Sabtu, 9 Januari 2016

Air minuman hubungi 0122467098

harga boleh dirunding





Air minuman untuk sebarang majlis...hubungi 0122467098

Sesuai untuk sebarang majlis ....hari sukan sekolah........doorgift perkahwinan ....akikah dan lain-lain.

Isnin, 29 Disember 2014

Punca Kehilangan Pesawat Air Asia

sekadar hiasan

KUALA LUMPUR - Juruterbang yang mengendalikan pesawat AirAsia Indonesia Penerbangan QZ8501 yang hilang pada Ahad, mempunyai rekod 20,537 jam penerbangan.Dalam kenyataan hari ini, AirAsia berkata daripada jumlah itu, kapten berkenaan mencatat 6,100 jam penerbangan bersama AirAsia Indonesia dengan pesawat Airbus A320.  
"Pegawai pertama pula mencatat 2,275 jam penerbangan dengan AirAsia Indonesia," katanya.  
Pada Ahad, pesawat ke Singapura bersama 162 penumpang dan anak kapal itu terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara Indonesia pada 7.24 pagi setelah berlepas dari Surabaya pada 5.35 pagi.
AirAsia berkata pihaknya menubuhkan Pusat Panggilan Kecemasan dengan menggunakan talian +622129270811 atau 031-8690855 atau 031-2986790 (Surabaya) untuk mereka yang ingin mendapatkan maklumat tentang sanak saudara atau sahabat handai penumpang dan anak kapal pesawat berkenaan.
Katanya ketika ini, operasi mencari dan menyelamat dijalankan di bawah penyelarasan Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (BASARNAS) dan AirAsia Indonesia memberi kerjasama penuh serta membantu dengan sedaya upaya dalam penyiasatan kehilangan pesawat berkenaan. - Bernama

Bekalan banjir tidak sampai...

keadaan banjir di Kelantan


SUBANG – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengakui menghadapi pelbagai kesukaran untuk menghantar bantuan ke kawasan terjejas banjir akibat keadaan cuaca yang tidak menentu, selain keadaan jalan darat yang ditenggelami air.Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan Pertahanan, Laksamana Muda Datuk Anuwi Hassan berkata, pihak ATM kini bertungkus-lumus bagi memastikan segala bantuan dapat dihantar kepada mangsa banjir.
“Cabaran paling besar ialah terputus hubungan sama ada jalan darat dipenuhi air atau cuaca yang tidak menentu.“Ini menyebabkan pesawat serta agensi terlibat tidak dapat sampai ke sana. Bukan kami tidak memberikan bantuan."Memang bantuan sentiasa cuba diberikan kepada mangsa banjir,” katanya selepas menyaksikan aktiviti penerimaan sumbangan bekalan makanan dan peralatan oleh pihak awam serta agensi swasta di gudang simpanan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang, semalam.Menurutnya, pihak ATM terpaksa menunggu sehingga cuaca baik di kawasan terjejas banjir bagi memastikan proses menghantar bantuan dapat dijalankan dengan lancar.
Dalam pada itu, sebanyak 150 tan barang bantuan meliputi pelbagai barangan keperluan dan makanan sudah dihantar ke Kelantan bagi membantu mangsa banjir.Barang keperluan itu dihantar enam hingga lapan kali sehari dengan pesawat TUDM sejak 25 Disember lalu.

“Seramai 150 anggota tentera daripada TUDM, Tentera Darat Diraja Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia berkumpul di gudang simpanan pesawat TUDM untuk membantu mengumpul dan mengangkut barang.    “Kita amat terharu dengan sumbangan bukan sahaja daripada pihak swasta malah orang perseorangan. Ada juga menyatakan minat menjadi sukarelawan dalam misi tersebut," katanya.

sumber sinarharian.

