Sabtu, 12 Mei 2012

Suami ada hubungan sulit dengan isteri orang

sekadar hiasan


PERKAHWINAN saya baru saja menginjak usia dua tahun dan dikurniakan seorang cahaya mata berusia setahun. Suami saya menjalin hubu�ngan dengan isteri orang dan mengaku pernah melakukan persetubuhan dengan wanita berkenaan.
Kami sering bergaduh dan suami pernah menjatuhkan talak. Seminggu kemudian suami rujuk kembali atas sebab anak. Dia sudah tidak menyayangi saya dan masih menjalinkan hubungan sulit dengan wanita lain.
Saya buntu dan tidak tahu apa yang perlu saya lakukan kerana saya masih sayangkan�nya. Apa yang perlu saya lakukan Dr?

NOOR,

Kuala Lumpur.


SUAMI puan perlu segera bertaubat kepada Allah dan berazam untuk tidak mengulangi dosa dan jenayah zina. Tanpa kembali menghayati ajaran Islam fitnah yang besar akan menimpa diri, keluarga dan masyarakat.

Dalam pada itu puan juga boleh menasihati secara baik supaya suami berubah menjadi suami yang bertanggungjawab. Bantuan keluarga juga boleh diminta untuk mendapat nasihat tentang hal berkenaan.

Peranan keluarga sendiri terutama ibu bapa amat penting dalam hal sebegini. Mereka adalah rujukan yang terbaik dalam kes ini. Perlu diketahui juga Islam melihat kesan buruk zina di dunia dan akhirat seperti yang dinyatakan Allah dalam firman-Nya: “...dan orang yang tidak menyembah sesuatu (ilah) yang lain berserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuh�nya) kecuali dengan (alasan) yang benar dan tidak berzina barang siapa yang melakukan demikian itu nescaya dia mendapat (pembalasan) dosa (nya), (yakni) akan dilipat gandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu, dalam keadaan terhina, kecuali orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal soleh; maka mereka itu kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Furqan ayat 68-70).

Islam juga melihat jenayah zina amat berat lebih-lebih lagi berzina dengan wanita yang bersuami. Dosanya lebih besar daripada berzina dengan wanita yang tidak bersuami kerana terdapat unsur perbuatan zalim terhadap suami wanita terbabit.

Api permusuhan akan berlaku dan ia merosakkan keutuhan rumah tangga�nya. Sebab itu hukum bagi penzina yang muhsan (sudah berkahwin) adalah lebih keras iaitu direjam sampai mati.

Ini berbeza dengan penzina bukan muhsan (tidak berkahwin), hukumnya 100 kali rotan dan diasingkan selama setahun. Allah juga memerintahkan masyarakat supaya mengawal rasa prihatin dan kasihan belas kepada penjenayah zina.

Ini kerana pada kebiasaan�nya masyarakat mudah kasihan dengan jenayah zina berbanding dengan jenayah bunuh, rompak dan curi. Lebih-lebih lagi apabila yang terbabit terdiri daripada semua lapisan masyarakat sama ada kaya atau miskin.

Maka Islam menghendaki hukumannya disaksikan agar masyarakat mendapat pengajaran yang berguna (lihat Surah al-Nur ayat 1-2). Dengan adanya hukuman yang berat, akhlak masyarakat dapat dikawal dan lahir akhlak mulia.

Bagaimanapun, hukuman sebegini tidak diterapkan dalam undang-undang semasa mengakibatkan banyak berlaku keruntuhan moral masyarakat.

Tiadanya hukuman zina yang berat dan lebih-lebih lagi masyarakat bergerak kepada pergaulan bebas menyebab�kan tiada penyelesaian kepada isu berkaitan jenayah zina seperti kes pembuangan bayi dan sebagainya.

Setiap orang menjadi buntu termasuk diri anda apabila berdepan dengan masalah begini dalam keluarga. Hanya ajaran agama sahaja dapat menyelesaikan kemelut sosial sebegini.

Islam datang dengan penuh persiapan dalam bentuk kepercayaan, undang-undang dan nilai akhlak yang mulia bagi memandu manusia supaya dapat hidup bahagia di dunia dan akhirat. hmetro.

4 ditembak dalam Ford Ranger..ala mafia

 

KENDERAAN Ford Ranger yang ditembak dari jarak dekat oleh dua lelaki menunggang motosikal.


