukan pada waktu bertugas. Kami tidak tahu dia menyeberangi
sempadan atas urusan pernikahan.
Sementara itu, Konsul Besar Malaysia di Songkhla, Mohd
Aini Atan ketika dihubungi mengesahkan, anggota polis berkenaan kini dirawat di
Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Nagarind, Hatyai dan keadaannya dilaporkan
stabil.
“Mangsa masih tidak sedarkan
diri akibat beberapa tikaman di badan,” katanya.
harianmetro.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa, Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta, Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara, Jika hari ini seorang ulama yang mulia, Jika hari ini seorang peguam menang bicara, Jika hari ini seorang penulis terkemuka, Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa, Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca. Usman Awang 1979
Ahad, 5 Ogos 2012
Polis lanjut reman suami Eksekutif TV9
KUALA LUMPUR 5 Ogos - Polis melanjutkan tempoh tahanan reman selama lima hari ke atas suami kepada Eksekutif Pentadbiran TV9, Syaleza Jaffar, 31, bagi membolehkan siasatan lengkap dijalankan berhubung kematian wanita itu 28 Julai lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, tempoh reman lelaki itu yang berakhir semalam telah dilanjutkan sehingga 9 Ogos ini.
Dalam kejadian 28 Julai lalu, Syaleza dikatakan ditemui mati dalam keadaan tergantung oleh suaminya dalam sebuah bilik di apartmen mereka kira-kira pukul 7.25 malam selepas tidak menjawab panggilan lelaki itu ketika dipanggil untuk berbuka puasa.
Lelaki itu ditahan di Segamat, Johor pada malam keesokan harinya selepas upacara pengebumian Syaleza, bagi membantu siasatan.utusanmalaysia.
Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, tempoh reman lelaki itu yang berakhir semalam telah dilanjutkan sehingga 9 Ogos ini.
Dalam kejadian 28 Julai lalu, Syaleza dikatakan ditemui mati dalam keadaan tergantung oleh suaminya dalam sebuah bilik di apartmen mereka kira-kira pukul 7.25 malam selepas tidak menjawab panggilan lelaki itu ketika dipanggil untuk berbuka puasa.
Lelaki itu ditahan di Segamat, Johor pada malam keesokan harinya selepas upacara pengebumian Syaleza, bagi membantu siasatan.utusanmalaysia.
Gaduh ala gengster Hong Kong pakai parang
Mangsa menerima rawatan kecemasan sebelum dibawa ke Hospital Kulim.
Parang panjang yang ditemui dalam longkang
Saksi yang berada di tempat kejadian berkata, pertengkaran berlaku kira-kira jam 12 tengah malam.
Tidak berpuas hati dengan pertengkaran itu beberapa remaja lain bersikap agresif dan berlaku pergaduhan.
"Beberapa ahli kumpulan terlibat dilihat bergaduh hingga terjatuh ke dalam parit sedalam dua meter. Ia semakin serius apabila ahli kumpulan itu bersenjatakan parang.
"Dua remaja itu yang ketakutan kemudiannya melarikan diri ke sebuah bank berhampiran sebuah pasaraya di sini bagaimanapun kumpulan terlibat terus mengekori dan memukul mereka," katanya.
Menurutnya, selain dipukul, motosikal mereka turut dirosakkan.
"Kedua-dua mangsa yang mengalami kecederaan kemudiannya melarikan diri ke rumah mereka di Taman Kemuning.
"Melihat keadaan mangsa serius waris menghubungi ambulans dan mangsa dibawa ke Hospital Kulim untuk rawatan lanjut," katanya.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, ketika di tempat kejadian pihaknya menemui parang panjang dipercayai dicampak oleh suspek ketika pergaduhan.
Ghuzlan berkata, kedua-dua mangsa yang mendapat rawatan kini berada dalam keadaan stabil.
"Sehingga kini mangsa belum membuat sebarang laporan di mana-mana balai polis berkaitan kejadian itu.
“Kami harap remaja terbabit tampil membuat laporan polis supaya siasatan dapat dijalankan,” katanya.
