KUALA LUMPUR: Sehingga Disember tahun lalu, 20 peratus daripada 96,000 penghidap HIV positif di negara ini terdiri daripada kaum wanita dan kebanyakannya mendapat virus berkenaan daripada pasangan masing-masing.
Naib Presiden Majlis Aids Malaysia, Hisham Hussein, berkata rata-rata wanita berkenaan mendapat jangkitan HIV melalui hubungan seksual bersama suami.
Katanya, pemindahan virus HIV melalui hubungan seksual di negara ini semakin meningkat dan amat membimbangkan, iaitu sebanyak 48.6 peratus melebihi jumlah kes yang disebabkan perkongsian jarum oleh penagih dadah.
“Trend pemindahan virus melalui kaedah ini mungkin disebabkan peningkatan hubungan seks rambang di kalangan lelaki yang sudah beristeri. Si suami melakukan hubungan seks dengan penghidap HIV yang rata-ratanya pekerja seks tanpa menggunakan kondom.
“Jelas sekali kesalahan itu harus diletakkan kepada suami kerana melakukan hubungan terlarang, sedangkan sudah beristeri dan tidak mungkin si isteri mendapat jangkitan daripada lelaki lain. “Kes isteri melakukan hubungan seks dengan lelaki lain kecil bilangannya, berbanding suami yang berpotensi melakukan perkara itu,” katanya ketika lawatan Duta Amerika Syarikat ke Malaysia, Paul W Jones ke Pertubuhan Wanita dan Kesihatan Kuala Lumpur (Wake) di sini, semalam.mymetro.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa, Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta, Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara, Jika hari ini seorang ulama yang mulia, Jika hari ini seorang peguam menang bicara, Jika hari ini seorang penulis terkemuka, Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa, Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca. Usman Awang 1979
Jumaat, 2 Disember 2011
40 pondan ‘disuntik’ keinsafan
IPOH: Mengambil semangat Maal Hijrah yang disambut Ahad lalu, 40 pondan atau mak nyah disuntik keinsafan dan melafazkan ikrar untuk kembali menjadi lelaki tulen.
Kebanyakan mak nyah terbabit yang bergelumang dosa menjadi ‘wanita palsu’ sejak sekian lama menunjukkan keazaman tinggi mahu bertaubat selepas mengikuti Program Mukhayyam anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Program tiga hari itu diadakan sejak kelmarin di sebuah resort di sini, dengan dikendalikan 10 kakitangan Jakim serta penceramah bebas.
Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kekeluargaan, Sosial dan Komuniti Jakim, Zakuan Sawai, berkata program itu disertai secara sukarela oleh mak nyah terbabit dan maklum balas positif datang daripada mereka selepas program sama dianjurkan di Negeri Sembilan dan Pahang pada Mac serta April lalu.
“Saya tidak menyangka program ini yang pada mulanya dipandang negatif segelintir mak nyah, kini berjaya menarik penyertaan mereka.
“Sepanjang tiga hari program, mak nyah terbabit yang berusia 22 hingga 50 tahun menunjukkan minat dan keinginan tinggi menghayati semula ajaran Islam,” katanya.
Menurutnya, modul diperkenalkan Jakim itu bukan hanya membabitkan ceramah agama semata-mata sebaliknya lebih menjurus aktiviti menyeronokkan yang menyelitkan nilai-nilai moral.mymetro

Akibat cemburu, berani menoreh muka orang
KUALA LUMPUR: Angkara cemburu, seorang lelaki berusia 30-an parah selepas mukanya ditoreh dengan pisau manakala mata kanannya dikhuatiri buta selepas dipijak dengan kasut but dan dipukul sekumpulan lapan lelaki selepas ‘diculik’ dari tempat kerjanya di Jalan Hang Kasturi di sini, kelmarin.
Difahamkan, kumpulan terbabit bertindak demikian kerana mangsa disyaki menghubungi teman wanita seorang daripada suspek dipercayai untuk memikatnya.
Selepas diseksa dengan kejam, seorang daripada suspek menghubungi majikan mangsa berusia lewat 30-an dan mengarahkan lelaki terbabit mengambil mangsa di belakang sebuah bangunan di Brickfields di sini.
Akibat perbuatan kejam kumpulan itu, mangsa yang kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) menerima 50 jahitan di muka dan mata kanannya dikhuatiri buta.
Menurut sumber, kejadian bermula jam 10 malam apabila kumpulan terbabit yang menaiki lima motosikal ke tempat kerja mangsa dan memintanya keluar.mymetro