SEREMBAN – Dua lelaki mati manakala dua rakannya cedera selepas ditembak dua penjenayah ketika empat sahabat itu menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Datuk Bandar Tunggal di sini kelmarin.
Sebelum kejadian pada pukul 9.50 malam, kenderaan Ford Ranger dinaiki empat sahabat itu tiba-tiba dihampiri dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal sebelum pembonceng motosikal terbabit melepaskan tembakan ke arah empat sahabat itu.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, empat mangsa dalam kenderaan itu cedera kerana masing-masing terkena tembakan menyebabkan pemandu kenderaan itu terus memandu kenderaan ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini untuk mendapatkan rawatan.
Jarak antara lokasi kejadian dengan HTJ kira-kira dua kilometer.
“Semasa kejadian, kenderaan dinaiki empat mangsa bergerak perlahan kerana menghampiri persimpangan lampu isyarat. Pada masa sama sebuah motosikal dinaiki dua lelaki melepaskan tembakan ke arah kenderaan itu,” kata beliau pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban di sini semalam.kosmo.

Pekerja pengurup wang nyaris maut ditembak

 
Pekerja pengurup wang nyaris maut ditembak
 
PETALING JAYA - Seorang pekerja pengurup wang nyaris maut ditembak dua penjenayah dalam cubaan samun di sebuah premis di Jalan SS2/60 di sini, hari ini.

Mangsa berusia lingkungan 20-an, cedera di rusuk kanan dan dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, kejadian berlaku ketika pemilik premis datang untuk membuka premis, kira-kira jam 10 pagi.

Katanya, secara tiba-tiba dua lelaki menunggang motosikal dan bertopi keledar berpenutup penuh datang menyerangnya.

"Berlaku pergelutan dan pekerjanya datang membantu. Suspek melepaskan dua tembakan di mana satu peluru mengenai rusuk mangsa," katanya.

Beliau berkata, suspek kemudiannya melarikan diri dan meninggalkan motosikal jenis Yamaha 125Z di hadapan premis.sinarharian.

2 suspek cabul, rogol wanita Switzerland diburu

KOTA BHARU - Dua lelaki warga tempatan diburu polis bagi membantu siasatan kes cabul dan rogol dua wanita Switzerland disini, Rabu lalu.

Ketua Polis Kota Bharu, Assistan Komisioner Azham Othman berkata,mangsa, Mirjam Tuenadan Mechele@ Weber masing-masing 25 tahun,dipercayai baru tiba dari Pulau Perhentian kira-kira jam 2.20 petang sebelum pergi ke pejabat Kedutaan Thailand untuk mendapatkan visa ke Bangkok, Thailand.

Menurut Azham, selepas selesai berurusan, kedua-dua mangsa berjalan kaki pulang ke hotel penginapan mereka di sebuah hotel di Pintu Pong dan disapa oleh seorang lelaki yang menunggang motosikal dan bersetuju membantu dua wanita itu untuk menguruskan perjalanan mereka ke Bangkok.

“Selepas bertemu lelaki terbabit, dia mengarahkan dua wanita itu menunggu di hadapan kuarters Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) bagi menunggu rakannya untuk mendapatkan kereta.

“Hampir dua jam menunggu, sebuah kereta hitam tiba dan dua lelaki keluar dari kereta telah memaksa dua wanita itu masuk ke dalam kereta dan dibawa ke sebuah banglo,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Culik dan paksa bekas teman wanita kawin


Culik, paksa bekas teman wanita kahwin
Sethupati (dua, kanan) bersama rakannya, Namasivayam diiringi anggota polis untuk dibawa keluar dari Kompleks Mahkamah Melaka, semalam
AYER KEROH - Seorang penganggur dan rakannya dituduh di Mahkamah Majistret di sini, semalam kerana menculik dan memaksa bekas teman wanita berkahwin, awal bulan ini.

Tertuduh, P Sethupathi, 24, dan sahabatnya M P Namasivayam, 22, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas mengangguk faham pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret, Ida Rahayu Syarif.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh dari Taman Cheng Jaya, dekat sini, didakwa menculik atau melarikan R Padmah, 22, bagi memaksa dia berkahwin di tepi Hotel Casa Del Rio, Jalan Kota Laksamana, jam 7.20 pagi pada 1 Mei 2012.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 366 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang mempe­runtukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa, Inspektor Muhamad Juhari Haron ketika pendakwaan meminta mahkamah memberikan jaminan sebanyak RM5,000 terhadap setiap tertuduh.

Bagaimanapun, kedua-duanya memohon jaminan dikurangkan sebelum Ida Rahayu membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,000 setiap seorang selain menetapkan 19 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi lantikan peguam.

Dalam prosiding berbeza di Mahkamah Sesyen di sini, semalam, Sethupathi turut didakwa bersama tiga rakan yang dituduh dan seorang masih bebas didapati melakukan rompakan berkumpulan, dua tahun lalu.

Tertuduh didakwa merompak harta milik R Puganeswaran, 20, iaitu wang tunai RM1,500 dan sebuah telefon bimbit jenis Sony Ericson di tepi jalan berhampiran Hentian Teksi Melaka Sentral, kira-kira jam 10.10 malam pada 28 Disember 2010.