Sesi persekolahan negara ditangguh seminggu

Muhyiddin Yassin. - Foto Bernama
TPM

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan 2015 di seluruh negara, selama seminggu, berikutan banjir yang melanda beberapa negeri di Semenanjung sekarang. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pendidikan berkata dengan penangguhan itu, tarikh baharu sesi permulaan persekolahan tahun depan bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari (Ahad), manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari (Isnin).  
"Penangguhan itu dibuat dengan mengambil kira sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau yang ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan.
"Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka," kata beliau dalam kenyataan hari ini.
Muhyiddin berkata, sehingga semalam, Kementerian Pendidikan mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir.Sebelum ini, sesi persekolahan bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor dijadual dibuka pada 4 Jan manakala bagi negeri-negeri lain adalah 5 Jan.
"Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan," katanya.Beliau turut menasihatkan pihak pengurusan sekolah agar apabila keadaan banjir kembali pulih, mereka harus menggunakan tempoh itu untuk bergotong royong membersihkan kawasan sekolah, bagi memastikan keselamatan dan keselesaan kepada murid-murid.Setakat pagi ini, jumlah mangsa banjir di lima negeri yang terjejas adalah 225,722 orang.  - Bernama

Jururawat kongsi cerita terperangkap enam hari


sekadar hiasan


PASIR PUTEH - Seorang jururawat masyarakat yang bertugas di Klinik Desa Kampung Star, Bertam Baru, Gua Musang, menceritakan bagaimana 150 penduduk di situ, kelaparan dan menempuh detik cemas setelah terperangkap selama enam hari apabila kampung mereka seakan-akan 'sebuah pulau' akibat banjir, bermula Isnin lepas. Suzana Bakar, 49, berkata mereka menyelamatkan diri mencari tempat perlindungan di Sekolah Kebangsaan Star, Bertam Baru dengan sehelai sepinggang tanpa sempat menyelamatkan harta benda selepas air dari Sungai Nenggeri naik mendadak ke kawasan kampung mereka.
"Ini disebabkan kami tidak menyangka air naik secara mendadak kerana sebelum ini tidak pernah berlaku," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini. Suzana bagaimanapun berkata pada hari Selasa lepas, makanan terutama beras tiba dengan jumlah sedikit setelah diusahakan pemimpin setempat serta belas ihsan daripada orang kampung yang tinggal di kawasan tinggi. "Sebaik makanan tiba di sekolah itu mereka berebut-rebut mendapatkan makanan yang tidak mencukupi kerana jumlah mangsa banjir yang datang ke pusat itu bertambah setiap hari," katanya.
Suzana berkata untuk mendapatkan bekalan makanan dari luar terutama di Gua Musang terlalu sukar kerana tidak boleh dilalui sebarang kenderaan berikutan arus yang sangat deras. Beliau berkata sepanjang berada di sekolah itu, sebahagian besar mangsa memakan apa sahaja seperti biskut dan mi segera bagi mengalas perut untuk mengelak daripada kebuluran dan sepanjang malam pula terpaksa bergelap akibat bekalan elektrik terputus. Bagaimanapun, Suzana bersyukur kerana ketika kejadian beliau dan empat anak masing-masing berumur antara tiga dan 14 tahun, sempat menyelamatkan diri ke sekolah berkenaan lebih awal apabila menyedari paras air semakin meningkat ke paras paha dalam tempoh beberapa minit.  Ketika kejadian suaminya Raibi Hamid, 39, tiada di rumah kerana bekerja di Kuala Lumpur.
"Sebuah kereta Proton Wira dan motosikal serta peralatan elektrik kesemuanya tidak sempat diselamatkan apabila paras air meningkat terlalu cepat sehingga menenggelamkan sebahagian 50 buah rumah penduduk di situ," katanya.

Suzana berkata ketika berada di sekolah itu mereka terpaksa tinggal di tingkat tiga kerana tingkat pertama dan kedua dinaiki air, sebelum surut sepenuhnya, semalam. - Bernama