Padah menyamun mati dibalut plastik sampah
GEORGE TOWN – Tiga perompak bergelar Geng Rimba bukan sahaja terpaksa berputih mata akibat gagal menyamun rumah mewah malah, bertambah malang apabila kesemuanya mati ditembak polis dalam kejadian di Taman Jesselton dekat Taman Perbandaran Pulau Pinang di sini semalam.
Suspek-suspek berusia lingkungan 30-an yang telah terlibat dalam 18 kes pecah rumah di Jalan Waterfall, Tanjong Tokong, Taman Jesselton dan Jelutong membabitkan kerugian keseluruhan berjumlah RM572,000 sejak awal tahun ini itu ditembak selepas cuba menyerang polis.
Kejadian pukul 3.30 pagi itu berlaku ketika trio perompak warga Indonesia tersebut diarahkan untuk menyerah diri ketika cuba memecah masuk sebuah rumah mewah di situ.
Difahamkan, niat jahat mereka terbongkar selepas penduduk ternampak kelibat mereka dalam keadaan mencurigakan ketika terhendap-hendap di belakang rumah yang disasarkan sebelum menghubungi polis.
Polis yang bergegas ke tempat kejadian kemudian terserempak dengan suspek berhampiran kawasan hutan iaitu kira-kira 200 meter dari kawasan perumahan tersebut.
Suspek kemudian bertindak agresif apabila cuba menyerang polis dengan menggunakan parang sebaik anggota keselamatan itu memperkenalkan diri sebelum dibalas dengan lebih kurang 20 das tembakan ke arah mereka.
Modus operandi mereka ialah menetap seketika di kawasan hutan dan berbukit berhampiran kediaman mewah di daerah Timur Laut negeri ini untuk mengenal pasti rumah yang ingin dirompak antara pukul 3 pagi hingga 6 pagi.kosmo.
ala mafia lagi...Bouncer ditembak mati oleh pembunuh upahan
PERIKSA... anggota polis forensik melakukan pemeriksaan pada mayat yang mati ditembak.
SERI KEMBANGAN: Tiga rakan yang asyik minum arak di tepi jalan di Persiaran Serdang Perdana, Taman Serdang Perdana, di sini, dikejutkan dengan tiga das tembakan yang mengorbankan seorang daripada mereka dalam kejadian dipercayai bermotifkan dendam, kelmarin.
Dalam kejadian jam 11.30 malam, Kesavan Subramaniam, 27, yang melepak di bahu jalan itu bersama dua rakannya dihampiri dua lelaki bermotosikal sebelum pemboncengnya melepaskan tiga tembakan.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abd Razak Elias berkata, mangsa yang tidak bekerja dan berasal dari bandar ini mati serta-merta di tempat kejadian akibat cedera parah.
“Siasatan forensik di tempat kejadian mendapati mangsa ditembak di kepala dan tubuh dari jarak dekat. Mayatnya kemudian dibawa ke Hospital Serdang (HS) untuk bedah siasat.
“Pembonceng terbabit turun dari motosikal sebelum menembak dan hanya menyasarkan mangsa berikutan dua lagi rakannya tidak diapa-apakan,” katanya.
Katanya, rakan mangsa mendakwa gagal mengecam wajah dua lelaki terbabit berikutan mereka memakai topi keledar bertutup penuh.
“Namun, kedua-dua suspek dipercayai berusia lingkungan 20-an dan menaiki motosikal jenis Yamaha LC.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang awam yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.metro.
Pengaruh syiah semakin menular
Penulis pelik dengan mereka yang menganut fahaman syiah, dari pengalaman penulis sendiri yang bergaul dengan puak syiah ( mereka berpura-pura berfahaman ahli sunnah) tetapi penulis sudah tahu mereka ini menganut ajaran syiah dengan bukti perbuatan mereka terutama sekali sewaktu mengambil air sembahyang,jamak sembahyang, dan pelbagai kelakuan syiah yang mereka lakukan.Penulis pelik terutama sekali ustaz -ustaz syiah, mereka bukanya menasihati orang ramai untuk datang ke surau atau masjid tetapi mereka seolah -olah melarang mereka ke surau atau masjid.
