Sabtu, 12 Mei 2012

Madu yang spoting waktu tua atau muda ?


SEHATI SEJIWA...Jainah dan Minah menghabiskan sisa hidup bersama.
SEHATI SEJIWA...Jainah dan Minah menghabiskan sisa hidup bersama.
 
BATU PAHAT: Walaupun suami mereka sudah enam tahun meninggal dunia, dua wanita warga emas yang hidup bermadu tetap selesa tinggal sebumbung di rumah perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Kampung Muhibbah, Jalan Peserai Lama, di sini.
Keikhlasan dua wanita itu membuktikan persefahaman utuh antara mereka yang terjalin sejak puluhan tahun lalu ketika tinggal bersebelahan di rumah panjang tanpa bilik di Batu 3, Tanjung Labuh, dekat sini, ketika suami masih hidup.
Berbekalkan beberapa petua, kedua-dua madu itu bukan saja mengelak perselisihan faham, malah hidup bahagia sejak berkahwin walaupun dihimpit kemiskinan.

Jainah Diso, 61, isteri pertama arwah Abdul Aziz Asot berkata, arwah suami berpesan supaya mereka saling menjaga diri masing-masing dan hidup bersama tanpa mengira keadaan susah atau senang.


Menurutnya, sejak arwah suami memberitahu hasrat berkahwin dengan seorang wanita dari Minyak Beku, di sini, pada pertengahan 1980-an, dia menerima berita itu dengan reda.
h.metro.


Rabu, 2 Mei 2012

Lagi skandal seks lelaki mirip pemimpin pembangkang...fitnah atau benar...rakyat sudah cerdik.



 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
ANTARA rentetan gambar aksi lelaki mirip pemimpin parti pembangkang sedang berasmara yang didedahkan oleh sebuah laman blog kelmarin.


KUALA LUMPUR - Belum pun hilang ingatan orang terhadap isu gambar dan video seks melibatkan individu menyerupai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini tersebar pula gambar-gambar aksi seks seorang lelaki yang didakwa mirip pemimpin pembangkang di Selangor.
Sebanyak sembilan keping gambar yang memaparkan aksi lelaki mirip pemimpin kanan parti pembangkang sedang bermesra dengan seorang wanita di ruang tamu sebuah unit apartmen kini tersebar di laman siber.
Selain itu, gambar-gambar yang mula-mula muncul dalam blog Internet itu juga memaparkan aksi mereka berasmara seks oral di dalam tandas.
Gambar tersebut telah dimuat naik pada pukul 2.26 pagi Ahad lalu oleh sebuah laman blog.kosmo.

Wow parkir maksiat.

CHERAS: Siang tempat beriadah dan bersantai, malam pula tempat memadu kasih dan melakukan maksiat golongan lelaki lembut. Begitu suasana di kawasan letak kereta Taman Tasik Permaisuri, dekat sini, yang menjadi tumpuan anak muda menghabiskan waktu senggang mereka pada hujung minggu.
Amat menjijikkan apabila pemandangan diselitkan adegan menyakitkan mata gelagat lelaki sejati bertukar ‘lembut’ apabila disapa kaum sejenis yang dipercayai cuba ‘melanggan’ mereka.
KOTOR...pondok kecil yang rosak di kawasan letak kereta Taman Tasik Permaisuri.
KOTOR...pondok kecil yang rosak di kawasan letak kereta Taman Tasik Permaisuri.
   Tinjauan Metroplus baru-baru ini, mendapati rata-rata mereka adalah pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang seronok menghabiskan masa hujung minggu untuk melepak di situ.

Hampir tiga jam melakukan pemerhatian, mereka semakin galak melakukan aksi termasuk berteriak bagi menarik perhatian orang ramai yang datang ke kawasan berkenaan.

Walaupun malam semakin larut, keadaan semakin ‘hangat’ apabila beberapa kenderaan satu demi satu masuk ke tasik dipercayai mencari ‘port’ terpencil dan sunyi jauh daripada pandangan umum.

Berbeza pula pada waktu siang, kawasan berkenaan sunyi dan dipenuhi deretan kereta yang diparkir pengunjung.
TUMPUAN...suasana kawasan tempat letak kereta di Taman Tasik Permaisuri pada waktu malam.
TUMPUAN...suasana kawasan tempat letak kereta di Taman Tasik Permaisuri pada waktu malam.

Pekerja tasik berkenaan, V Chitra, 49, berkata, banyak masalah timbul apabila remaja melepak di situ paling ketara keadaan persekitaran yang kotor selain aktiviti menghidu gam dan menghisap dadah, botol kosong dipercayai botol arak juga bertaburan.

“Selalunya remaja terbabit mula aktif apabila malam semakin lewat antara jam 11 malam hingga 3 pagi. Saya sempat melihat kelibat mereka pada jam 8 malam dan ketika itu mereka datang sekadar melepak dan berbual kosong.

“Namun, lebih mengecewakan mereka mengotorkan kawasan sekitar terutama pondok kecil di situ. Seharusnya ia digunakan sebagai tempat kawalan, tetapi disebabkan terbiar ramai yang menyalahgunakan pondok berkenaan sehingga rosak dan kotor,” katanya. Pekerja pembersih tandas, R Selvarani, 40, berkata, pemantauan daripada pihak berkuasa sering dilakukan di situ, tetapi remaja terbabit melarikan diri apabila melihat kelibat motosikal polis meronda.