Dia dituduh mengikut Seksyen 391 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 395 kanun sama, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Timbalan Pendakwa Raya, Mahmoodah Abdul Latiff yang mengendalikan kes meminta mahkamah memberikan jaminan sebanyak RM15,000 terhadap tertuduh dan memohon tertuduh dibicarakan bersama tiga rakan lain.

Namun, tertuduh merayu wang jaminan­ dikurangkan dengan alasan dia tidak mempunyai ibu bapa dan dijaga oleh seorang nenek saudara selain hanya dia seorang yang membantu neneknya itu.

Selepas mendengar rayuan tertuduh, hakim, Abu Bakar Katar membenarkan Sethupathi diikat jamin sebanyak RM6,000 dan menetapkan tarikh bicara pada 5 Julai depan bersama rakan-rakannya.sinarharian.

Anak dara buta hati di sebabkan panahan cinta buta...sangggup...

KUALA LUMPUR: Bersempena Hari Ibu, Ahad ini, tiga ibu merayu agar anak perempuan masing-masing pulang ke pangkuan keluarga selepas melarikan diri dari rumah.
Bagi mereka, kepulangan anak tersayang itu adalah paling bermakna sempena hari berkenaan.

Seorang suri rumah, Che Nolia Hassan, 54, berkata anak bongsunya daripada tiga beradik tidak pulang ke rumah di Rawang, sejak Julai tahun lalu.

Beliau berkata, anaknya yang juga pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Segamat, Johor, Noor Haffiza Ibnu Hajar, 24, disedari hilang kira-kira jam 9 pagi dipercayai lari mengikut teman lelaki dengan menaiki kereta Proton GEN 2 yang sudah menunggu berhampiran rumahnya.

“Ada seorang saksi iaitu pengawal keselamatan di kawasan perumahan melaporkan ternampak Noor Haffiza mengikut dua lelaki dalam kereta berkenaan. Sebelum kejadian, kami tidak bertengkar dan anak saya itu berkelakuan seperti biasa menyebabkan saya sekeluarga tidak mengesyaki apa-apa.

“Namun, saya terkejut apabila mendapati biliknya kosong manakala pakaiannya tiada dalam almari ketika mahu mengajaknya bersarapan sebelum diberitahu pengawal keselamatan yang ternampak anak saya bersama dua lelaki,” katanya pada sidang media di pejabat Biro Pengaduan Awam MCA, di sini, semalam.


Seorang lagi suri rumah, Yong Mai Hoe, 44, turut melaporkan anak perempuannya, Kong Wei Yan, 16, lari mengikut teman lelakinya yang dipercayai warga Nigeria dikenali sebagai Prince, Selasa lalu.

“Saya khuatir anak tunggal saya ditipu lelaki kulit hitam yang baru dikenalinya selama lapan bulan itu dan dipaksa melacur dalam sindiket pelacuran membabitkan gadis bawah umur,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi ibu malang, Lee Eng Leng, 45, berharap anak perempuannya, Toh Poh Kiew, 20, pulang ke rumah selepas keluar rumah pada Disember tahun lalu kerana merajuk akibat tidak dapat melanjutkan pelajaran berikutan masalah kewangan dihadapi keluarga.

Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong, berkata, pihaknya menerima enam laporan kes sama sejak awal tahun ini membabitkan gadis berusia 20 tahun ke bawah.

“Oleh itu, kami merayu sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai gadis berkenaan boleh menghubungi kami di talian 03- 2203388,” katanya.

Demi menjaga mahkota dari di ragut dara sanggup di tikam 4 kali


 
PARAH...Norziatul Akma terlantar 
di hospital akibat ditikam penjenayah.
PARAH...Norziatul Akma terlantar di hospital akibat ditikam penjenayah.
 
TAIPING: “Biarpun bermandi darah akibat ditikam bertubi-tubi oleh perompak, saya tetap melawan dalam keadaan pisau masih tertusuk di dada,” kata Norziatul Akma Tajuddin, 22, yang menjadi mangsa serangan seorang perompak, tengah hari semalam.
Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, mangsa yang menjaga kedai dobi milik kakaknya di Jalan Air Kuning, Changkat Jering, dekat sini, ditikam empat kali oleh seorang lelaki yang menyamar pelanggan.
Norziatul Akma berkata, lelaki tempatan yang berusia awal 20-an itu masuk ke kedai dan berpura-pura bertanya harga upah bagi membasuh kain langsir seberat satu kilogram.

“Disebabkan tidak pasti berapa harganya, saya segera menghubungi kakak (Rosliana Tajuddin, 28) yang ketika itu berada di rumah untuk mendapatkan kepastian.


“Bagaimanapun, lelaki itu tiba-tiba meluru sebelum mengeluarkan pisau dan meletakkannya di leher saya. Dia kemudian mengarahkan saya supaya jangan melawan dan menyuruh saya berjalan ke arah belakang premis,” katanya yang masih dirawat di Wad 17, Hospital Taiping, di sini.hmetro.