Kenapa penulis berkata begitu ini kerana mengikut seorang ustaz berfahaman syiah dia menyatakan sembahyang tarawih ini tidak ada nas qatie yang nabi lakukan, dan sembahyang ini di ada-adakan oleh Khalifah Umar r.a yang mereka memang tidak setuju dengan Khalifah Umar r.a kerana di katakan Saidina Umar telah merampas tahta yang sepatutnya diberikan kepada Saidina Ali.Tarawih sebenarnya sembahyang malam, nabi pun lakukan sembahyang malam ini mengikut fahaman ahli sunnah, yang diambil dari hadis sahabat dan juga isteri baginda Siti Aisyah. Ini baru satu isu yang sengaja diutarakan oleh mereka untuk mengelirukan masyarakat ahli sunnah di Malaysia. Semua isu yang diutarakan sebenarnya ahli sunnah mempunyai jawapan.
Bila ustaz syiah mengeluarkan kenyataan seperti ini menyebabkan orang awam yang tidak mempunyai ilmu agama akan terpengaruh dan banyak kekeliruan akan berlaku dalam masyarakat dan akan timbul ketidakpuasan hati dikalangan masyarakat dan akhir sekali akan timbul persengketaan.
Bagi pendapat penulis lebih baik puak syiah mencari persamaan dengan ahli sunnah, oleh itu lebih baik bersatu dari berpecah belah melemahkan orang islam. Sebab, apa yang diutarakan oleh puak syiah semuanya boleh dijawab oleh ahli sunnah antaranya kawin mutaah, lafaz amin dalam alfatihah sewaktu solat, dan lain2.
Diharap semua orang islam yang berfahaman ahli sunnah waljamaah berhati-hati dengan gerakan penyebaran ajaran syiah yang telah di fatwakan sesat oleh kerajaan Selangor pada 1996 dan Malaysia kalau tidak silap pada 2012. Mereka sangat licik dan biasanya mereka menumpukan penyebaran ajaran mereka di taman perumahan yang terpencil dan jauh dari kawasan yang sibuk seperti di tempat dimana penulis tinggal mereka sudah mempengaruhi lebih kurang 5 orang ketua keluarga ( golongan bapak ) bersama isteri masing2. Dimana kesemua mereka ini orang kuat surau dan golongan yang suka berjemaah disurau, semenjak menganut ajaran syiah mereka sudah jarang kesurau malah tarawih pun mereka tidah pernah lakukan,jika ada yang lakukan hanya untuk mengambil hati jemaah lain.
Penulis merasakan ini adalah satu lagi masalah kepada orang-orang islam di Malaysia yang sepatutnya berfikir lebih jauh tentang kelemahan umat islam diera ini bukan bergaduh mengenai mazhab mana yang betul atau salah ( gologan syiah selalu merendah2kan dan menyalahkan mazhab ahli sunnah tetapi gologan ahli sunnah tidak pernah pertikaikan mereka, jika diasak dengan soalan baru golongan ahli sunnah akan menjawab dan pertikaikan mereka). Ini membuktikan golongan ahli sunnah lebih berhati-hati dalam mengeluarkan hukum dan tidak menuduh melulu.
Kenapa penulis berkata begitu ini kerana mengikut seorang ustaz berfahaman syiah dia menyatakan sembahyang tarawih ini tidak ada nas qatie yang nabi lakukan, dan sembahyang ini di ada-adakan oleh Khalifah Umar r.a yang mereka memang tidak setuju dengan Khalifah Umar r.a kerana di katakan Saidina Umar telah merampas tahta yang sepatutnya diberikan kepada Saidina Ali.Tarawih sebenarnya sembahyang malam, nabi pun lakukan sembahyang malam ini mengikut fahaman ahli sunnah, yang diambil dari hadis sahabat dan juga isteri baginda Siti Aisyah. Ini baru satu isu yang sengaja diutarakan oleh mereka untuk mengelirukan masyarakat ahli sunnah di Malaysia. Semua isu yang diutarakan sebenarnya ahli sunnah mempunyai jawapan.