“Mereka terlalu licik dan cepat menyedari kehadiran pihak berkuasa, tetapi selepas itu mereka datang kembali dan meneruskan aktiviti masing-masing.

“Kami tiada masalah untuk sesiapa saja datang beriadah atau melepak, tetapi biar aktiviti yang dilakukan berfaedah dan tidak mendatangkan mudarat kepada orang lain,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Perancangan Korporat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Dr Ismail Stapa, ketika dihubungi berkata, perkara itu sudah lama berlaku, namun pemantauan berterusan tetap dilakukan pihaknya.hmetro

Remaja 15 bunuh bapa kandung

IPOH: Seorang remaja lelaki menikam perut dan dada ayahnya dengan dua pisau hingga mati sebelum membuat laporan polis palsu kononnya mangsa diserang perompak yang memecah masuk rumah mereka di Taman Bersatu, Simpang Pulai, di sini, awal pagi semalam.
Suspek terbabit berusia 15 tahun yang juga anak sulung mangsa turut menyelerakkan perabot dalam rumah supaya kejadian itu kelihatan seperti rompakan.

Sumber polis berkata, mangsa seorang jutawan syarikat kayu dikenali sebagai Jaswant Singh Udan Singh, 40, dan kejadian berlaku jam 1.30 pagi.

Menurutnya, suspek yang masih bersekolah di tingkatan tiga itu membunuh ayah kandungnya kerana berang dengan sikap mangsa yang sering memukul ibunya.


“Kejadian berlaku ketika mangsa dan suspek tinggal berdua di rumah teres dua tingkat itu manakala isteri mangsa, Kamaljit Kaur, 35, serta seorang lagi anak berusia 13 tahun berada di rumah ibu mentuanya.hmetro.

Lelaki putus jari hantu ditetak penyamun di Klang

KLANG: Seorang lelaki putus jari hantu tangan kanannya akibat ditetak seorang lelaki dalam kejadian cubaan samun di Taman Sentosa di sini, awal hari ini.
sekadar hiasan
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Mohamad Mat Yusop berkata dalam kejadian pada pukul 5.20 pagi itu, tiga lelaki bersenjatakan parang dan menutup muka dengan kain turut mencederakan kepala mangsa yang dikenali sebagai P. Muniandy, 40-an.
Beliau berkata ketika kejadian ketiga-tiga suspek masuk ke halaman rumah mangsa sebelum seorang daripada mereka menahan mangsa yang ketika itu sedang berada di dalam kereta di kawasan berkenaan.

Katanya, dua lagi suspek cuba memecah masuk rumah mangsa namun gagal selepas mangsa bertindak melawan kumpulan penyamun itu.


"Apabila mangsa cuba melawan, seorang daripada suspek menyerang mangsa dengan menetak jari dan mencederakan kepala mangsa," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohamad berkata kumpulan perompak itu bagaimanapun berputih mata apabila tidak sempat melarikan barangan dari rumah mangsa yang dalam proses pengubahsuaian. Mereka melarikan diri dengan sebuah kereta jenis Kia Spectra yang menggunakan nombor pendaftaran palsu.

Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, katanya. - BERNAMA

Upah samseng halau cikgu

PETALING JAYA: Seorang guru wanita yang mengajar di sebuah sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di Damansara di sini, mendakwa hidup dalam trauma dan ketakutan selepas diganggu serta diugut sekumpulan samseng yang dipercayai diupah ibu bapa pelajar yang tidak berpuas hati mangsa mengajar di sekolah berkenaan.
Menurut sumber, guru berkenaan yang berusia 40 tahun menerima lima ugutan sejak 10 April lalu dan ugutan terbaru diterima ketika berada di tempat letak kereta rumahnya, jam 10 pagi, Sabtu lalu.
sekadar hiasan

“Ketika kejadian itu, mangsa yang menuju keretanya dihampiri seorang lelaki tidak dikenali dan memarahinya kerana masih mengajar di sekolah itu walaupun beberapa kali diberi amaran supaya berpindah.

“Lelaki terbabit yang juga orang sama mengganggunya sebelum ini mengugut dengan mengeluarkan perkataan ‘esok akan mati jika kau berdegil’ dan berpindah dari sekolah berkenaan,” katanya, semalam.

Berikutan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Damansara. Sumber berkata, sekumpulan samseng terbabit turut mengekori guru berkenaan ke mana saja mangsa pergi termasuk membuat gangguan di rumah pada waktu malam apabila pintu rumah diketuk berulang kali.

“Siri gangguan terhadap mangsa bermula selepas isu penggunaan bahasa Melayu di sekolah berkenaan ditimbulkan segelintir ibu bapa pelajar yang tidak sependapat dengan pentadbiran sekolah pada hujung tahun lalu.


“Mangsa yang mengajar subjek Bahasa Melayu menyediakan kertas ujian pelajar dalam bahasa itu dan tindakan itu menyebabkan ibu bapa pelajar terbabit tidak berpuas hati. “Mangsa yang tidak tahan dengan gangguan itu membuat laporan di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Petaling Utama dan memohon untuk ditukarkan sekolah lain kerana bimbang berlaku perkara tidak diingini terhadapnya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.hmetro.