Menurut sumber, kejadian bermula jam 10 malam apabila kumpulan terbabit yang menaiki lima motosikal ke tempat kerja mangsa dan memintanya keluar.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Lagi kontroversi Khairul Fahmi Che Mat
SHIDA...tidak teragak-agak ambil tindakan undang-undang .
Berikutan itu, gadis terbabit, Nor Hashidah Harmi, 23, atau lebih mesra dengan panggilan Shida mengadakan pertemuan dengan Harian Metro, semalam bagi menjelaskan keadaan sebenar sambil ditemani ibu bapanya, Shamsinar Basrun, 46, dan Harmi Ramli, 46.
Shida berkata, penyebaran gambar itu mengganggu emosi dan mencalarkan maruahnya serta keluarga, tambahan pula tidak sampai dua minggu lagi dia akan melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan hati, Mohd Danial Adnan, 24.
“Gambar itu pada mulanya dipaparkan sebuah blog. Berikutan itu, sejak Ahad lalu, saya menerima gangguan daripada peminat Apek yang memberi komen di ruangan blog itu, malah ada yang menghubungi saya dengan menghamburkan kata-kata kesat serta penghinaan.
“Lebih menyedihkan apabila ibu bapa saya disabit dan dituduh tidak pandai menjaga anak. Mujur orang tua saya memahami termasuk tunang kerana mereka tahu itu gambar lama,” katanya. mymetro
Ajal sewaktu memandu kereta, mati zaman moden
AJAL...keadaan Lokman yang tidak bernyawa tersandar pada cermin pintu pemandu. Gambar kecil, Lokman, sakit jantung
KOTA TINGGI: Seorang kanak-kanak perempuan berumur enam tahun menyangka bapanya tertidur ketika memandu sedangkan lelaki berkenaan sebenarnya meninggal dunia akibat serangan jantung.
Dalam kejadian jam 10.15 pagi Jalan Pedada, Taman Kota Jaya itu, Dina Alisa Lokman hanya mendiamkan diri apabila kepala bapanya, Lokman Ramlan, 42, tersandar pada tingkap sebelah pemandu sebelum Proton Wira Aeroback dipandu lelaki berkenaan berhenti perlahan-lahan.
Dia juga masih terus mendiamkan diri apabila orang ramai datang membantu dan hanya menangis selepas pasukan perubatan Hospital Kota Tinggi (HKT) yang bergegas ke lokasi kejadian mengesahkan bapanya meninggal dunia.
Orang ramai menghubungi isteri mangsa, Yusniza Yusof, 37, yang bertugas sebagai pembantu tadbir di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan wanita berkenaan tiba ditemani rakan sekerja sebelum ibu Lokman, Dinah Abu Bakar, 68, sampai bersama kakaknya, Zaleha Ramlan, 49.
Menurut Zaleha, Lokman pernah bekerja di sebuah bank di daerah berkenaan sebelum meletak jawatan setahun lalu untuk menceburkan diri dalam dunia perniagaan.
“Lokman mengedar produk hasil pertanian kepada pekedai sekitar bandar ini. Dia tidak pernah mengadu sakit dan gigih bekerja,” katanya yang ditemui di Unit Forensik HKT.mymetro

Khamis, 1 Disember 2011
Kerana merompak lelaki Amerika masuk Islam
Allah maha besar.
Langgan:
Catatan (Atom)