Bila ustaz syiah mengeluarkan kenyataan seperti ini menyebabkan orang awam yang tidak mempunyai ilmu agama akan terpengaruh dan banyak kekeliruan akan berlaku dalam masyarakat dan akan timbul ketidakpuasan hati dikalangan masyarakat dan akhir sekali akan timbul persengketaan.
Bagi pendapat penulis lebih baik puak syiah mencari persamaan dengan ahli sunnah, oleh itu lebih baik bersatu dari berpecah belah melemahkan orang islam. Sebab, apa yang diutarakan oleh puak syiah semuanya boleh dijawab oleh ahli sunnah antaranya kawin mutaah, lafaz amin dalam alfatihah sewaktu solat, dan lain2.
Diharap semua orang islam yang berfahaman ahli sunnah waljamaah berhati-hati dengan gerakan penyebaran ajaran syiah yang telah di fatwakan sesat oleh kerajaan Selangor pada 1996 dan Malaysia kalau tidak silap pada 2012. Mereka sangat licik dan biasanya mereka menumpukan penyebaran ajaran mereka di taman perumahan yang terpencil dan jauh dari kawasan yang sibuk seperti di tempat dimana penulis tinggal mereka sudah mempengaruhi lebih kurang 5 orang ketua keluarga ( golongan bapak ) bersama isteri masing2. Dimana kesemua mereka ini orang kuat surau dan golongan yang suka berjemaah disurau, semenjak menganut ajaran syiah mereka sudah jarang kesurau malah tarawih pun mereka tidah pernah lakukan,jika ada yang lakukan hanya untuk mengambil hati jemaah lain.
Penulis merasakan ini adalah satu lagi masalah kepada orang-orang islam di Malaysia yang sepatutnya berfikir lebih jauh tentang kelemahan umat islam diera ini bukan bergaduh mengenai mazhab mana yang betul atau salah ( gologan syiah selalu merendah2kan dan menyalahkan mazhab ahli sunnah tetapi gologan ahli sunnah tidak pernah pertikaikan mereka, jika diasak dengan soalan baru golongan ahli sunnah akan menjawab dan pertikaikan mereka). Ini membuktikan golongan ahli sunnah lebih berhati-hati dalam mengeluarkan hukum dan tidak menuduh melulu.
Perbezaan antara Ahlu sunnah waljamaah dan Syiah
1. Ahlussunnah : Rukun Islam kita ada 5 (lima)
a) Syahadatain
b) As-Sholah
c) As-Shoum (puasa)
d) Az-Zakah
e) Al-Haj
1. Syiah : Rukun Islam Syiah juga ada 5 (lima) tapi berbeza:
a) As-Sholah
b) As-Shoum
c) Az-Zakah
d) Al-Haj
e) Al wilayah
2. Ahlussunnah : Rukun Iman ada 6 (enam) :
a) Iman kepada Allah
b) Iman kepada Malaikat-malaikat Nya
c) Iman kepada Kitab-kitab Nya
d) Iman kepada Rasul Nya
e) Iman kepada Yaumil Akhir / hari kiamat
f) Iman kepada Qadar, baik-buruknya dari Allah.
2. Syiah : Rukun Iman Syiah ada 5 (lima)*
a) At-Tauhid
b) An Nubuwwah
c) Al Imamah
d) Al Adlu
e) Al Ma’ad
3. Ahlussunnah : Dua kalimat syahadat
3. Syiah : Tiga kalimat syahadat, disamping Asyhadu an Laailaha illallah, wa asyhadu anna Muhammadan Rasulullah, masih ditambah dengan menyebut dua belas imam-imam mereka.
4. Ahlussunnah : Percaya kepada imam-imam tidak termasuk rukun iman. Adapun jumlah imam-imam Ahlussunnah tidak terbatas. Selalu timbul imam-imam, sampai hari kiamat.Karenanya membatasi imam-imam hanya dua belas (12) atau jumlah tertentu, tidak dibenarkan.
4. Syiah : Percaya kepada dua belas imam-imam mereka, termasuk rukun iman. Karenanya orang-orang yang tidak beriman kepada dua belas imam-imam mereka (seperti orang-orang Sunni), maka menurut ajaran Syiah dianggap kafir dan akan masuk neraka.
5. Ahlussunnah : Khulafaurrosyidin yang diakui (sah) adalah :
a) Abu Bakar
b) Umar
c) Utsman
d) Ali Radhiallahu anhum
5. Syiah : Ketiga Khalifah (Abu Bakar, Umar, Utsman) tidak diakui oleh Syiah. Karena dianggap telah merampas kekhalifahan Ali bin Abi Thalib (padahal Imam Ali sendiri membai'at dan mengakui kekhalifahan mereka).
6. Ahlussunnah : Khalifah (Imam) adalah manusia biasa, yang tidak mempunyai sifat Ma’shum. Berarti mereka dapat berbuat salah/ dosa/ lupa. Karena sifat Ma’shum, hanya dimiliki oleh para Nabi.
6. Syiah : Para imam yang jumlahnya dua belas tersebut mempunyai sifat Ma'’hum, seperti para Nabi.
7. Ahlussunnah : Dilarang mencaci-maki para sahabat.
7. Syiah : Mencaci-maki para sahabat tidak apa-apa bahkan Syiah berkeyakinan, bahwa para sahabat setelah Rasulullah SAW wafat, mereka menjadi murtad dan tinggal beberapa orang saja. Alasannya karena para sahabat membai'at Sayyidina Abu Bakar sebagai Khalifah.
8. Ahlussunnah : Siti Aisyah istri Rasulullah sangat dihormati dan dicintai. Beliau adalah Ummul Mu’minin.
8. Syiah : Siti Aisyah dicaci-maki, difitnah, bahkan dikafirkan.
9. Ahlussunnah : Kitab-kitab hadits yang dipakai sandaran dan rujukan Ahlussunnah adalah Kutubussittah :
a) Bukhari
b) Muslim
c) Abu Daud
d) Turmudzi
e) Ibnu Majah
f) An Nasa’i
(kitab-kitab tersebut beredar dimana-mana dan dibaca oleh kaum Muslimin sedunia).
9.Syiah : Kitab-kitab Syiah ada empat :
a) Al Kaafi
b) Al Istibshor
c) Man Laa Yah Dhuruhu Al Faqih
d) Att Tahdziib
(Kitab-kitab tersebut tidak beredar, sebab kebohongannya takut diketahui oleh pengikut-pengikut Syiah).
10. Ahlussunnah : Al-Qur'an tetap original
10 .Syiah : Al-Qur'an yang ada sekarang ini menurut pengakuan ulama Syiah tidak original. Sudah dirubah oleh para sahabat (dikurangi dan ditambah).
11. Ahlussunnah : Surga diperuntukkan bagi orang-orang yang taat kepada Allah dan Rasul Nya.
Neraka diperuntukkan bagi orang-orang yang tidak taat kepada Allah dan Rasul Nya.
11. Syiah : Surga diperuntukkan bagi orang-orang yang cinta kepada Imam Ali, walaupun orang tersebut tidak taat kepada Rasulullah.
Neraka diperuntukkan bagi orang-orang yang memusuhi Imam Ali, walaupun orang tersebut taat kepada Rasulullah.
12. Ahlussunnah : Aqidah Raj’Ah tidak ada dalam ajaran Ahlussunnah. Raj’ah adalah besok diakhir zaman sebelum kiamat, manusia akan hidup kembali. Dimana saat itu Ahlul Bait akan balas dendam kepada musuh-musuhnya.
12. Syiah : Raj’ah adalah salah satu aqidah Syiah. Dimana diceritakan : bahwa nanti diakhir zaman, Imam Mahdi akan keluar dari persembunyiannya. Kemudian dia pergi ke Madinah untuk membangunkan Rasulullah, Imam Ali, Siti Fatimah serta Ahlul Bait yang lain.
Setelah mereka semuanya bai'at kepadanya, diapun selanjutnya membangunkan Abu Bakar, Umar, Aisyah. Kemudian ketiga orang tersebut disiksa dan disalib, sampai mati seterusnya diulang-ulang sampai ribuan kali. Sebagai balasan atas perbuatan jahat mereka kepada Ahlul Bait.
Keterangan : Orang Syiah mempunyai Imam Mahdi sendiri. Berlainan dengan Imam Mahdinya Ahlussunnah, yang akan membawa keadilan dan kedamaian.
13. Ahlussunnah : Mut’ah (kawin kontrak), sama dengan perbuatan zina dan hukumnya haram.
13. Syiah : Mut’ah sangat dianjurkan dan hukumnya halal. Halalnya Mut’ah ini dipakai oleh golongan Syiah untuk mempengaruhi para pemuda agar masuk Syiah. Padahal haramnya Mut’ah juga berlaku di zaman Khalifah Ali bin Abi Thalib.
14. Ahlussunnah : Khamer/ arak tidak suci.
14. Syiah : Khamer/ arak suci.
15. Ahlussunnah : Air yang telah dipakai istinja’(cebok) dianggap tidak suci.
15. Syiah : Air yang telah dipakai istinja’ (cebok) dianggap suci dan mensucikan.
16. Ahlussunnah : Diwaktu shalat meletakkan tangan kanan diatas tangan kiri hukumnya sunnah.
16. Syiah : Diwaktu shalat meletakkan tangan kanan diatas tangan kiri membatalkan shalat.
(jadi shalatnya bangsa Malaysia yang diajarkan ulama kita dianggap oleh orang-orang Syiah dihukum tidak sah/ batal, sebab meletakkan tangan kanan diatas tangan kiri).
17. Ahlussunnah : Mengucapkan Amin diakhir surat Al-Fatihah dalam shalat adalah sunnah.
17. Syiah : Mengucapkan Amin diakhir surat Al-Fatihah dalam shalat dianggap tidak sah/ batal shalatnya.
(Jadi shalatnya Muslimin di seluruh dunia dianggap tidak sah, karena mengucapkan Amin dalam shalatnya).
18. Ahlussunnah : Shalat jama’ diperbolehkan bagi orang yang bepergian dan bagi orang yang mempunyai udzur syar’i.
18. Syiah : Shalat jama’ diperbolehkan walaupun tanpa alasan apapun.
19. Ahlussunnah : Shalat Dhuha disunnahkan.
19. Syiah : Shalat Dhuha tidak dibenarkan.
(padahal semua Auliya’ dan salihin melakukan shalat Dhuha).
Harapan kami semoga pembaca dapat memahami benar-benar perbezaan-perbezaan tersebut. Selanjutnya pembaca yang mengambil keputusan (sikap).
Masihkah mereka akan dipertahankan sebaga Muslimin dan Mukminin ? (walaupun dengan Muslimin berbeza segalanya).
Sebenarnya yang terpenting dari keterangan-keterangan diatas adalah agar masyarakat memahami benar-benar, bahwa perbezaan yang ada antara Ahlussunnah dengan Syiah Imamiyah Itsna Asyariyah (Ja’fariyah) itu, disamping dalam Furuu’ (cabang-cabang agama) juga dalam Ushuul (pokok/ dasar agama).
Apabila tokoh-tokoh Syiah sering mengaburkan perbezaan-perbezaan tersebut, serta memberikan keterangan yang tidak sebenarnya, maka hal tersebut dapat kita maklumi, sebab mereka itu sudah memahami benar-benar, bahwa Muslimin Malaysia tidak akan terpengaruh atau tertarik pada Syiah, terkecuali apabila disesatkan (ditipu).
Oleh karena itu, sebagian besar orang-orang yang masuk Syiah adalah orang-orang yang tersesat, yang tertipu oleh bujuk rayu tokoh-tokoh Syiah.
Akhirnya, setelah kami menyampaikan perbedaan-perbedaan antara Ahlussunnah dengan Syiah, maka dalam kesempatan ini kami menghimbau kepada Alim Ulama serta para tokoh masyarakat, untuk selalu memberikan penerangan kepada umat Islam mengenai kesesatan ajaran Syiah. Begitu pula untuk selalu menggalang persatuan sesama Ahlussunnah dalam menghadapi rongrongan yang datangnya dari golongan Syiah. Serta lebih waspada dalam memantau gerakan Syiah didaerahnya. Sehingga bahaya yang selalu mengancam persatuan dan kesatuan bangsa kita dapat diatasi.
.
Langgan:
Catatan (Atom)